Monday, November 5, 2018

Ketika Itu

Ketika itu aku bergelut di dalam hati
Ketika itu menjerit dan merintih
Ketika itu keluhan demi keluhan
Ketika itu semua hanya dalam hati aku

Ketika itu hati aku berbicara
Ketika itu aku sampaikan segalanya
Ketika itu aku mengadu
Ketika itu semuanya kepadaMu Ya Rab

Ketika dia melepas hasratnya
Ketika dia mahu pergi
Ketika dia menghilang
Ketika semuanya tiba-tiba kelam

Ketika aku menahan getar untuk menagih
Ketika aku terasa tersisih
Ketika aku merasa tidak diperlukan
Ketika aku tetap dijauhi...

Ketika itu aku tetap memilih untuk sujud
Ketika itu aku tetap mengadu hanya padaMu
Ketika itu aku begitu terhiris
Ketika itu terdiam tiada apa kata-kata yang terlahir

Sesaat, seminit, sejam, sehari, sebulan dan kini hampiri setahun...
Aku masih menanti
Seandainya dia kembali
Seandainya dia menyesali
Seandainya dia memujuk
Seandainya dia seperti hari mula-mula kami...

Tiada..
Kosong
Sepi

Demi tuhan..
Biarkan...
Biarkan...
Dia biarkan jiwa dan hati ini mengeras...
Untuk satu jawapan yang mustahil untuk aku..

Dan hari ini segala rindu aku menjadi dendam
Dendam lahau yang menyengat

Dan dengan getar aku memohon...
Ya Rab, hapuskan nama dia dari hati ini
Aku penat untuk menanti
Aku penat untuk merindu
Aku penat untuk berharap....

Hapuskan kenangan kami Ya Rab..
Aku tak mahu sakit, aku tak mahu....

Jika dia masih ada hatinya untuk aku kenapa dia menyiksa....

Aku penat...

No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...