Friday, February 23, 2018

Dulu

Maksu, ada nota untuk maksu. Tiba Hariz sudah berada di belakangnya sambil menyuakan kertas kecil yang terlipat di tangannya.

Alis mengambil tanpa lengah. Dibukanya lipatan kertas itu.

‘selamat hari raya, maaf zahir dan batin’

Semoga Alis sekeluarga  dirahmati Allah

Ikhlas dari Iza,

Itulah ringkasan ucapan yang tertera di kertas nota kecil di peti surat rumah ibu Aliz di kampung.

Iza, siapa Iza ? Ligat fikiran Aliz meneka-neka pemilik nama itu. Setahunya kawan-kawannya di kampung tiada bernama Iza namun dia tetap menghantar mesej ke beberapa orang rakan-rakannya bertanya. Namun tiada seorang pun yang boleh mengimbas pemilik nama itu. Lalu nama itu terlepas dari ingatannya begitu sahaja. Raya berlalu dengan kemeriahan seperti tahun-tahun lalu. Setiap kelapangan Aliz sentiasa akan kembali ke pundung belakang rumah di tepi kolam kesayanganya, walaupun di hari raya.

Hariz dan Hanif mengekori langkahnya, Aliz membiarkan mereka. Berlarian ke dua anak buah nya itu berlumba ingin cepat sampai ke gigi kolam.

‘Cepat Riz, kita tangkap ikan lagi’ ujar Hanif yang merupakan anak sulung dalam keluarga kakaknya Aniz. Hariz yang berumur 6 tahun itu terkial-kial mengejar abangnya sambil mengimbang badan agar tidak terjatuh apabila terpijak seketul batu besar di terpi titi kecil menuju ke seberang sungai.

Hanif tiba dulu di pundung, dia tercangak-cangak mencari joran buluh jepun yang dibuat atuknya. Hariz tiba tak lama kemudian termengah-mengah sambil tersenyeh menyerlahkan sebahagian gigi susunya yang sumbing.

‘nak umpan apa sayang’ Aliz bertanya sebaik tiba.

‘alamak’ balas Hanif pantas seraya menepuk dahi.

‘tak payah umpan la’ balas Hariz. Dia sudah pun di atas pundung, lincah kakinya memanjat tebing dinding untuk mencapai tikar di para dan terus di bentangkan di lantai pundung.

‘macam mana ikan dapat ikan takde cacing’ Hanif bersuara perlahan seolah terkilan yang niatnya kan tidak terlaksana.

‘maksu buatlah umpan roti’ sambung Hanif lagi sambil memandang Aliz. Aliz hanya tersenyum..

‘oklah, tunggu. Jangan masuk kolam’ ujar Aliz sambil bergerak untuk berpatah balik ke dapur rumah ibunya.

Rina tiba bersama papan karom dan set catur.

‘Jom main’ ajak Rina sambil menunjukkan kedua permainan itu.

‘bosaaaannnnnnnnnnnnnnnn’ balas Hanif panjang.

Aliz hanya tergelak kecil dan terus pulang untuk membuat umpan ikan mereka.

‘maksu, jangan lambat tau’ pesan Hanif lagi. Hariz sedang melompat-lompat cuba mencapai buah-buah ceri yang sedang ranum. Beberapa biji sudah berjaya dia dapatkan di kumpulkan di atas tikar yang dibentangnya tadi.

‘plop’ ketenangan air kolam tiba-tiba berkocak. Seimbas kelihatan seekor ikan besar besar melompat di tengah kolam.

‘ikan ikan’ jerit Hariz gembira.

Rina dan Hanif melompat bangun untuk menyaksikan ikan yang di katakan Hariz.

‘wahh besarnya ikan’ jerit Rina pula.

‘tangkap kita tangkap’ sampuk Haniz lantas turun dari pundung menuju ke tepi kolam berdekatan tempat ikan yang melihat lihat tadi.

‘dah tak ada….’ Perlahan suara hariz kecewa. Dia berpusing dan duduk di pangkin di bawah pohon ceri itu.

‘hmmm… yellah. Jom panjat pokok’ ajak Hanif dengan pantas memujuk rasa kecewanya. Rina hanya menggeleng, dia masih memegang papan karom dan kotak set catur.

Pucuk pohon buluh di tebing kolam di sebelah sana meliuk-meliuk di tiup angin.

Rina menyusun buah catur, papan karum sudah di sandarkan di dinding pundung. Kejap lagi sepupunya dari Pulau Pinang akan tiba dia benar-benar pasti mereka akan menyertai dia dan adik beradik nya di kolam.

Bau ayam yang dilayur di atas api selepas bulunya dicabut, kuat menyengat ke rongga hidungnya. Baru saja tadi dia melihat Opah dan mamanya mencabut bulu 3 ekor ayam kampung. Kini ayam itu sudah semerbak baunya. Dia tersenyum sendirian, terbayang sudah gulai ayam kampung Opahnya.

Seketika itu juga atuknya lalu sambil menjingjing sebiji nangka muda.

'Atuk.. nangka muda tu' tegur Rina.

'boleh makan ke' sambung Rina lagi.

'ni Opah nak gulai la.. dengan ayam kita tangkap tadi' balas atuknya tanpa berhenti berjalan.

'korang jangan masuk dalam kolam.. kesian ikan tu nanti. Korang tu busuk berpeluh, kotor la rumah diorg nanti' atuknya menyambung di tambah dengan gurauannya. 

'hahahaha atuk ni' Rina tergelak mendengar gurauan atuknya.

Maksunya tiba dengan umpan roti yang sudah siap. Hanif meluru turun dari pokok ceri. Jelas badannya yang putih itu berbirat akibat bilasan ranting-ratjng lebat pokok ceri itu.

'ha macam nilah balik kampung. Panjat pokok, memancing...' ngomel maksunya.

Hariz sudah mencubit umpan roti dan dibulatkan kecil-kecil lali di pasangkan di hujung mata kail.

Hanif juga dan kemudian Rina juga menyertai mereka. Atuk sudah menyiapkan beberapa joran untuk mereka. Setakat bulu halus yang di pasangkan tali tangsi dan mata kail.

Plop...

Bunyi mata kali yang di baling Hariz masuk ke kolam.

'syhhhhhhh...' bisik Hariz

'jangan cakap nanti ikan lari' bisiknya lagi.

Mereka bertiga masing-masing mencari tempat untuk joran masing-masing.


Aliz ke perdu buluh mengintai anak-anak buluh iaitu rebungnya. Banyak. Sentiasa banyak. Aliz senyum, dia tahu Abdul Aali ada di situ memerhati mereka. Did duduk di tebing kolam berhampiran perdu buluh. Tak ada apa yang dirisaukannya. Keadaan di situ sentiasa bersih, ada pun rumput liar yang kecil.

Dia hanya memerhati gelagat anak-anak kakaknya.

Hanif yang sulung, cukup aktif dan lincah. 


No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...