Aku andaikan aku kuat mengawal emosi aku sendiri...
Aku hanya tidak mahu untuk seorang wanita lain sakit kerana aku.
Aku tahu sakit itu dan lagi aku tak mahu seorang wanita lain menderita kerana akulah penyebabnya.
Korban atau akukah yang bodoh.
Aku mencari alasan untuk dibenci demi menjaga hati wanita lain. Aku memendam perasaan.. aku perlakukan apa yg bukan aku.
Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Bila sengaja aku biarkan telifon berdering, bila aku sengaja biarkan pesanan tidak berbalas.
Allah.... dia lebih tahu aku meronta untuk tidak melakukannya.. bila malam aku teresak-esak menahan sendu merindu.
Hari-hari aku bagai orang hilang arah, menjadi batu ditepi tingkap menunggu. Apa yang aku tunggu ?
Dulu aku mohon pada yang Esa... ambillah dia namun kekalkan memory indah bersamaya.
Kini aku sudah tidak berdaya hanya mengingat kenangan lama yang layu sedangkan aku sasau merindu.
Untuk aku kembali menagih cinta, itu tidak mungkin.. kerana aku tahu ada perempuan lain di sana.
Akhirnya dengan penuh ratapan aku merayu..
"Ya Allah, aku tidak mampu hanya mengenang memori, ambillah memori ini juga seperti kau ambil dia dari aku..."
Aku tidak mampu menjadi batu lagi...
Rindu ini sangat kuat..
Rasa rindu, rasa resah
Dan pada masa yang sama menggenggam hati supaya kuat, tabah berdiri...
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...