Anis hanya mampu menahan. Airmatanya sudah kering. Perasaannya juga sudah tidak berbaki.
Kosong...
Tiada sayang
Tiada cinta
Tiada rindu
Itulah perasaannya kini terhadap suaminya sendiri. Malah dia mendendami suaminya hasil perbuatan dan kekasaran suaminya.
Dia tahu dia berdosa bila mempunyaj perasaan begitu, namun tiada lagi kudratnya untuk membetulkan keadaan kerana hanya dia yang berusaha, hanya dia yang mengalah. Perit jerih mengharungi ragam rumah tangga selama 15 tahun. Manisnya sudah hilang...
Terbaru dia bertekak lagi dengan suaminya hanyalah kerana dia leka seketika kerana melipat kain di bilik dan Hanif terjatuh. Dia dimarahi kerana cuai sedangkan Hanif jatuh di sebelah suaminya yang tidur di sofa ruang tamu.
Jika ikutkan penat dia juga penat kerana mereka berdua sama-sama bekerja, pulang lewat petang dan Aniz akan terus memasak dan melakukan kerja-kerja rutin selayaknya dia sebagai ibu dan isteri. Memasak, mengemas, membasuh dan sebagainya. Malah tanggungjawab mencari rezeki juga lebihnya dia.
Anis hanya diam dimarahi namun hatinya begitu sakit.
Anis sudah terbiasa menghabiskan hari-hari minggunya sendirian kerana suaminya sibuk dengan hal sendiri ditambah pula melayani kehendak ibunya.
Kadangkala Anis cemburu melihat rakan sekerja menghabiskan masa bersama keluarga.
Tak apalah, bisik hatinya.. kerana dia sudah malas. Pesan rakan-rakan, ingatlah ketika sangat-sangat manis bersama agar ianya dapat mengembalikan sayang dan rindu. Aniz berusaha juga mengingati namun segalanya bagai tiada. Kosong. Kerana kesan kanser dendam dan sakit hati yang memakan sel-sel memorinya.
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...