Dentuman yang kuat menghumban Aliz ke tengah jalan. Dia terdampar dan mengeletik beberapa ketika sebelum gerakan tubuhnya berhenti.
Darah pekat mengalir keluar dari hidung dan mulutnya.
Sejurus kejadian itu, dia dikerumuni orang ramai. Kereta yang melanggarnya tersasar dan melanggar pembahagi jalan dan kemudiannya terdampar di situ. Pemandunya tidak sedarkan diri dan terlungkup di stereng kereta. Beberapa orang lelaki yang sedang melalui jalan itu mengetuk-ngetuk cermin kereta di bahagian pemandu.
Senyap.
Jalan menjadi sesak serta-merta.
Seseorang di antara mereka nampaknya begitu mahir dengan hal-hal kecemasan tidak membenarkan sesiapa menyentuh Aliz, itupun setelah dia memeriksa denyutan nadi Aliz. Sebarang kesilapan pergerakan bakal memburukkan keadaan memandangkan nadinya masih berdenyut.
Ambulan tiba dan membawa Aliz ke hospital terdekat. Bomba dan polis tiba lebih awal menguruskan keadaan. Pintu kereta yang terbabas itu berjaya di buka. Pemandu masih tidak sedarkan diri. Kemudiannya juga di bawa ke hospital berdekatan oleh Ambulan kedua.
********
'Aliz'
Terdengar suara memanggil nya. Aliz memandang sekeliling namun tiada ada yang kelihatan. Kelilingnya hanya padang luas dan rumput.
Dia bangun dari tempat pembaringan. Katilnya terletak di sebuah wakaf kecil, beberapa pokok besar berdaun kecil subur menghijau berhampiran wakafnya. Aliz bangun menjejakkan kakinya ke lantai.
Basah.
Rupanya katilnya di tengah-tengah kolam kecil yang cetek. Segera dia mengangkat kakinya dan keluar dari kolam itu.
'Aliz'
Sekali lagi suara itu bergema memanggil namanya. Sesungguhnya tadi, dia leka menikmati keindahan keliling sehingga lupa untuk menyahut.
'Aliz'
Suara itu masih memanggil, namun Aliz tidak nampak sesiapa pun bersamanya. Dia berpusing-pusing mencari. Dia cuba menjawab namun suaranya tersekat. Kerongkongnya terlalu kering untuk bersuara.
'Aliz, kamu akan di sini seketika'
Sambung suara itu.
'saya.. dimana ? dan siapa awak ? mana awak'
Bersusah payah Aliz bersuara menjawab dalam bentuk soalan.
Senyap. Tiada balasan.
Disetiap tiang wakafnya dilingkari oleh pohon melilit dan berbunga halus yang terdiri dari pelbagai warna. Terdapat saluran air turun jatuh ke kolam yang menempatkan katilnya. Aliz menadah tangan ke saliran air itu menampung air untuk minum. Setelah minum Aliz terasa segar. Namun keadaan sekeliling masih sama. Sunyi.
Suara itu hilang.
Ketika Aliz meneruskan perjalanannya ke hujung padang, langkahnya terhenti kerapa terdapat beberapa lopak kecil yang perlu di elakkan.
Aliz melompat melangkah lopak itu, tiba-tiba badannya melayang keudara. Semakin lama semakin tinggi ke udara di hembus angin sepoi membuatkannya panik. Cepat-cepatkan Aliz mendaratkan kakinya dan dia mendarat dengan baik bersebelahan lopak air. Ketika itulah dia ternampak bayangnya dia lopak air itu, kelihatan bayangannya dia air.
Pelik, apakah di belakangnya.
Setelah diperhatikan, dia yakin bahawa dia mempunyai sayap. Yang comel dah cantik. Berpusing-pusing Aliz ingin melihat sayapnya.. dan secara tidak sengaja dia mengepak2 kan sayapnya menjadi besar seperi sayap burung....
Aliz semakin pelik. Bagaimana seorang manusia boleh mempunyai sayap.
Aliz berlari-lari, langkahnya tidak lagi lemah... semakin laju dia berlari semakin itu dia melayang-layang ke udara. Aliz semakin tinggi, melayang-melayang mencecah awan.
Gembira...
Dia semakin pandai mengawal terbangannya dan dia terbuai-buai di udara di tiup angin. Melayang turun menghampiri dasar dan kemudiannya terbang semula.
Dari atas dia memandang ke bawah... dataran luas menghijau dan subur. Dia nampak wakaf tempat dia terbaring. Kelihatan seseorang sedang berdiri di sisi wakaf memandangnya...
Aliz kaget, dia kenal benar susuk tubuh itu.
Cepat-cepat Aliz melabuhkan kakinya untuk mendarat, terasa amat perlahan pergerakannya turun sedangkan dia ingin cepat.
'Aali.... ' jeritnya kuat. Airmatanya derasa. Sebaik mencecah kakinya ke tanah, Aliz segera menemui susuk tubuh yang amat dirinduinya.
Abdul Aali tersenyum menanti.
'Aali... Aali' panggil Aliz.
Namun apabila dia sudah menghampiri Abdul Aali langkahnya terhenti. Aliz memerhati susuk tubuh di depannya.
Iya benar, di depannya adalah Abdul Aali yang amat dirinduinya...
'Aliz..' panggil Abdul Aali
Iya, suara itulah yang saban malam sejak ditinggalkan menjadi igauannya. Susuh tubuh itulah yang dinanti hampir 6 tahun.... senyum itulah yang melumpuhkan hatinya untuk terima mana-mana lelaki lain.
Aliz berhenti melangkah, sebaliknya dia menekup muka dengan kedua belah tangannya menangis. Dia terduduk melutut menangis.
'Ya allah, apakah ini nyata....' sendunya.
'Aali, Aliz rindu...' dia menadah mukanya merenung wajah tampan pemuda buniannya.
'Aliz bangunlah' pujuk Abdul Aali apabila Aliz melutut di depannya. Lalu dia membongkok membantu Aliz bangun.
'maafkan saya Aliz, ini juga bukan nyata tetapi bukan juga mimpi' Abdul Aali memula bicara.
| |

No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...