Kami berbaris ke satu pintu sambil di awasi oleh lelaki-lelaki yang bersenjata. Muka-muka yang bengis memaksa kami perempuan-perempuan yang berbaris ni bergerak menuju ke beberala pintu. Namun pergerakan kami terbatas, membuatkan pergerakan barisan menjadi pelahan sedangkan muka-muka lelaki yang memaksa agak tidak sabar.
Aku, di antara perempuan-perempuan yang berbaris itu, berdebar-berdebar untuk melangkahi sempadan pintu.
Muka-muka kami cuak, kerana apakah bakal nasib kami. Anak-anak dan lelaki-lelaki kami tidak kelihatan. Dimanakah mereka ? Apakah nasib mereka.
Bising dan hingar.
Aku takut.
Feer dan Azim di mana...
Aku takut.
Feer dan Azim di mana...
Kerisauan dihati terserlah bila mata meliar memandang keliling.
Tiada... mana Azim dan Feer...
Tiada... mana Azim dan Feer...
Aku hanya mampu berdoa... agar Allah simpati pada aku pada kami. Hulurkanlah kesihanNya dengan melepaskan aku dan kami.
Barisan kami semakin menghampiri ke sempadan pintu... peluh... walau cuaca dan suhu bilik tidak panas.
Allah, ampunkan aku Ya Allah.
Aku pendosa yang hina..
Ampunkan aku...
Bebaskan kami ya Allah..
Aku pendosa yang hina..
Ampunkan aku...
Bebaskan kami ya Allah..
Perempuan di hadapanku mula menangis..
"Kemana kita akan pergi ?" Bisiknya dalam sendu.
Tak mampu aku memjawab, kerana aku juga tidak tahu. Perempuan di belakang aku, sejak tadi mengaji perlahan secara hafazan. Rasanya dia hafizah. Merdua suaranya antara dengar dan tidak. Dia cuma tersenyum memandang kami.
"Kemana kita akan pergi ?" Bisiknya dalam sendu.
Tak mampu aku memjawab, kerana aku juga tidak tahu. Perempuan di belakang aku, sejak tadi mengaji perlahan secara hafazan. Rasanya dia hafizah. Merdua suaranya antara dengar dan tidak. Dia cuma tersenyum memandang kami.
Lelaki-lelaki bersenjata tidak memperdulikan Si Hafizah dan kami. Terkumat kamit aku membaca apa yang aku tahu...
Tiba-tiba lelaki bersenjata menghampiri kami bersama ketuanya, pada pemikiran aku berdasarkan lencana yang berbeza dan sarat.
Mereka menarik kami betiga ke satu bilik.
Mereka menarik kami betiga ke satu bilik.
Wajahnya di maniskan memandang kami..
"tolong, tolong lepaskan kami" perempuan yang menangis tadi merayu
Aku masih meliar memandang ke setiap sudut, namun mengikut tanpa sepatah perkataan.
Perempuan yang mengaji memperlahankan bacaan, namun masih tersenyum. Seolah taqdir bahagiabl sedang menantinya.
Perempuan-perempuan yang berbaris yang kami tinggalkan masih berbaris berjalan perlahan melintasi sempadan pintu. Apakah di sebalik sana? Kami tidak tahu.
Buntu, takut...
Peluh semakin laju...
Peluh semakin laju...
"Ini passport kamu di sini" 3 passport di hulur kepada kami bertiga oleh ketua lelaki bersenjata itu.
"err...."
Kami menyambut dalam teragak-agak.
"kami bebas ?" tanya perempuan yang menangis tadi.
Ketua pegawai itu hanya tersenyum mengiyakan soalan perempuan yang menangis tadi.
Cepat-cepat aku tarik tangan si Hafizah dan perempuan yang menangis itu keluar ke pintu yang di arahkan.
"Alhamdulillah"
"terima kasih Ya Allah, terima kasih"
Ucap aku berulang-ulang.
Di luar, keadaan tidak terurus.. Kami hanya melangkah menjauhi tempat itu.. hanya berjalan tanpa arah tuju.
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...