Thursday, November 15, 2018

Kembali

Bersendirian, dan membosankan. Aniz dan anak-anaknya sudah keluar seawal pagi kerana mempunyai program sendiri.

Aliz sengaja bermalasan untuk bangun tambahan pula dia tidak bersolat hari itu.

Riuh di taman didepan rumah dengan aktiviti taici oleh penduduk tidak di endahkannya. Belakangnya yang agak lengoh kerana aktiviti berat dan latihan sparing semalam, ianya membuatkan dia hanya ingin bersantaian di rumah.

Dia bangun membuka jendela dan berjalan turun ke tingkat bawah perlahan dengan lemah. Mencapai telifonnya yang sedang dicaj di meja bawah. Dia membelek mesej sambil berjalan sebaik telifon sudah di genggamannya.

Ngiaun Habu si kucing jiran membuatkannya terpanggil untuk keluar ke depan menjengok Habu sekaligus memberi Habu makan. Rumahnya sudah seperti rumah Habu, kerana Aliz serta Aniz dan anak-anaknya gemar melayan Habu, cuma Habu tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Anak-anak Aniz berpenyakit astma jadi mereka amat menitik beratkan kebersihan.

Dia yang hanya berbaju tidur membuka pintu utama dan keluar meninjau. Namun Habu tidak dipintu seperti di fikirannya, Habu sebaliknya bergesel manja dikaki orang yang sedang tercegat di luar pintu pagar.

Dari dalam garaj rumah terhalang oleh keretanya kelihatan susuk tubuh seseorang berdiri. Aroma bauan yang kuat yang sangat di rindui.

Dia pantas mengintai susuk disebalik keretanya.. tidak jelas kerana dia tidak memakai kaca matanya.

Susuk itu melangkah ke depan tanpa di minta. Ngiaun Habu mengikut langkah itu. Melalui bayangan di sebalik keretanya, lagaknya seperti seseorang sangat di kenali oleh Habu.

Dia sudah tidak sempat berlindung, derup langkah lelaki itu menghampirinya. Namun pandangannya ke bawah mencari-cari Habu yang kelihatan bergesel manja.

Pandangan berhenti ke sepasang kaki bercapal merah tua. Susuk kaki yang bukan biasa-biasa untuk Aliz.

Dia pantas memanjangkan pandangannya ke wajah pemilik kaki yang dengan manjanya di gesel Habu.

Dia tercegat tergumam dan akhirnya tangannya menakup muka, airmata merembes pantas.

'Ya Allah, inikah pengakhiran penantian aku. Wajah yang saban saat di rindui. Bisik hatinya.

'Ya Allah apa benar ini Abdul Aali di depanku' dia berbisik sendirianm

Abdul Aali tersenyum sementara Aliz kaget memastikan nyata atau khayalan.

Remote control pintu pagar ditangan tidak ditekan namun lelaki itu melepasinya. Dia memandang remote control di tangan bersilih ganti dengan susuk tubuh di depannya, hanya Abdul Ali yang dia tahu berkebolehan bergerak tanpa halangan.

Aliz seperti tiada malu dan hilang segala bentuk silu aku terus mendapatkan lelaki itu dan mendakapnya.

"Ya Allah, Aliz rindu...." bisiknya.

Abdul Ali hanya kaku tanpa membalas pelukan Aliz.

Terima kasih Allah, bisik Aliz acapkali...

"Aliz rindu..."

Air mata dendam kerinduan merembes tanpa sekatan.

'Aali, awak kembali'

Aali hanya senyum, Habu masih mengeselkan badannya di kaki Abdul Aali.

'Aliz..' ucapnya.

Suara itulah membuat igauan tidak pernah pudar.

Pelukan Aliz terurai...

'Aali... jom masuk' sekali lagi pertimbangan akalnya tidak selaras. Mungkin kerana itu Allah wujudkan perpisahan ini.

Aliz menarik tangan Aali, dan sebaik memegang tangan Aali, dia merasa suhu panas tangan lelaki itu dan menyakinkan Aliz ianya adalah nyata...

Aali hanya senyum mengikut Aliz yang gopoh menarik tangannya. Pelik. Dulu Aali tidak semudah itu.. atau dia juga dulu tidak pernah segopoh itu.

Di dalam Aali terus duduk dan Aliz duduk mengadapnya..

'ini bukan mimpi, ini bukan mimpi' berkali-kali Aliz ulangi. Abdul Aali masih tersenyum

'Aali rindu Aliz' ucapnya.

"iya, ini adalah nyata.." balas Aali. Lembut dan menenangkan.

"Assalamualaikum" tiba- tiba suara laungan salam seorang perempuan di pintu rumah. Seseorang sudah di dalam kawasan rumah sedangkan remote control pintu pagar masih ditangannya tanpa di tekan.

Tanpa dipelawa seorang gadis cantik masuk ke ruang tamu rumahnya. Tersenyum manis, berkebaya labuh. Kemas berkerudung.

"Ameena !" Aliz menjerit lantas menerpa ke gadis itu, mereka berpelukan.

"tak jemput kita masuk, nampak abang kita aja" Ameena memulakan bicara sambil jemarinya menyapu air mata di kedua pipi Aliz.

"ya Allah, happynya Aliz" ungkap Aliz.

"Ameena, Aali... akan lamakah disini ? Please jangan tinggalkan Aliz lagi" ungkap Aliz. Tangannya kejap menggengam jemari Aliz. Pandangannya silih berganti antara Abdul Aali dan Ameena.

Diam. Kedua-dua tetamu tidak berkata apa-apa membuatkan Aliz kegelisahan. Airmatanya laju.

"Aliz, Aliz sedang pengsan sekarang. Sakit Aliz menyerang. Kami ingin membawa Aliz pulang ke kampung kita" Abdul Aali memulakan kata.

Sebaik berkata demikian mereka bertiga sudah di kampung Abdul Aali dan Ameena.

Semuanya masih sama.
Suasana.

No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...