Wednesday, January 17, 2018

Jejak

Hela nafasnya dilepaskan perlahan2, permukaan kolam ikan di depannya berombak perlahan di tiup bayu lembut. Gemersik dedaun buluh di sisi kolam seberang sana menarik perhatianya untuk berkalih memandang. Beberapa ekor tupai berlarian memanjat dan melompat bermain. Aliz hanya memerhati.

Seperti semalam dia hanya duduk di pundung memerhati suasana sekitar tanpa berbuat apa-apa.

Rindu.

Abdul Aali hilang terus. Dulu mereka sama-sama di situ walau kelihatannya dia sendirian, kini dia berteman sepi dan rindu. Dulu jiwanya terasa terisi, ceria dan bahagia. Dulu dia tidak pernah terfikir akan ditinggalkan, harapannya dia akan selalu bersama pemuda buniannya itu.

Air matanya bergenang lagi. Puas ditahan namun  kerinduannya sukar di tepis.

Suara Azan Asar oleh ayahnya berkumandang dari masjid di depan rumahnya. Cepat-cepat dia mengesat airmatanya dan bergerak pulang.

Sudah seminggu dia di kampung, menghabiskan sisa cuti tahunan sebelum tahun baru. Di kampung dia hanya menghabiskan masa bersama ibu dan ayahnya selain melapangkan masa di kolam.

Selera makannya bertambah-tambah bila di kampung. Ibunya sengaja memasakkan makanan kegemarannya selama dia di kampung dan Pak ngahnya juga tidak lupa menitipkan udah galah kegemarannya dari kolam udangnya.

Mak Lang Noran setiap petang ke rumahnya membawakan bubur dan kueh mueh kegemarannya. Mereka kerap berkelah di pundung menikmati minuman petang. Dia tahu sekejap lagi Mak Langnya akan sampai, selalunya orang iti sampai selepas solat Asar jadi dia ingin cepat solat dan bersiap menyambut makcik kesayangannya. Apalah menu hari ini, fikirannya menerawang.

Ketika melangkah pulang, bayu sepoi menghembus wajahnya, Aliz menoleh namun tiada apa-apa. Dia mengeluh pelahan dan meneruskan langkahnya untuk pulang.

Bunyi cerek yang nyaring menandakan air sudah masak bingit sebaik dia melangkah ke pintu dapur. Cepat-cepat dia menutup api gas dan kemudiannya ibunya tiba termengah-mengah ke dapur untuk menutupnya namun Aliz lebih dahulu mendahului ibunya.

"Buat air kopi kang lopeh solat" arah ibunya dam berpatah balik ke ruang tamu.

Aliz hanya mengangguk dan ke bilik air untuk berwuduk.

Seperti setiap hari dalam masa seminggu dia di kampung, Maklang nya tiba bersama sedulang makanan.

Aliz tersengeh menyambut.

"Aliz nak balik dah besok" ibu Aliz memberitahu Maklangnya.

"Uuuooooo... yollah. Besok pagi ko potang ?" Balas maklang Aliz.

"potanglah maklang, sompek layi seraun lopek pisang maklang" Aliz membalas dalam pekat Negeri Sembilan.

Orang tua itu tergelak mendengar balasan Aliz. Ibunya menjeling tajam ke arahnya kerana Aliz selalu mengusik orang tua itu.

"ha yollah. Pisang pon ado" balas maklang.

"sayang maklang" Aliz menjawab sambil menyusun teko dan gelas air kopi ke dalam dulang. Mereka kemudiannya beriringan ke pundung belakang rumah tempat mereka selalu duduk-duduk berkelah petang.

Lembut bayu sepoi menyapa kedatangan mereka. Aliz tersenyum dan memandang ke perdu pohonan buluh yang meliuk-liuk di tiup angin.

Kelihatan anak rebung-rebung banyak kelihatan. Selepas meletakkan dulangmakan yg dibawa, Aliz ke perdu pokok seolau-olah melihat-lihat rebung-rebung itu. Sedangkan tempat itulah tempat keramat yang dia sahaja yang tahu. 

Ibunya siap bersama tiba menuruti Aliz.

"dah boleh ambil dah ni" ujar ibunya.

"yellah, nak Aliz tolong?" Balas aliz

"tak usah, mak ambil besok" balas ibunya seraya berlalu.

Situlah perkampungan Abdul Aali, Aliz berjalan meraba batang-batang buluh yang tegak berdiri rapat-rapat. Sebenarnya dia rindu ke sana lagi namun hijabnya sudah ditutup, dia hanya mampu masuk jika di jemput. Dia antara buluh-buluh yang tegah berdiri terdapat ruang yang boleh dimasuki. Aliz berjalan masuk tanpa rasa takut.

Tak ada seorang pun yang menegah perbuatannya berjalan ke dalam pohonan buluh yang merimbun itu. Ibunya atau maklangnya hanya berbual tanpa perdulikan dia. Mereka nampak kelakuannya namun tiada tegahan. Padahal biasanya dia dalam semak begitu terdapat binatang berbisa yang suka membuat habitat. Mereka seolah tahu tempat itu selamat untuk Aliz.

Puas menjelajah ke.hutan buluhnya, Aliz kembali ke pundung menyertai ibu dan maklangnya.

Berat namun perlahan-lahan nafasnya di lepaskan.

Fikirannya jauh mengembara... fikirannya kembali ke dunia kedua kegemarannya.


******

Aliz berkemas untuk pulang ke KL. 

Aled sejak pagi sudah sampai walau sudah dimaklumkan yang dia ingin berangkat selepas Asar. Aled pagi-pagi sudah talifon maklumkan dia akan tiba bersama sarapan pagi dan memesan supaya Aliz dan ibunya tidak perlu bersusah payah.

Selepas bersarapan dia dan ayahnya menghilang, pada perkiraan Aliz ayahnya membawak Aled ke pejabat pertanian di pekan sebb Aliz ada mendengar perbualan mereka sebelum keduanya menghilang.

Sejak kebelakangan ini ayahnya begitu mesra dengan Aled seolah menerima baik Aled ke dalam keluarga mereka. Kalau dulu ayahnyalah yang paling berkeras tidak membenarkan mana-mana lelaki mendampinginya. Mungkin, ayahnya merasakan Aled menyimpan rekod bersih selama Aliz bersamanya. Tambahan dengan dengan tokok cerita Anis kakaknya jiran Aled.

Selepas dia selesai berkemas, dia mengintai ibunya di dapur sebelum menghilangkan diri ke pundung di tepi kolam kesayangannya. Sejak Tompok hilang, mereka tiada lagi kucing peliharaan. Dia pun tidak pasti kenapa ayah dan ibunya tidak membela kucing lagi. Cuma kucing-kucing jiran yang datang bertandang dan di beri makan seperti kucing sendiri. Mereka kemudian akan pulang semula ke rumah mereka.

Seperti biasa suasana di kolam ikannya tenang dan sunyi, hanya kedengaran bunyi unggas di selangseli dengan gemersik dedaun. Aliz berjalan mengeliling kolam.. matanya liar memandang sekeliling menatap suasana kesayangannya sebelum pulang. Di perdu buluh dia berhenti, berbisik..

‘Aali, Aliz rindu’ ungkapnya perlahan. Serentak itu, airmatanya bergenang. Tiada bayu lembut meniup wajahnya. Dia menunggu.

‘hadirlah’ sambungnya. Suasana tetap senyap.

‘Ameena, sampaikan salam Aliz’ ungkapnya lagi. Kali ini untuk Abdul Aali. Air matanya jatuh dan serentak itu bayu lembut meniup dan bahu kanannya di sentuh dari  belakang. Lantas Aliz menoleh, Ameena menjelma dan tersenyum memandang.

“Meena’ ungkap Aliz lantas memeluk adik pemuda buniannya. Pelukannya dibalas oleh gadis bunian itu. Itu adalah kali kedua Ameena menjelma dirinya selepas peristiwa di hospital.

‘mari kita jalan-jalan’ ajak Ameena setelah pelukan mereka terlerai.

‘jom’ pantas Aliz menyahut dalam cerianya. Airmatanya diseka Ameena dengan sapu tangan sutera yang dipegangnya.

Serentak dengan itu Aliz sudah berada di dalam dunia Ameena, tempat yang sama ketika mula-mula dia bertemu Abdul Aali. Tompok berlari-lari mendapatkannya.

‘Tompok !’ jerit Aliz.

‘gemoknya kau sekarang. Makan sedap yer’ ucap Aliz kepada Tompok seolah binatang itu memahaminya. Tompok sudah dalam pelukannya dan kucing itu mengingau-ngiau manja. Menggeselkan kepalanya ke dada Aliz.

Ameena hanya tersenyum memandang, menyaksikan Aliz dan Tompok melepas rindu.

‘taknak balik dah yer’ ungkap Aliz lagi.

‘Liz, abang sihat. Jangan risau yer’ ujar Ameena membuatkan Aliz menoleh dan tersenyum. Sedikit sebanyak rindunya terubat. Sejak sekian lama dia ingin kembali ke alam itu. Alam asing namun tidak lagi untuknya.

‘pertemuan kita sampai di sini sahaja. Nanti kita jumpa lagi’ sambung Ameena dan serentak itu dia terdengar panggilan Aled.

‘Liz, Liz bangun’ Aled sudah berada di depannya sebaik dia membuka mata. Aliz menggosok-gosok matanya. Rupanya dia tertidur di pundung seperti dulu-dulu. Aliz tersenyum menyambut Aled.

‘haish sedapnya tidur, tau tak pukul berapa ni ?’ tegur Aled.

‘hahahaaa.. jom balik lapar’ balas Aliz tanpa mahu membalas ungkapan Aled, yang pasti hatinya sangat gembira.

'sedao sangat mimpi tu sampai dah nak masuk Asar' sambung Aled lagi. Aliz tidak menjawab

‘ha jom’ sambung Aled sambil matanya meliar memerhati sekeliling.

Aliz akur, dia bangun seraya meraba gelang di pergelangan tangannya. Hanya dia yang dapat melihat gelang itu. Aled hanya memerhati kelakuan Aliz dengan andaian gadis itu hanya menggaru kerana gatal barangkali.

Mereka melangkah pergi, Aliz memandang kebelakang dan ketika itu semilir angin lembut menyapanya. Aliz senyum dan berlalu.

Ibunya sudah menyiapkan bekalan pulang.. gulai bersama pucuk pegaga kegemaran dia dan Aniz. Pucuk-pucuk ubi muda siap dibekalkan juga..makanan kampung yang begitu sebati dengan jiwanya.

Buah terung pipit juga ada dibungkus ibunya. Mungkun bagi orang lain terung pipit hanya tumbuhan hutan yang tidak berguna, namun ianyanya makanan kegemaran keluarganya.

Aliz menghilang ke dalam bilik. Ayahnya di ruang tamu bersama Abdul Aali, ibunya masih sibuk di dapur. Pisang emas setandan disandar di tepi pintu. Ikut Alizlah untuk membawanya pulang atau tidak kerana Aliz tidak berapa gemar pisang.

Aliz kembali ke dapur setelah bersiap ala kadar, dia mengenakan sehelai selendang menutup kepalanya. Walau tidak sempurna cara pemakaiannya namun keayuannya semakin terserlah.

Ibu, bapa dan Aled berpandangan sesama mereka melihatkan Aliz yang mengenakan selendang. Aliz tahu dia diperhatikan tetapi sengaja dia belagak biasa.

"cantiknya anak abah...." ayahnya tidak dapat menahan diri. Aliz hanya tersenyum ke semua mereka. 

"mak... ooo mak baklah bekal tu" kelihatan ibunya yang tergamam terhenti pergerakan melihatkannya.

Akhirnya mereka semua ketawa apabila ibunya sedikit terkejut.

Sebaik semua barang-barang diletakkan ke dalam kereta, Aliz minta diri untuk ke pundung seketika.

"Ameena, ayahda, bonda Aliz pulang dulu, jemputlah Aliz lagi ke rumah" bisiknya ketika dia berdiri berhampiran pundung mengadap ke kolam ikan ayahnya setentang pohonan buluh keramatnya.

Ameena dan kedua ibu bapanya memunculkan dirinya seketika. Itulah pertama kali ayahda dan bonda Ameena muncul di dunia nyatanya. Ameena bergerak menuju ke arah Aliz selaku mengikutnya balik, sebaliknya kedua ibu bapanya menghilang selepas melambai mesra ke Aliz. Ameena menggenggam tangan Aliz dan menghilang apabila Aled tiba.

"jom, semua dah siap" ajak Aled sambil perhatiannya meliar keseluruh kawasan situ.

"jom" balas Aliz. Serentak itu angin sepoi meniup lembut ke wajahnya membuatkan Aliz berpaling ke belakang diikuti Aled yang memerhatikan tingkah laku Aliz.

Mereka kembali menyambung jalan menuju ke kereta. Ibu dan ayahnya sedang menunggu sambil duduk dipangkin kayu di bawah pohon mangga.

"kirim salam kat Aniz, rindu maklah kat cucu-cucu mak" ujar ibu Aliz ketika Aliz menyalami orang tua itu.

"jomlah ikut makcik, pakcik" pelawa Aled.

"nantilah, musim hujan aku pergi" balas ayahnya kerana musim hujan dia tidak turun memotong.

"lambat sangat lagi tu..." pantas Aliz meningkah.

"alasan" sampuk ibu Aliz mencemik muka kerana dia memang ingin sangat ke Kuala Lumpur berjumpa dengan cucu-cucunya tetapi disebabkan ayah Aliz yang sering beralasan menyebatkan dia juga terjerat tidak dapat mengikut.

Mereka sama-sama ketawa.

Honda CR-Z meluncur laju sebaik mereka masuk ke jalan besar.

Aliz hanya diam, sebaliknya Aled sibuk bercerita tentang aktiviti paginya bersama ayah Aliz di Persatuan Peladang, bermula dengan perancangan tanam semua getah serta projek. Projek pembesaran kolam ikan ayahnya untuk di komersialkan.

'pokok buluh di tepi kolam tu kalau di bersihkan bole lagi tambah kolam ikan' Aled.memberi cadangan.

' No !' Nyaring suara Aliz membalas tegas apabila pohon buluh kesayangannya di sebut.

Aled terpana dengan kelakuan Aliz yang tiba-tiba agresif. Cadangan yang sama diutarakan tapi ayahnya juga menolak dengan alasan pohon buluh itu tempat ibunya mengutip rebung.

Aled mendiamkan diri, otaknya ligat berfikir. Tadi bila diutarakan kepada ayah Aliz, orang tua itu juga begitu emosi mempertahankan pokok2 buluh itu. Bagi Aled, jika dibesarkan kolam boleh dikomersialkan lagi hasil ikan-ikan ayahnya. Keuntungan berlupat ganda berbanding hasil rebung.

Misteri yang disimpan menhenai Aliz kembali bermain didalam fikirannya. Dia tahu Aliz selalu mengjabiskan masa di pudung belakanh rumahnya. Ibunya bercerita mengenai tempat itu istimewa untuk Aliz. Namun bagi Aled, beberapa kali dia ke situ, tempat itu hanya biasa-biasa.


No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...