Monday, February 5, 2018

Hilang

Aliz melangkah dengan penuh semangat, satu-satu anak tangga di naikinya. Bunyi air sungai semakin kuat, bererti dia semakin menghampiri kawan sungai. 3 orang kawannya telahpun mendahuluinya manakala 5 lagi dibelakangnya.

Dia sendirian bersantaian melangkah setiap anak tangga, dia dia kurang berhenti melepaskan lelah, l menikmati pemandangannya hutan. Sayup-sayup bunyian kera dan unggas bersahutan. Tupai- tupai yang jinak melompat-lompat silih berganti di sepanjang trek. Jinak bila di hulur makananan menandakan mereka sudah biasa dengan pendaki-pendaki yangbl tidak pernah surut.

Aliz menghulur kurma dan buah tin kering yang dibawanya, binatang itu mencapai dari tangannya tanpa takut.

Aliz meneruskan langkahnya, kera dan monyet tidak kelihatan dan suara mereka bersahutan.

Rakan-rakannya sudah lama merancang pendakian itu, dia hanya diberitahu apabila menghampiri tarikh pendakian. Oleh kerana dia sememangnya ingin ke hutan, dia pantas bersetuju. Selepas menyerahkan segala butiran tentang dirinya, kawan-kawannya lah yang menuruskan segalanya.

Mendaki Gunung Kinabalu Sabah, pada permulaannya apabila dia memberitahu Aled tentang pendakian ini, Aled tidak membenarkan kerana Aled tidak dapat turut serta kerana pada tarikh tersebut dia harus turun ke laut untuk pertama kalinya dia berkhidmat sebagai engineer operasi. Puas didesak Aliz supaya jangan pergi namun gadis itu tetap dengan keputusannya. Akhirnya Aled mengalah, namun dia juga yang beriya membantu menyiapkan segala persiapan Aliz dan dia juga yang menghantar Aliz ke lapangan terbang.

Malam sebelum hari pendakian mereka menginap di Pine resort, mereka telah dibrifing tentang pendakian untuk esoknya.

Paginya selepas bersarapan, mereka bergerak memuju ke kaki gunung Kinabalu. Agen yang menguruskan sudah sedia mendaftar bagi pihak mereka, para pendaki hanya perlu menurunkan tandatangan dan mengambil pas mendaki. Gunung Kinabalu sudah digazetkan dibawah Unisco jadi ianya terjaga dan terdapat kemudahan asas untuk keselesaan pendaki. Juga setiap yuran pendaftaran adalah termasuk sekali dengan insuran kemalangan dan malapetaka.

Mereka berkum 8.30 selepas diberi taklimat oleh wakil perhutanan gunung Kinabalu, mereka ditemani oleh 3 orang malim gunung yang berpengalaman serta juga sebagai pembawa barangan peribadi mereka.

Johny, seorang malim gunung yang dikenalkan kepadanya pagi tadi beberapa meter di hadapannya. Melangkah perlahan menantinya di hadapan. Seorang lagi Eddy pula menemani kumpulan di depan sekali.

Carson Fall.
Mereka sama sekali di larang bergerak bersendirian lebih-lebih lagi semua ahli kumpulan mereka adalah perempuan. Aliz bukanlah meninggalkan mereka yang dibelakang cuma dia hanya berjalan tanpa berhenti, tambahan pula bunyi deru air sungai yang semakin kuat menghambat dia untuk cepat ke sungai. Sungai dan hutan adalah kegemarannya sejak berkenalan dengan Abdul Aali. Kini apabila Abdul Aali menghilang dia semakin tidak keruan untuk selalu memasuki hutan. Bulan lepas dia ke Gunung Rajah Pahang bersama rakan-rakannya sebagai persiapan latihan mereka mendaki Gunung Kinabalu. Kecantikan Gunung Rajah yang terletak dia banjaran Titiwangsa amat mengujakan. Walau di mata kasar manusia biasa pandangan hutan hanya biasa-biasa namun tidak bagi Aliz.

Walaupun dia sudah tidak bebas ke dunia sebelah sana namun kebolehannya melihat kecantikan itu masih kekal. Kadangkala nalurinya merasakan ada penempatan bunian dia kawasan-kawasan tertentu cuma dia tidak boleh melihat dengan mata kasar kecuali dengan jemputan mereka.

Mereka kadang-kadang tertanya-tanya sesama sendiri kenapa Aliz begitu obses dengan sesuatu tempat, pokok atau lopak. Aliz nampak apa yang tidak pada mereka.

Aliz tiba di punca bunyi air itu, terdapat sebuah jeram kecil dan telah dibuat halangan oleh pihak berwajib melarang pencerobohan kerana takut pendaki merosakkan keindahannya.

Kawan-kawannya tidak nampak dan tidak tahu di mana dia yang semakin jauh berjalan sendirian sehinggakan duansudah keluar dari trek.

Semakin jauh dia melangkah ke dalam hutan semakin cantik pemandangannya. Kadangkala dia bergerak laju kerana ingin cepat sampai ke kawasan yang pada pandangannya sangat cantik. Kawan-kawannya sudah jauh ditinggakkan. Dia tahu dan sedar padah yang sedang dibuatnya, namun hati kecilnya berkata dia hanya ingin melihat sebentar.

Dia tahu keluarga Aali tidak akan merestui apa yang dibuatnya kerana dia sudah dimaklumkan tentang musuh-musuh keluarga itu.

'Aliz, cukup' suara Ameena keras melarangnya meneruskan langkah meneroka kawasan baru itu.

Hanya suara yang bergema, Ameena tidak disitu.

Aliz hanya tersenyun tanpa berhenti.

'Aliz, jangan degil. Ayahda akan marah Meena nanti' Suara Ameena masih berkumandang sedangkan dia tidak di situ.

'cukup' cukup kuat amaran kali ini bergema dan ianya bukan lagi suara Ameena. Sebaliknya milik suara yang sangat di rinduinya.

'Aali' Aliz memanggil. Tiada jawapan.. senyap.

'Aali' Aliz memanggil.

Senyap. Tiada balasan.

Tiada deruan angin seperti selalu...

Senyap.

'Liz...' sayup kedengaran suara Abdul Aali memanggil. Berbayang-bayang dia melihat Abdul Aali sedang berdiri beberapa puluh meter di hadapannya sebalik kabus yang tiba-tiba ada. Melihatkan Aali langkah Aliz semakin laju mendaki berlari anak merempuh kerikil trik.

Aliz mendekati Abdul Aali, wajah yang tanpa emosi. Kabus semakin menghilang..

Abdul Aali tercegat berdiri memandangnya. Tanpa senyuman seperti  selalu sebaliknya wajah kaku tanpa emosi memandangnya.

'Aali' panggil Aliz. Dan seketika itu batang tubuh Aali berdebu hilang ditiup angin.

'Aali.. Aali' panggil Aliz meraba-raba didalam kabus yang menipis dan menghilang keseluruhannya.

'Aali... Aali' ulangnya perlahan.. kudratnya menyusut, Aliz terjelepuk jatuh. Jelaslah itu hanya perasaannya.

'Adik.. adik'

Sesorg

No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...