Kelengkapan ke hutan sudah sedia. Bekalan makanan dan beberapa peralatan lain sudah dimasukkan ke kereta. Mungkin kali ini hanya ke pinggir hutan iaitu antara pusat rekreasi di ibukota. Dekat. Kali ini Azim di bawa bersama.
'Mesti seronok kan mama..' ujar Azim berulang kali.
'have fun guys' laung Feer apabila kami memasuki perut kereta. Feer ada kelas tambahan jadi dia tidak dapat ikut serta.
'have fun guys' laung Feer apabila kami memasuki perut kereta. Feer ada kelas tambahan jadi dia tidak dapat ikut serta.
Azim melambai-lambai riang ke arah Feer apabila kereta mula bergerak meninggalkan rumah.
'Ma, jaga Azim, he's going to be crazy if he's too excited' pesan Feer pagi tadi ketika aku sedang bersiap. Sayangnya pada Azim tiada bandingan.
'ok sayang' balasku sambil mencium dahi Feer.
Sebaik tiba ke lokasi, beberapa rakan sudah menunggu dan agak sesak dengan orang ramai yang masing-masing mengambil kesempatan hari cuti umum.
Tiba-tiba..
'Papa papa jerit Azim' Apa pulak dia ni buat kat sini. Bisik hati spontan.
'Aku jaga Azim' balas papa Azim sambil memegang tangan Azim. Terus mud yang tadinya ceria bertukar, rakan-rakan lain hanya tersenyum sinis.
Aku berjalan didepan sekali melalui jalan di tepinya curaman ke sungai..
Dalam keadaan hati yang memberontak.. Burrr.... aku terjatuh jauh ke curaman dan langsung ke sungai.
Kawan-kawan cepat menghulurkan bantuan sementara aku sudah tidak nampak Azim dan papanya.
Aku percaya Azim terjaga... dan aku hanya terus bersama kawan-kawan. Hati sakit menyengat.
Tiba di lokasi perkelahan, orang terlalu ramai. Masing-masing dengan agenda sendiri. Aku mencari-cari Azim... Kelihatan papanya sedang leka menonton orang memancing yang semenangnya ketika itu diadakan pertandingan memancing di tempat itu.
Azim tidak kelihatan.. Aku memandang keliling mencari kelibat Azim. Namun Azim tidak juga kelihatan. Lantas aku bertanya papanya di mana Azim. Lantas dengan itu dia baru tersedar yang Azim sudah tiada.
Dia memandang ke sana ke mari sambil memanggil Azim. Aku pun berbuat yang sama.
Dia memandang ke sana ke mari sambil memanggil Azim. Aku pun berbuat yang sama.
Jerit nama Azim semakin kuat. Risau aku bertambah-tambah. Kawan-kawan juga membantu mencari. Ada yang turun ke sungai takut berkemungkinan Azim ke sungai, ada yang masuk ke belukar berdekatan mencari. Namun Azim gagal dijumpai.
Aku menangis..
Aku menangis..
Azim, Azim.. risau aku bertambah... mana Azim.. Azim.. Azim jerit aku. Semua orang membantu. Hari semakin gelap. Harapan menjumpai Azim seolah buntu.
Pengunjung semakin menyusut pulang.
Pengunjung semakin menyusut pulang.
Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah.. ampunkan aku.. Pulangkan Azim.. pulangkan Azim. Rintih aku didalam hati.. tanpa henti.
Aku lelah menangis namun semangat aku kuat mencari Azim ke serata tempat di situ.
Di hujung berlukar kelihatan seorang kakak bertudung labuh bersama 2 orang yang lain memandang ke atas pokok. Kakak bertudung labuh menggamit aku supaya mendekat.
'Dik, selawat dik' ujarnya... 'Azim ada kat atas tu' sambungnya sambil menuding jari ke dahan pokok tinggi yang paling atas.
Lantas aku mendongak. Kelihatan Azim dipeluk oleh seekor beruk yang sangat besar dan seolah tidak mahu melepaskan Azim.
'Ya Allah, kembalikan Azim... ampunkan aku Ya Allah' rintih aku di dalam hati sambil bersalawat dan membaca ayatul qursi diikuti 3 kul perlahan-lahan. Sekiranya itu syaitan, aku tahu dia tak akan menang. Namun jika sememangnya binatang buas, memang agak payah.
Harapan aku hanya kepada ihsan Allah. Sekiranya dibenarkan aku boleh mendapatkan Azim kembali.
Sebaik selesai membaca ayat-ayat Allah.. aku merayu lagi tapi kali ini dengan bersuara.
'wahai makhluk Allah, itu Azim anak aku. Kembalikan...' Berulang kali... Rayu aku seolah tiada kesan...
'pulangkan Azim...' kali ini rayuanku bernada kasar.
Seorang pengunjung lelaki melaungkan Azan dan laungan Azan tidak berhenti kerapa disambung oleh pengunjung lain.
Aku menadah meminta Azim dari beruk yang besar itu, merayu tanpa henti...
Lama... mata bulatnya tepat memandang aku. Tidak sedikit pun gentar di hati aku. Yang penting aku mahukan Azim kembali.
Aku menunggu...
Pandangan kami bersatu..
Pandangan kami bersatu..
Kau tidak diapa-apakan sekiranya kau melepaskan Azim. Bisik aku perlahan walau aku tidak pasti samada beruk itu mendengar dan memahaminya.
Beruk besar itu teragak-agak.. lama kemudian dia turun juga menghantar Azim..
Azim berlari mendapatkan aku sebaik tiba ke tanah, memeluk aku dengan kuat.
'mama mama Azim seronok duduk kat atas pokok, jom la pegi rumah Azim' ujar Azim apabila melepaskan rangkulan aku.
'tak sayang, kita tak boleh pegi sana. Jauh dan kita kena balik rumah kita' balas aku sambil mengusap kepala Azim dalam sendu yang masih tidak berhenti.
Azim mencium pipi aku, terasa sejuk bila bibir comelnya menyentuh pipi.
Lantas dengan itu aku membuka mata..
'Astaghafirrulahilhazim..' aku bermimpi rupanya...
Alhamdulillah it's only a dream.
Azim tersenyum memandang.. terus aku memeluk Azim.
'mama mimpi Azim hilang... nasib baik mimpi' aku menceritakan segalanya... Mama sayang Azim, please don't leave me.
Azim terpinga-pinga...
'hahaha Azim kene peluk dengan beruk' ejek feer.
'but scary dow...' sambung Feer.
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...