Selepas terrer buat dough pizza sendiri (cehh macam kan susah. POYO! Kalau Kak Liza Ali baca ni, gelak guling-guling kalakar sangat) Eh terbabas bercerita, selepas dah tau camne buat doh pizza dan dah agak-agak terrer uli tepung, aku nak lah terai buat Pretzel Auntie Ann sendiri.. yakni Pretzel Auntie TabbyPretty lah..
![]() |
| Rupe memang tak cantek.. tak sapu telur kat atas sebab tak suke ! bleh ?! Next time buat nak bubuh la for the purpose of photography.. so that nampak cantek |
Sementara cuti jaga Feer sunat so aku pun... jeng jeng... active5 lah.
Resepi dough adalah seperti berikut;
1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh yeast (saya boh kurang sket sebab xmo naik sangat)
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
*Bahan ini dicampurkan dan tunggu 10minit sampai yeast kembang
1 cawan tepung sebaguna (apa jenis pun ok, saya guna letak Tepung MFM)
3 cawan tepung gandum (Jasmeen la, tak main cap sauh)
suku cawan minyak zaitun
Penyediaan
2 cawan air suam
2 sudu besar soda bikarbonate
secubit garam
4 sudu besar mentega - di cairkan
Badam cincang - jika suka
sebutir telur - dipukul jika suka
Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
Tambahkan gula dan garam. Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
Campurkan kedua-dua tepung bersama suku cawan minyak zaitun roti, campur bahan yeast yang dah kembang tadi, uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal. Peram doh selama 1/2 jam.
Sementara tunggu doh mengembang, sediakan bahan berikut;
Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter atau tepung atau minyak
Panaskan oven pada suhu 180C
Larutkan soda bikarbonate bersama 2 cawan air suam dan kacau.
Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.
Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.
Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar
Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat
Pretzel sedap di makan bersama caremel atau coklat.
Sedap makan panas-panas...
![]() |
| Improvise.. cocho stick konon... Rina punya idealah ni.. |
Closing credit
(cehh cam buat drama lak)
Thanks to Rina for your help
Feer & Azimee for your special appearance
Bibik for the cleaning works
Sumber Resipi asal oleh :- Beldandy


No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...