Tuesday, October 23, 2018

Mak

Aku memandang mak yang hilang dalam lenanya. Dadanya berombak perlahan turun dan naik, sesekali tangannya seolah menggapai sesuatu sambil dia bercakap namun tidak pula aku memahami. Beberapa detik berlalu aku hanya memerhati mak mengingau. Apalah mimpi mak agaknya.

Aku duduk di hujung kaki mak, mengurut-mengurut. Kulit mak semakin putih dan badan mak semakin menulang. Mak tidak lagi makan makanan biasa, sebaliknya hanya bubur atau makan lain yang di hancurkan.

Sudah seminggu mak terbaring lesu, sesekali aku sandarkan dia untuk di suap makanan. Makanan mak walau dia lalu namun semakin berkurang kuantititnya.

Untuk mandi, aku tidak mampu lagi memapah mak ke bilik air, hanya lap-lap badan sahaja. Juga mujur Su ada menjaga opah ketika aku pergi kerja. Su lah yang lebih banyak berjasa.

Dunia mak semakin sunyi, mak sudah tidak lagi boleh di bawa berbual, mak tidak memahami bahasa kami juga kami tidak memahami bahasa mak.

Jika dulu sebelum dia terlantar, dia kerap bercerita tentang mimpi-mimpinya. Tentang abah yang sering mengajaknya pergi.

Dulu hidup mak dikampungnya, hidupnya meriah walau sendirian. Dia habiskan masa dengan pelbagai aktiviti. Aku ingat lagi alasan mak bila aku mengajak mak tinggal di KL, sering pelbagai alasan. Kenduri, ayam ititk, majlis berzanji dan lain-lain.

Aku menjemput mak tinggal ke KL tanpa disedarinya kerana ketika itu dia sudah mulai lupa. Mak menjadi sangat pelupa dan kerisauan aku bertambah setiap minggu apabila pulang menjenguk mak di kampung. Sehingga ada saudara mengadu tetang sifat pelupa mak.

Aku risau... hanya aku yang kerap menjengok mak. Paling lama aku hadkan 2 minggu sekali aku harus balik pastikan segalanya teratur. Ya itu tidak memadai namun aku juga kerja, aku juga isteri, ibu dan menantu. Aku ada tanggungjawab lain.

Mak ada anak 5 orang, mana mereka ? Yong sudah lama hilang, Nyah juga terkekang dengan jarak, Yang aku anggarkan sebulan sekali atau lebih untuk tempoh dia balik ke kampung. Chik juga sudah lama tidak pulang, aku anggarkan dia lupa jalan balik.

Dengan janji kita ke Kuala Lumpur beberapa hari, aku tipu mak. Hati aku tetap ingin bawa mak tinggal di KL untuk memudahkan aku menjaga mak. Iya.. aku anak yang penipu. Aku tipu mak.

Mak ketika itu tidaklah pelupa sangat.. dia menuntut janji untuk bawanya pulang dan aku kerap menipu mengatakan minggu depan kita balik sehinggalah dia benar-benar lupa dan dia sering berilusi dia di kampung.

Aku harap, mak akan kerap dikunjungi anak-anak bila dia sudah di KL dan dekat.

Sama sahaja, yang kerap hanyalah Yang dan sesekali Nyah yang gigih datang dari Penang.
Yong hanya mulai merapat di usia mak yang semakin tipis. Chik jauh sekali....

Mak duduk dengan adik, takpa mak. Pedulikan diorang namun bibik dan mak tidak serasi juga aku andaikan bekas ibu mertuaku.

Mak dan bibik sering bergaduh dan bibik sering mengugut untuk berhenti kerja. Sering dan sering. Bekas suami risau jika anak-anak aku tiada siapa yang menjaga ketika aku kerja.

Tiba-tiba bekas ibu mertua cadangkan mak dihantar ke Penang kerana Nyah tidak bekerja dan dia adalah calon yang paling sesuai.

Sumpah aku rasa mak dihalau.
Demi Allah aku rasa mak dihalau dari rumah aku.

Aku tidak setuju namun bekas suami aku terlalu ampuh dan dia pengikut kata yang setia setiap butir cadangan ibunya.

Mak dihantar... aku andaikan mak lebih bahagia dan terurus dia sana. Hati aku bergalau walau tanpa ada riak... dendam. Aku beli rumah ini atas atas niat ingin membela mak.... aku dendam. Dendam yang tersulam bersama segala perkara yang asalnya kecil.

Selepas setahun mak di Penang mak dikembalikan atas urusan ah aku sendiri lupa. Tinggallah mak bersama aku kembali dan kami punyai pembantu lain khas menjaga mak ketika aku bekerja. Juga tidak sesuai bersendiran dengan aku kerana ketika itu aku susah berstatus ibu tunggal dan bimbang sesuatu akan berlaku jika dia ditinggalkan berdua dengan pengasuh.

Yang mengambil emak tinggal bersamanya, aku andaikan ini antara tempat mak yang terbaik juga. Setiap Jumaat aku menjemput emak ke rumah demi memberi ruang privacy Yang dan keluarga. Begitulah sehingga mak semakin lemah yang dia tidak lagi kuat untuk berjalan dan akhirnya mak terus kekal bersama aku.

Mak terlantar, tiada lagi kuderat. Aku biasakan Feer dan Azim bersama menguruskan emak. Mereka tidak kekok mengurut dan menguruskan mak. Kami bahagia....

Kami ketika itu sudah ada pembantu baru Su. Su disenangi semua termasuk Feer dan Azim.

Su menguruskan 70% perkara tentang emak, betapa aku berterima kasih padanya.

Makan dan minum semua di katil, Yang kerap datang, Yong sesekali dan Nyah aku andaikan juga kerap untuk jarak yang jauh. Chik sejak aku di KL, boleh kira berapa kali dia ke rumah aku menjengok emak. Sedangkan dibibir mak, nama Chiklah yang kerap mak panggil.

'Adik, Kak Misah cakap, mak sudah tiada. Itu bukan mak' kata Chik suatu hari pada salah satu hari lawatannya yang sangat jarang.

*what ?! Kau tak pernah jaga mak, datang pun boleh kira jengok mak kau boleh cakap macam ni ??? Gumam hati aku. Aku sememangnya bukan berani bersuara kerana aku di latih untuk tidak menjawab namun itu dulu. Sekarang tidak !

Aku renung mak, aku pandang matanya. Mak hilang dalam dunianya. Sesekali menjerit kecil apabila Feer dan Azim menghimpit berebut ingin tidur di samping mak.

Aku kecewa denga Chik, sangat kecewa.

Takapalah mak, mak duduk sini.

Aku adukan pada Yong dan yang lain dan pada suatu hari Yong membawa pulang seorang ustaz  untuk melawat dan mengubat mak secara islamik. Kami hanya mencuba seandainya dengan cara itu mak boleg sihat kembali walau doktor peribadi mak mengatakan mak hanyalah sakit tua. 'just a matter of time, Zila'

Keputusan dari ustaz yang kemdiannya aku gelarkan dia bomoh kerana tidak semena-mena dia mengatakan emak diduduki di sebelah kiri kerana, mak akan menjerit apabila dipicit di sebelah kiri dan mata mak memandang dia ketika ruqyah.

Ya Allah, ampunkan aku dengan dosa kurafat ini...
Mak tak suka bising dan dia sering bagi pandangan yang sama kepada Azim dan Feer setiap kali mereka bising dan mak akan menjerit setiap kali Feer dan Azim tertekan anggota badan mak ketika Feer dan Azim berebut-rebut untuk tidur di sebelah mak.

Ahhh mengarut....
Bertaubatlah wahai manusia....

Aku tak endahkan langsung segala pesan bomoh itu. Bodoh ! Hati aku memberontak.
Setiap hari aku membaca yassin dan kadangkala di sebelah mak ketika dia jaga, riaksi mak biasa-biasa. Lantaklah mak... adik tak percaya. Setan tu memang ada di mana-mana kalau nak halau xpayah pakai jampi serapah...

Nyah sependapat dengan aku. Mengucap panjang dia bila aku khabarkan berita itu.

Mak kekal dia rumah aku bersama Su. Bahagia.
Iya... walau mak tidak sedar sekeliling lagi sekurangnya, balik dan pergi kerja aku akan mengadap mak.

Sehinggalah petang itu aku andaikan mak sesak dada. Nafasnya begitu tertekan-tekan dan susah. Lagi aku andaikan perkara biasa, aku tinggalkan mak untuk mandi dan menguruskan diri.

Aku turun lagi menjengok emak, aku bacakan mak yassin seperti biasa.. mak masih sesak nafas, sesekali tangannya terangkat-angkat seolah menahan sakit.

'Mak... mengucap mak' pujuk aku sambil membacakan ucapan keramat itu. Su juga bersama-sama. Dia dihujung kepala mak juga membisikan kata-kata keramat itu.

Dada mak berombak sangat kencang.
'Mak.. ashaduallaihilahaillah...' perlahan kami berdua bacakan untuk mak. Mata mak meliar ke sana ke mari.

Beberapa minit berlalu kemudiannya ombak di dada mak perlahan, syukur alhamdulillah ombak di dada mak mengendur. Mata mak berhenti meliar sebaliknya memandang ke atas.
Namun aku masih tidak mengerti akan tandanya.

Aku mengambil kesempatan itu untuk terus hubungi semua....

Dan anak-anak buah tiba, Yang dan Rina tiba sepantas kilat.. Dayah, Moktar, Dina, Hariz, Haniz Taqim dan abang Hisham tiba.. Ammar dan keluarga serta Ili dan suami.

Alhamdulillah mereka semua ada...
Yang menemani mak sambil mengurut dada yang lain membaca yassin, aku sibuk menghubungi doctor Shafiq, doktor peribadi mak bertanyakan tentang keadaan mak melalui gambaran aku.

'Zila from my experience, temanilah dia. Dia sudah tidak lama' dan selepas itu mereka yang dibilik memanggil aku...

'maksu.. opah dah takde'

Mak dah tak ada mak dah tak ada...
Mak dah tak ada terngiang-ngiang di fikiran..

Makkk jerit aku di dalam hati.

Di dalam bilik mak dikelilingi dengan cucu-cucunya, Su dan Yang.

Aku puas... mak tidak pergi sendirian. Walau aku tiada di sisi...

Tamatlah riwayat mak tamatlah kisah mak hingga saat itu namun aku takkan berhenti bercerita tentang mak dan magic sticknya kepada anak-anak aku.

Mak.. tenanglah disana.. tunggu kami.

No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...