Kenduri baru selesai. Mujurlah seudara-mara dan rakan-rakan sekampung sama-sama membantu dari majlis bermula sehinggalah majlis selesai.
Namun masih ramai diantara tetamu yang masih bersantai di rumah. Kami sebagai tuan rumah tiada sebarang halangan tambahan pula sebahagian dari tetamu ada di antara yang sudah lama tidak berjumpa.
Mak usu dan emak sedang rancak berbual sambil sebuk berkemas. Bercerita berkenaan memori lama dan aktiviti yang pernah dilakukan bersama, sesekali diringi gelak ketawa mereka. Sampuk menyampuk oleh makcik-makcik kampung memeriahkan lagi suasana.

Di jalan utama berhadapan dengan rumah, kelihatan abah sedang berjalan melintasi kawasan rumah kami sambil memerhati ke arah rumah kami. Tiada senyuman… hanya pandangan kosong.
'abah.. abah' aku memanggil.
Abah menoleh ke arah aku dan tersenyum. Seperti biasa dia berjubah putih dan berserban. Gaya seperti mahu mengimami solat di masjid seperti hari-hari biasa dahulu.
'abah.. abah' sekali lagi aku memanggil sambil melambai.
Abah masih tersenyum namun tidak menghentikan langkahnya.
Tiada seorang pun di antara kami yang sedar tentang abah yang sedang melintasi kawasan rumah kami.
'mak, abah tu' jerit aku kepada mak sambil aku berlari keluar mengejar abah. Aku pasti mak tidak mendengar kerana suasana hiruk pikuk bunyi periuk belanga yang sedang di basuh oleh mak dan mak usu ketika itu.
Tanpa perdulikan mak, aku terus mengejar abah. Bila aku di belakang abah, dia berhenti dan menoleh.
'abah, kenapa tak singgah ? dah lama abah tak balik' tanya aku dalam kemengahan.
Tiada jawapan.
Abah kembali meneruskan langkah..
'adik ikut' ujar aku. Abah hanya mengangguk. Kami berjalan seiring. Abah hanya senyap tanpa memperdulikan semua soalan aku.
Tiba-tiba seorang kenalan yang lama tidak aku ketemu memanggil membuatkan aku berhenti.
'abah sat na, kawan adik panggil sat. satgi adik ikut abah' ujar ku
Abah hanya meneruskan perjalanan dan melemparkan senyuman…
Astaghafirullah…. Aku membuka mata.. mimpi rupanya….
-->
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...