Wednesday, April 1, 2020

Hilang, aliz

Dia sudah hilang tiada kembali.
Kesepian dan keterasingan sudah sebati kini.
Hari-hari yang kosong, berlalu sangat perlahan meghambat jiwanya yang kelam, derita akibat ditinggalkan.
Di mana harus dilepaskan rasa sepi, rasa kosong bila tiada siapa yang boleh dia bercerita. Ahh itu omongan khayalan. Manakan ada...
Dia benar-benar pergi
Seolah semangat juga hanyut dibawa melampiaskan nestapa..
Kayuh perlahan di dalam lautan berombak
Teroleng-olenh dihayun ombak kekiri dan ke kanan.
Hati merindu.. manakah arahnya
Hati merintih.. mengaut memori semalam
Ah... tidak ianya terganti
Kerana hati ini telah  ditambat
Ditawan oleh dia...
Dulu dia mengusap tangan ini
Dulu dia mengucup aku
Dia memujuk aku saat2 merajuk
Dia tenterami hati ini bila di dalam kegundahan
Dia menceriakan hari aku
Dia tahu aku
Dia ambil tahu aku
Dia layani aku
Dia manjai aku
Manakah dia...
Dia sudah pergi
Dia tidak datang mencari aku
Aku hanya di sini
Payahkah dia untuk mencari aku
Aku diam tidak kemana
Dia tahu aku di mana
Ahhhh biarlah..
Adat si ombak yang curang mendatangi pantai yang berbeza
Lalu mendungu apakah aku...
Hmmm.. gundah gulana jiwa
Resah gelisah hati..
Merana badan menurut rasa...
Apakah aku akan harus terusan mendungu diri ?

No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...