Dah duduk kat bangunan tinggi-tinggi mencapai awan
Pandangan hanya atas… indah-indah
Sesekali pandanglah ke bawah
Pandanglah tanah dan pasir…
Pandanglah selut…
Dah duduk kat rumah besar-besar
Sesekali tengoklah golongan setinggan
Tinjaulah bawah-bawah jambatan
Pandanglah kehidupan mereka
Dah makan kat hotel selalu, sedap-sedap
Sesekali tengoklah apakah yang dimakan golongan fakir dan miskin
Dah makan ke mereka ? makan apalah agaknya ? sedap kah ? kenyangkah ?
Wah mewahnya anak-anak kita…
Tab, Ipad, PS3, PS2, Ice box bagai... handphone pelbagai jenama
Barangan melebihi keperluan..
Tinjaulah apakan permaianan anak-anak mereka yang tidak mampu..
Wah cantiknya baju kita…
Apakah pakaian mereka.. banyakkah untuk berganti hari-hari ?
Mungkin mereka kekurangan..
Tapi mereka kaya dengan kebahagiaan
Mereka kaya dengan senyuman
Mereka tidak lokek membantu
Dan mereka tidak pernah meminta..
Semakin jauh aku pergi
Semakin aku terasa diri ini kecil..
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...