Showing posts with label Tabby Kitchen. Show all posts
Showing posts with label Tabby Kitchen. Show all posts

Saturday, February 25, 2017

Budak kecik

Tadi makan kat Sushi King, *wahh bahagia bila Feer dah boleh terima Sushi. Walau sekadar makan grilled Salmon and Salmon skin, pun dah dikira happening.

Bukan nak cerita pasal tu tapi opposite to our table ada 1 mother and her children. 2 boys and 1 big girls. The youngest I believe (based on size) so active up and down. The mother just being ignorance, alah kalau aku pun. Xkose nak layan.

But, the kid for me was still doing fine. But, the table behind seated by two young ladies, was distracted by the kid's action. Pastu siap jeritkan kat kid tu which then the mother asked the kid to behave.

The mother not really know was happening,  the two ladies was giving a sour face followed by anger face to the kid.

Tajuk here... kid is kid. We are adult, please behave. Ko xde anak ko xtau. Nanti ko ada anak ko akan tahu. Or silap2 sebb perangai ko yang agak belagak dengan budak2 takut Allah xnak bagi anak baru padan muka or dapat anak yang super hyper..

Budak yang active adalah budak2 yang pandai. Xyah marah. Use your saikologi laaa...
Sekian, tu je hahahaa. 

Sunday, June 21, 2015

Siakap stim limau serai tomato segala !


3rd day of Ramadhan...

Siakap Senohong Gelama Ikan duri..
Bercakap bohong lama-lama mencuri..




Saturday, June 20, 2015

Snapper Garlic Grill


Puasa hari Pertama.

I just have 2 slices of Ikan Jenahak for Iftar today, hentam jelah as I wanted something dry..

Marinated the with just with black pepper,  salt, pepper,  garlic and shallots.

Wrapped with tumeric leaf

Grill for about 20mins..

Saturday, November 8, 2014

Kerabu Mangga

I just realised that there are mangoes in the fridge and bunga kantan... what else to do.. kerabulah.

Here we go ;

  • Shredded mangoes
  • Shredded bunga kantan
  • Slice red onion
  • Garlic
  • Dried shrimps
  • Tomatoes - dice
  • Lime juice
  • Chili Finger - dice
  • Chili bird - dice
  • Some Salt
  • Some sugar

*crush peanut if any, in this case I don't use it.

Only the garlic and the dried shrimps were fried.... once it cooked, just mix with the rest of the ingredients. ..
That's it!
Ready to go...

Thursday, October 9, 2014

Sambal Tempoyak *Bak Ang

The original recipe was to use a lot of veges like pucuk paku, pucuk segala pucuk...
But, for me just enough with... daun kunyit, serai... paling best petai sket dan terung pipit.. or terung belanda.. 

The ingredients ;
(but the count wass only at my estimation, I dont have exact amount... pepandai la)
  • Tempoyak
  • Cili api tumbuk lumat macam nak masak lemak cili api
  • Daun Kunyit (racik halus macam bunga rampai)
  • Serai (racik halus bulat-bulat.. suka hati la... petak-petak pun xde yang nak marah)
  • Bawang puteh, kecik, besar, sederhana dan lain... mengarut dah...
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Air segelas ke.. dua gelas ke.. tiga gelas ke.. satu cerek ke... ikut korang la nak pekat or cair mana..
  • Paling saya suka boh petai dengan terung pipit huhu... meletup
  • Santan.. *pada yang suka. saya tak boh.
  • Nak bagi ada kaler, boh serbuk kunyit sikit.... sikit sangat
Caranya ; semua bahan di atas campur skali dalam piuk masak atas api sederhana. Bila kuah dah meletup-letup.. maknanya dah masak le tew...

Sila la menjamu selera...




Saturday, October 4, 2014

Mee Udang Maksu

Senang ceh...
Sebelum bagi resepi, just to tell that the quantity of each ingredients are only my estimation, agak-agak je lah.

Caranya ;
Tumbuk udang kering banyak
Tumis ngan bawang puteh dan merah serta belacan sket.. halia boh jugak sket
Tumis sampai naik naik bau dan garing..... Masa ni nak boh kacang tanah goreng yang dah ditumbuk pun ok... tunggu lagi sampai garing...
Then boh air rebusan udang... lagi kaw kalau rebus kepala serta janggutnya... tambah air rebusan daging juga enak bangat sih..

Tunggu agak-agak dah empok.... boh udang, kangkung...  pecahkan telo.... sedia di hidang.
Pes sambal masa makan pun sama... udang kering goreng gareng campo cili blend.. kasik lama masak... boh la kiub ikan bilis ke kiub ayam ke belacan ke.. then boh garam sikit.
Wallah..



Friday, September 19, 2014

Ikan Bilis Kicap

This menu is my favourite.. ever!

It's was taught by my late father, Abah. When I was a kid, when my mom was away, Abah used to cook for us. Us means abah, Chick and I. The others have been away, living in KL while Chik and I were still schooling at Yan, Kedah.

Back to the title story. Abah was a good cook. He cooked a lot of foods. Asam pedas, masak lemak etc. But, the favourite was this one and he never miss it.

How it?!
Ikan bilis mentah... soak in the hot water. Rinse it, mix with cut onion, chili, soya sauce and vinegar or air perahan limau.

That's it !

Ready to take with hot rice. Wallah 

Tuesday, July 22, 2014

Pancake or Lempeng or Lempang

 #throwback..

He wanted to have the pancake... so let him do it !

Homemade ice cream...

My homemade ice cream.. Yummy

Saturday, July 12, 2014

Ayam Panggang Rosemary Lemon

Memandangkan kebun sendiri ada tanam pokok Rosemary. .. so haruslah masak hasil tanaman...
Puas gugel.. ok dapat la tapi ambik idea je. Ni dah modified seenaknya..

Here we go..

Bahan-bahannya;
  • 1 stgh ekor ayam - di potong atau tak
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 1 1/2 sudu besar rosemary fresh dari kebun sendiri.. erk!
  • Lada hitam, anggaran suka hati
  • Lada putih, anggaran suka hati
  • Madu, anggaran suka hati
  • Garam
  • 1 kiub ayam - tak bubuh pun takpe.. msg semua ni.. erk!
  • 1 biji lemon
  • Olive oil, anggaran suka hati

Cara-caranya:
1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
2. Tumbuk daun rosemary fresh, dalam kes ni saya letak daun origano segar skit. Yellah ada kebun sendiri la katakan. Tumbuk daun ni lumat-lumat sebelum campur kan lada hitam dan putih, halia sekali tumbuk la... tapi bahan kemudian ni xla lumat sangat. Geli-geli jew.
3. Bawang putih di goreng bersama minyak zaitun kemudian diketepikan.
4. Ayam dilumurkan dengan Bahan-bahan yang di tumbuk disertakan bawang putih dengan minyak zaiton tadi. Madu dilupa jangan bersama kiub ayam dan garam.
5.Perap.. suka hati la berapa lama... mak tak kesah.
4. Bakar pada suhu 150C selama 1 jam @ hingga masak.

Untuk sos ;
Air perapan yang berbaki dalam besen perap jangan di buang serta air perapan di campur minyak lebihan grill dalam loyang bakar di masak sehingga pekat. Masa masak tu saya tambah lemon dan madu sikit. So masa nak serve tu.. curah sos kat atasnya... wallah..

Tadaaa... dah siap..

Susah ke senang?!
Getik kalau kata susah...

Saya punya cara ni makan ngan nasi tapi kali ikut asal.. grill la sekali kentang dan vege.. so jadi dah perfect meal.

Ok chow.. nak masak ni ada guest nak datang.



opss tetinggal fakta penting.
Yakni sosnya..

Air perapan yang berbaki dalam besen perap jangan di buang sebaliknya di buat sos nya.

Air perapan di campur minyak lebihan grill dalam loyang bakar di masak sehingga pekat. Masa masak tu saya tambah lemon dan madu sikit. 
So masa nak serve tu.. curah sos kat atasnya... wallah..


Perap


Dalam Oven


Hasilnya.. 


Wednesday, July 9, 2014

Daging Jintan, Cik Jul yang Enak

Resepi Ori dari Cik Jul... copy from Whataps. Hebat teknologi sekarang.. tak de alter pun ha..

Jul: Hahh mehh dekat2 tgk tipon, aku nak share resipi daging jintan aku
Jul: Itu daging di goreng dgn halia...dah naik bau sikit boh air utk rebus bg daging empok
Bahan utk di tumbuk,
Bawang besar setengah bijik
Bawang putih
Halia jintan manis jintan puteh

Jul: Daging dh empuk sikit boh kentang. ..msk smpi kentang empuk
Jul: Masuk kan bhn2 yg di tumbuk, boh kunyit sikit
Jul: Goreng masak sampi bhn tumis tu garing sikit dn sebati mo daging
Jul: Potong cili merah, Bawang besar slice besar2, Masuk dan gaulkn
Jul: Tadaa....dh siap, Sedia utk dimkn pada pkul 730 kang
Jul: Selamat mencuba puan2..

Gambar from dapur CikJul eh... 






Sekian...

Cehh lapar plak perut aku. Sib baik lagi 5 minit nak berbuka.
Selamat Berbuka.

Tuesday, June 3, 2014

Bubur nasik my style

Nak buat camne.. bubur jelah makan nyer bila operation gusi

Tu daun pudina from kebun..



Wednesday, May 28, 2014

Gulai Ayam kampung dengan nangka muda

When mak is around...
Kami dilimpahi dengan makanan yang sangat sedap...
I bought everything that she needed and she can cook whenever she likes...


One of her menu..


Sunday, May 11, 2014

Lalalaaa

Nak balas dendam
Rindu nak buat. .

Sunday, March 30, 2014

Laksa lagi..

Benci tul la kalau ada yang suka tayang gambaq laksa kat FACEBOOK insta or whataps. .. aku NAKkkkk... benda lain aku leh sabaq.. tapi laksa sangat la mencabar keimanan woooo..

Walaupun kat rumah baru ni barang masih bersepah xterkemas... sudu senduk semua beterabur.. sebab lapaq laksa punya pasai... hah hambik.. aku boleh buat la... tak main makan kedai hokey!

Balik keje hari Jumaat terus cari barang.. mak aiii bunga kantan sampai rm1.80 sekuntum. ..
Xpa xpa... mahal is not the factor!
So here we go...




Sedapnyer...

Cam nak kene buat jer...

Sunday, March 23, 2014

Chocolate roll pie

Nak pailah pagi ni...
Selepas bancuh tepung....
Open the fridge to take the butter but saw the left over chocolate lepas buat biskut dengan Rina... hmmm ting* idea mariii

Panaskan chocolate dan lempengkan tepung pie maka jadilah chocolate roll pie...
Hehehee


Kreatip tak?!

Saturday, February 15, 2014

Homemade burger patty

Ntah la suka sangat main masak2 lately...
This is 2nd trial actually...

The taste.. Feer kata hebat!

Senang je..

Daging cincang
Ketang rebus lenyek
Telur sebutir
Pepper
Black pepper
Salt

Semua ni gaul.. bulat2 kan bakar.

Friday, January 3, 2014

Hommeda Tengguri Ball @ fishball

Dah lama nak buat tapi cam malas jer. Tapi bila tengok colleague rajin masak untuk baby dia.. haish tercabar lak so here we go..
Ikan tenggiri fresh buang tulang...

Blend isi ikan..
tapi inshallah lepas ni kalau buat nak cincang je.
 Opss... blend skali ngan tepung jagung 2 sudu, lada sulah dan garam..

dah blend tu.. bulat-bulatkan pastu rebus.
bila dah terapung tu angkat la...

ni dah siap tadaaa...
simpan dalam container. Frozenkan. Bila-bila nak masak keluarkan la..

and finally, buat sup... tapi masak apa2pun boleh.

Sekian.

Saturday, December 28, 2013

Unsuccessfully...

For the third and forth baking, the bread was not at my expectation... emmm orang melayu kata Batat la.

I was thinking that everything gonna be ok as I have done my practical twice..

Why why and why... 

Upon checking the recipe book, I noticed that... 'to use warm liquid'.  Yeah that was it. Bingo ! Because I was using the chilled milk direct from the fridge..



Today after make sure no chill milk.. the bun is perfectly baked


well cooked..
Morale.. to ensure the liquid is always warm.
Only the crust.. I should select the very thin onelah..

Sekian.