Bosan melayan sepi sendiri Aliz melayan perasaannya di gelanggang tempur. Sudah hampir 3 tahun dia menyertai latihan 'kick boxing'.
Akhir-akhir ini perasaannya lebih celaru. Rindunya kepada Abdul Aali kembali memuncak selepas pertemuannya dengan ahli keluarga Abdul Aali. Namun sejak pertemuan itu juga sakit diperutnya tidak lagi pernah menyerang.
Di gelanggang, secukupnya dia melepaskan tumbukan dan sepakan kepada pihak lawannya Leong. Walaupun hanya latihan, Aliz kelihatannya beriya-iya ingin menjatuhkan Leong.
Tumbukan dari bawah ke dagu berkali-kali dari kedua tangan kiri dan kanannya silih berganti. Tidak cukup dengan itu, serangan hentakan lutut dan siku juga bertalu-talu namun semuanya di elak oleh Leong.
Leong bukanlah calang-calang orang tetapi teman gelanggangnya juga yang arif tentang permainan itu.
'Aliz, Aliz.... Aliz' jerit seseorang dari luar gelangang. Namun tidak didengari Aliz.
Sir Hamid, coachnya cuba menghentikan Aliz. Dia pada mula tidak mengendahkan sangat permainan Aliz dan Leong memandangkan kedua-dua adalah rakan baik yang sama-sama aktif dalam bidang itu. Bezanya Leong aktif memasuki pertandingan sedangkan Aliz tidak berminat menyertai sebarang pertandingan walaupun dipujuk berkali-berkali olehnya dan rakan-rakan yang lain.
Aliz pada penelitiannya memang berbakat dalam bidang itu dan mereka selalu berbincang untuk langkah-langkah di gelanggang malah Aliz tidak lekok berkongsi ilmu dan idea untuk peserta-peserta baru. Kadangkala Aliz sering menggantikan tempatnya sebagai coach untuk peserta-peserta baru sekiranya dia ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan.
Kali ini dilihatnya Aliz amat agresif, Leong terpaksa mengelak dan bertahan. Silap langkah Aliz juga boleh tercedera.
Asakan demi asakan terhadap Leong bertalu-talu. Aliz seperti di rasuk, Leong mengelak dan terus mengelak. Sesekali memintas tumbukan dan serangan Aliz.
Aliz begitu bersungguh-sungguh kali ini dan tidak perdulikan Leong yang sebaiknya tidak mahu mengasari Aliz. Beberapa tumbukan ke mukanya dalam jarak amat dekat berjaya ditepis Leong.
Beberapa kali Leong cuba menolak Aliz ke tepi tetapi tepisan Leong di balas dengan tendangan pusing oleh Aliz, kakinya tepat mensasari muka Leong, jika tidak dielak sememangnya sangat menyakitkan.
Aliz terus mara bersemangat. Tujahan demi tujahan. Setiap kali dielak Leong, Aliz seperti berdendam untuk terus melukakan pihak lawan.
Sedas hentakan laju lutut Aliz mengenai perut Leong menyebabkan Leong terhumban ke sisi gelanggang dan terduduk. Leong memegang perut menahan kesakitannya. Begitu tajam dan laju hentakan lutut Aliz menyebankan dia rasa senak dan fikirannya berpinar-pinar.
'Aliz !' akhirnya jeritan itu menyedarkannya. Sir Hamid melompat memasuki gelanggang.
'ahhh.. aduh.. kau kenapa Liz ? Kena sampuk?' Ucap Leong tercungap-cungap mendongak dalam kesakitan.
'Ya Allah, ya Allah.. maafkan Liz.. sorry sorry' keluh Aliz sambil cuba melihat keadaan perut Leong, tetapi tangan Leong kemas menekan perutnya menahan sakit.
Wajah Aliz jelas amat menyesal.
'Aliz !' Sir Hamid menghampiri mereka dan terus melihat keadaan perut Leong. Setelah memeriksa serba ringkas, dia pasti tiada kecederaan serius, Leong hanya mengalami senak dan tidak menggangu sistem abdomennya.
Rakan-rakan lain yang menyaksikan kejadian itu juga berlari ke arah mereka dan ada yang membawa kotak kecemasan perubatan yang sememangnya tersedia di tepi gelanggang.
'what's wrong with you ? You know the rules, this is not supposed to be happened' keras teguran Sir Hamid.
Aliz menundukkan muka. Dia amat menyesali perbuatannya, sesungguhnya dia sendiri pun tidak pasti apa yang mengganggu mindanya ketika itu.
Leong, pihak lawan yang di kasari Aliz sebentar tadi bangun. 'adoyai Aliz, kau marah aku ke? Sakit la amoi. Kau mau bunuh sama aku ka?' Sambung Leong sambil cuba bangun. Sir Hamid membantu Leong bangun.
'Leong sorry sorry, I don't know what's happened' keluh Aliz menekup muka dengan kedua tangannya sebaik membuka kedua-dua sarung tangan tinju dengan gopoh dan mencampakanya di tengah gelanggang.
'nasib baik Leong ok' sambung Sir Hamid.
'hah, now what ? to forgive you easily ? No no no... hmmm..' sambung Leong yang sudah pun berdiri dan cuba membuat beberapa pergerakan mudah. Dia menumbuk-numbuk angin di sertai beberapa sepakan ke udara.
'ok ok... you nak apa ? Cakap.. as long you forgive me' rayu Aliz memandang Leong.
'hahaha belanja makan satu minggu' balas Leong. Disertai tawa dari Sir Hamid dan rakan-rakan yang ada di situ.
'demandingnya.. but served you right la' Dayang Fariza menyampuk tiba-tiba. Dia bersama rakan-rakan lain yang berlari mendapatkan Leong sebaik Leong terduduk ditujah lutut Aliz.
'boleh-boleh takde hal. Jom semua.. dinner on me today' balas Aliz.
'no.. no.. i want candle light dinner' balas Leong sambil menjeling Aliz. Sir Hamid masih tersenyum.
'kasi potong ma lepas tu... masuk islam terus' seseorang menyambuk dari belakang membuahkan deraian ketawa semua.
'hahahaahaha Aliz punya pasal gua sanggup ma' balas Leong memandang Aliz menyebabkan gadis itu tersipu-sipu.
'apa ni ? Potong apa' Aled tiba-tiba muncul.
'alamak bodyguard sudah sampai' keluh Leong apabila Aled tiba-tiba muncul. Aled juga aktif dalam bidang itu, dia yang memperkenalkanya kepada Aliz demi mengalih perhatian Aliz yang dilihat Aliz kerap bersedih.
'lu punya amoi sudah kasi lutut dia kat perut aku' Leong mengadu.
'haiya leng chai.. amoi punya lutut banyak lembik, takkan sakit' balas Aled sambil tersenyum namun dia merasa cuak,melihatkan wajah Aliz yang pucat.
'lu belum kene lu tak tau. Ini amoi banyak kuat ma, aku ingat dia makan ubat kuat la' sambung Leong.
'tapi satu minggu Aled, lu jangan jelous, aku dapat makan free hahaha' sambung Leong sambil tersenyum lebar memandang Aliz.
'untung la...' Aled membalas sambil mencebik. Dia memandang Aliz, muka gadis itu sudah tidak pucat. Dia tersengeh-sengeh melihatkan Aled dan Leong berbual.
'sakit lagi ?' Tanya Aliz pada Leong. Leong hanya tersengeh-sengeh.
'eleeh tak sakit pun, ngengada je lebih' sampuk Aled sebelum Leong sempat membalas.
'hahahahahaaa someone is jealous' Leong menemplak. Menyebabkan semua berderai ketawa.
Aled berlagak biasa, tetapi hatinya penuh tanda tanya apakah yang telah berlaku. Aliz ketika itu sedang membuka balutan tangannya. Balutan biasa untuk ahli kickboxing sebelum menyarung sarung tangan. Kedua-kedua sarung tangan tinjunya pula masih di tengah gelanggang bersepah. Sir Hamid bermurah hari mengutipnya dan menyerahkan sarung tangan itu kepada Aliz dan mengatakan sesuatu kepada Aliz sebelum dia berlalu diikuti rakan-rakan lain.
Aliz mengemaskan beg dan peralatan dibawa sementara Leong pula sedang melakukan tekan tubi, aksi biasa untuk memantapkan otot-otot badan terutamanya tangan dan perut.
'Leong, jom la makan' ajak Aliz menggangu kosentrasi Leong.
'Aku main-main saja la. No no you guys go ahead' ringkas balas Leong dan terus menyambung tekan tubi.
'Leong...' pujuk Aliz
'please' sambung Aliz
Aled hanya memerhati. Lain benar kelakuan Aliz di pandangannya dan dia akan bertanyakan sendiri kepada Sir Hamid tentang apakah yang telah berlaku.
'apa coach bisik?' Tanya Leong pada Aliz seolah tahu apa difikiran Aled.
'dia cakap congratulations for smacked you down hahahaha' balas Aliz sambil ketawa.
'aku kasi chance saja, perempuan ma' Leong tak mahu kalah.
Aled kali ini tidak menyampuk hanya diam mendengar dan memerhati. Fikirannya memikirkan perubahan sikap Aliz. Dia mula merasakannya sebaik Aliz sembuh dah sakitnya 2 bulan lepas. Kelakuan Aliz amat ketara perubahannya.
Aliz kembali seperti 6 tahun dulu selepas dia dijumpai dari hilang 2 minggu. Aliz banyak berdiam, menyendiri dan adakalanya menangis dan sering juga bertindak agresif tanpa sebab.