Ya Allah...
Kan hari tu aku merayu kau ambillah dia seandainya dia bukan jodohku kan...
Ye.. aku buat ini kerana takutnya dosaMu,
Ahh kau kan lagi maklum apa yang ada di dada ini.
Istiqarahku, tahajutku, itulah khusus untuk aku jauhi dari terus berdosa...
Ahh kau lebih tahu itu.
Dalam sujud aku bersendu kan... aku hilang selera untuk makan, aku lupa mengira hari, aku semakin dungu sebagai aku yang biasa bila dia tiada...
Ahh kaukan mengaturkannya...
Aku bangun sebab aku kuat...
Aku berjalan sendirian
Aku makan sendirian
Aku kemana-mana sendirian
Sakit Ya Allah..
Dulukan dia sentiasa ada kan Ya Allah.
Kau lebih tahukan perasaan aku masa-masa itu, aku bahagia... sangat bahagia.
Ya Allah..
Aku tidak pernah dilayan begitu..
Tapi kan Ya Allah, aku sentiasa takut sebb dosa kan Ya Allah.. semua itu dosa kan..
Apakah aku hidup untuk menempah neraka.. maka itulah aku beristiqarah dan meminta petunjuk.
Ya Allah..
Kau ambil dia terus selepas itu
.
.
Ahh aku yang meminta..
Tapi kan Ya Allah, hati ini terlalu degil untuk faham. Setiap saat merindui dia...
Masih setiap pagi berkejar ke jendela mengintai apakah dia ada seperti hari-hari dulu.
Ya Allah..
Aku masih menunggu mesej-mesejnya masuk..
Aku masih menunggu panggilannya..
Ya Allah..
Sakit rupanya..
Dada ini berombak kencang bila tahu dia sememangnya telah ditiadakan untuk aku..
Ya Allah..
Dalam rancanganMu, dia tiada di dalam masa depan ku..
Oh inilah dia juga taqdir... qada dan qada.
Ya Allah..
Mulut ini ringan berkata *aku terima ketentuan ini, tapi kenapa hati masih mencari dia.
Ya Allah..
Akal ini sangat bijak dan baik, tak jemu memujuk hati. *Kembalilah kepada ketentuan Allah yang maha mengetahui...
Ya Allah..
Sakit Ya Allah.. sangat sakit bila dia hilang..
Oleh itu Ya Allah, walau bukan dengan rela hati, aku memohon... padamkanlah nama dia dari hati ini...
Ya Allah..
Semoga bila hilangnya nama dia, aku tidak lagi merindu, hati tidak lagi meronta sakit. Tidak lagi menunggu, mencari-cari setiap detik.
Ya Allah...
Aku memohon..
Maafkanlah aku..
Bawalah aku ke jalanMu
Ya Allah..
Aku tidak mahu kekal sebagai pendosa..
Terimalah aku dalam aku bersih dan lurus ke arahMu.
Ampunkan aku Ya Allah...
Aku hanya ada Kamu... aku tidak pernah sembah selainMu...
Kasihanilah aku Ya Allah...
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...