Sunday, March 5, 2017

Cita-cita...

Tajuk di atas tiba-tiba je...

what was my ambition ? since I was small, since I know what 'ambition was, my ambition was never the same.

Tadika - I think that time my cita-cita more on pekerjaan yang memakai pakaian beragam. sebab, abah kan polis dan kami dikelilingi dengan unit-unit pakaian beragam yang lain yakni bomba, nurse dan
askar.

Sekolah rendah - confirmed.. xmau tukaq dah. Kami nak jadi pemandu kereta polis wanita. Ni pengaruh TV series yakni drama Chips. Hebat gila aku rasa jadi pemandu kereta polis.
https://en.wikipedia.org/wiki/CHiPs
Hebat sangat kami rasa... style rambut pun mesti nak sama jugak..

Then bila kawan-kawan lain sebok la nak jadi cikgu, doktor, peguam. Kami pun tukaq cita-cita, kami nak jadi doktor jugak. Tapi Yang (my sis) kata, eeeiii Doktor xmau la. Dok kelebet kudis orang jaa.
Kami pun terpengaruh eeeiii kami pun takmau.

Jadi peguam pun hebat, gaji banyak. Itu je dalam fikiran...

Tak mau tak mau.. nak jadi cikgu la. Abah kata cikgu bagus.. banyak pahala. Semua cita-cita dan kerja datang dari inspirasi cikgu. Abah kata lagi kerja cikgu la paling banyak pahala.. Kami pun ok la. best jugak jadi cikgu.

Tapi abah dok kata jadi la ustazah.. huhuhu.. tinggi sangat tu harapan abah...

Dok tak dok, kami pun masuk sekolah menengah. Masa ni kami xtau nak jadi apa sebb kami mengaji xpandai sangat. Mana lepaih nak jadi doktor ka, majistret ka, loya ka..
Kalau berdasarkan minat dan kecenderungan aku lebih ke art.

Subject lukisan je yang aku consistently score. Bukan subject akademik yang lain huhu...
Ok ok... cita-cita berubah nak jadi fashion designer la. Cewah konon.... tapi pikir kang design seksi-seksi dapat dosa.. xbest xbest. betapa rigidnya pemikiran aku masa tu. Padahal pikir la camne buat fashion muslimah. Halloo that was 1988, orang yang pakai tudung boleh kira. Kami pikiaq bedasarkan pemerhatian sekeliling. Kami sendiri pun pakai tudung hari Jumaat ja, tu pun kat sekolah ja.

Habis belajar, still got no idea what will be my future job. Lantak la apa nak jadi.

Here I'm today... nobody akibat tiada perancangan.

Masuk Universiti pun tak plan.. its not my ambition or something but I got nothing to do.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...