Thursday, April 19, 2018

Ceritakan lagi

Seolah perasaan yang ada ini seakan memberontak apabila ianya terbiar sepi seolah tiada pembelaan. Setidaknya dibicarakan atau diluahkan untuk dijadikan cerita atau juga boleh dijadikan sempadan.
Retak-retak itu semakin hari semakin merekah jauh dan sesekali ia berhenti. Namun untuk bertaut kembali adalah sesuatu yang mustahil.

Itulah dia yang di tanggung Nina. Gadis biasa-biasa sahaja namun tarikan cintanya kuat untuk para jejaka.

Bodoh sangatkan dia apabila melepaskan jejaka-jejaka kaya hanya kerana cinta si Azam. Si Fuad anak datuk, jutawan pengusaha kereta, Si Adam pegawai bank yang berkarisma, Si Munir arkitek hebat yang bersama menjayakan misi menara bekembar sehingga gah di persada dunia, Malik jurutera terkemuka ibukota yang banyak berjasa kepada bangunan-bangunan tinggi Kuala Lumpur. Terakhir Si Nalee pemuda tampan menggalas tanggungjwab sebagai pengurus perkhidmatan bangunan mana kurangnya...

Mungkin itulah jodoh bisik hatinya sediri apabila bahtera yang di impikan membawanya ke syurga karam setelah 15 tahun berkemudi bersama.

Pasrah. Ahh itu bukanlah kata-kata memujuk menyedapkan hati namun satu pekataan paksaan untuk dia telan walaupun pahit.

Hanya tempoh perkenalan yang singkat membawa kepada pertunangan, tempoh pertunanganlah yang lama mengikat mereka.
Dalam tempoh itu juga perangai sebenar Azam satu persatu terserlah. Hmmm.. baran dan sangat baran.


Permulaannnya, Azam sangat sopan, ohh tidak tidak.. bukan permulaannya.. dia memang sopan dan bermulut manis apabila berbicara. Tidak hanya dengan Nina malah dengan sesiapa juga. Mak cepat jatuh hati untuk bermenantukan Azam dengan harap dapat membentuk jiwa Nina dan membimbing Nina dari seorang yang nakal kepada perempuan sejati yang di rahmati. Nina degil, Nina keras hati, Nina cepat melenting, Nina kasar.. katakanlah yang buruk-buruk, semua Ninalah.

Keluarga cepat sahaja merestui, ibu Azam juga sukakan Nina. Nina cantik, Nina sopan, Nina manja, Nina baik, Nina rajin, Nina pandai masak, Nina pandai menjahit, Nina tidak suka berpeleseran dan Nina juga semualah.. sama beratnya dengan yang buruk-buruk itu.

Nina si anak bongsu yang sensitip dan manja. Kesayangan mak dan abah, sangat  manja. Itulah ejekan kakak dan abangnya. Harus.. anak bongu kan lumrahnya begitu. Sensitip apabila di marah.
Iya, Nina bukanlah sempurna juga tidak pandai keterlaluan namun tidaklah ia tiket untuk di caci dan di maki.

Bergaduh dengan Azam adalah perkara biasa juga dengan bekas kekasih Nina. Namun tiada siapa pernah mencaci dan memakinya. Iya mak, abah dan kakaknya juga tanpa silu akan marah dan menegur Nina namun Nina tidak pernah di caci atau di maki.

Iya Nina kasar, namun jiwa Nina tidak dicipta untuk menerima makian dan penghinaan.

Sudah lebih 45 minit Nina merberhentikan keretanya di hentian bas, di tepi jalan besar. Bingit deruman kenderaan bebas bergilir melepasinya. Sengaja di buka tingkap kereta walau penghawa dingin belum dimatikan. Sakit hatinya dihalau Azam tadi. Hanya dengan sebab yang bodoh. Iaitu kerana Nina tidak mahu menemani Azam pulang menjengok ibunya.

Perkahwinan mereka baru menjangka ke usia 14 hari dan setiap hari mereka harus ke rumah ibu Azam atas sebab sekadar melawat. Nina tidak kisahkan perkara itu, pergilah pergilah sendiri. Pergi tanpa Nina. Perlukan Nina paham seorang anak lelaki harus mengunjungi ibunya setiap hari tanpa sebab ? Ibunya ada suami dan anak lain, perlu apa ke sana setiap hari ?

Pergilah sendiri Nina tidak melarang, pergi tanpa dia. Untuk Nina cukup sesekali dia melawat kerana Nina ada rumah sendiri untuk di jaga. Nina ada keperluan lain  untuk di buat. Pulang kerja tanpa mengira waktu walau di tengah malam harus ke sana. Nina penat, sangat penat. 

Di bandingkan dengan ibu Nina, dia sendirian dj kampung berdikari tanpa suami atau anak- anak lain. Dimanakah keperluan yang sebenar ? Nina tidak pernah mengungkit kerana kata mak hormatilah suami.

Nina tidak menangis kerana tekadnya tidak akan menangis untuk lelaki yang tiada nilai untuknya.
Tiada nilai ? Jadi kenapa berkahwin.. ? Dalam tempoh pertunangan berkali Nina cuba putuskan namun Azam tidak mahu lepaskan dan sentiasa memujuk. Setiap kali itu Nina kalah. 

Nina bodoh, setiap kali dipujuk dia akan menerima. Di suarakan kepada maknya keputusan untuk memutuskan pertunangan namun dia di marahi, kakak dan abangnya begitu setia bersatu dengan Azam. Umpan mulut manisnya berjaya.

Nina pasrah, di hatinya, restu keluarga akan membahagiakannya.
Sedangkan itulah keputusan dan andaian paling bodoh untuknya..

Bosan di tepi jalan Nina menghidupkan keretanya dan pergi ke rumah kawan-kawan ketika dia menyewa dahulu. Alasan Nina kepada kawan-kawannya, Azam tiada di rumah kerana keluar bermain badminton. Iya memang benar Azam keluar bermain badminton. 2 jam kemudian Nina tersedar dan rasa berdosa. Dia balik ke rumah dan meminta maaf walau niat sebenarnya dia tidak kisah diceraikan cuma dia tidak mahu ibunya malu. Mereka baru sahaja berkahwin.


No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...