Thursday, August 25, 2022

aliz _perang

Kedua-dua kelopak matanya bergerak-gerak, perlahan-lahan matanya dibuka. Adaha yang sentiasa disisi gadis itu terus-terusan memerhati. Amanat sang Agung untuk menjaga manusia belaan itu semenangnya amat di turuti.

Gadis itu membuka matanya luas seraya bangun dengan gopoh. Dia tidak dapat kemana-mana hanya terhad dalam gelungan udara buatan Adaha demi memastikan dia selamat dengan bekalan udara. Manusia belaan itu akan lemas tanpa udara.

Manusia belaan itu terpana memandangnya selepas berpusing-pusing meneliti keadaan sekeliling sambil dia cuba menerobos keluar dari gelungan udara itu.

Adaha mengisyaratkan supaya manusia belaan itu bertenang dan menghulurkan secangkir air. Hanya tangan dan cangkir air bertutup menerobos masuk ke dalam gelungan udara, Adaha masih di luar.

Manusia belaan itu tidak perdulikan cangkir air yang dihulur, sebaliknya dia terus-terusan ingin membocorkan gelungan udara itu untuk keluar walaupun jelas gelungan udara itu terkepung dengan air.

'kamu selamat di sini, usah gentar' Adaha memulakan bicara.

Manusia belaan itu berhenti dari aksinya yang dari tadi ingin menerobos keluar. Mata manusia belaan itu memerhati Adaha dari hujung rambut ke hujung kakinya. Manusia aneh di depannya hidup bebas di dalam air di depannya berbeza dengannya, manusia itu mempunyai insang di kedua belah lehernya serta bersisik halus di bahagian badan yang terbuka yang dapat dilihatnya, dia juga berpakaian seperti manusia biasa cuma pakaiannya bukanlah kain. Sukar di ungkap bagi manusia belaan itu.

Manusia belaan terus-terusanmemerhati sekeliling. Dia berada dia satu dewan yang besar, dia bukan di darat didunianya, sebaliknya dia didalam air. Jelas kelihatan hidupan laut yang mengintai-ngintai manusia belaan itu dari luar.

Adaha yang lengkap berpakai perajurit kerajaan Samudera. Senjatanya berupa tombak bermata 3 tersandang kemas di bahu kirinya.

'kamu minum air itu' pujuk Adaha.
Manusia belaan itu mengambil cangkir air, sebelum minum dia membelek cangkir itu.


---

Die meluru dengan kudanya kedalam pasukan musuh yang begitu galak menyerang, dia mencantas menggunakan pedang ke arah tubuh-tubuh musuh yang begitu ganas menyerang tanpa henti. Jumlah mereka sangat banyak namun meraka tidaklah sekuatnya mana kerana zikir-zikir dari pasukannya sudah melemahkan pihak musuh, walau mereka ramai dari segi bilangan namun mereka sangat lemah.

Aliz dan pasukan nya hanya perlu bertahan dengan serangan yang berasak-asak.

Aliz tidak sendirian kerana Ameena dan Abdul Aali ada bersamanya, mereka bertiga bergerak bersama. Aliz tidak tahu mana datangnya keberanian dan kemahirannya, namun cukup membuatkannya menjadi seorang yang pakar dalam pertempuran. Beberapa bayang yang cuba melompat ke atasnya untuk menjatuhkanya dari kuda yang di tunggangnya gagas apabila pantas di cantas Abdul Aali. 
Abdul Aali bergerak seperti angin, laju dan pantas. Matanya kadangkala tak dapat melihat pergerakan Aali yang bagai halilintas.

Medan perang bergema zikrullah yang tanpa henti dari pasukannya. Ameena sudah tidak kelihatan, tenggelam dalam asakan musuh yang bertalu-talu Gerakan Ameena juga pantas walau tidak sehebat abangnya Aali.

Aliz tahu Ameena selamat, gerakan pantas Ameena seperti kilat, pancarab api terhasil dari laju hayunan pedang Amena.

Motif mereka untuk menghentikan peperangan ini dan menunjukkan kepada musuh yang mereka tidak lemah apabila di perangai. Ayahda Aali berpesan, peperangan ini lebih kepada mempertahankan diri apabila di serang. Tujuannya adalah untuk berdamai dah tidak bermusuh. Cumanya pihak musuh tidak pernah serik.

Abdul Aali bagaikan singa yang sedang mengamuk manakala Ameena seolah terapung di udara dengan kelajuannya mencatas setiap musuuh di laluannya. kuda-kuda tunggangan mereka juga begitu pandai beraksi, menendangan dan menghentak  musuh dengan kaki-kaki mereka.

bunyi peperangan pedang-pedang yang berlga, jeritan pejuang bersama zikir yang kuat. Aliz perlu bergerak sepantasnya  Peliknya adia seoalh di anugerahkan dnegan kekuatan dan kemhairan perang, Aliz lincah bermain senjata dan berlawan. Ya jika di dunianya dia mahir dengan seni mempetahnakn diri degan tangan kosong namun di situ dia perlu memanah dan bermain pedang. Dia tiak kekek mencantas tubuh-tubuh musuh yang kemudiannya berderai menjadi asap hitam.


padang yang di tinggalkannya seminggu lalu dipenuhi orang ramai. Namun apabila melihatkan rombonhan nya sampai, mreka ramai-ramai mendekat memberi tabik hormat. mereka berhenti di sepajang perbarisan barisan pejunagb yang sedang berbbaris masuk ke pintu gerabng kem pejuang. Aliz turun dari kudanya dan dia berjalan di haadapan kudanya sambil menarik pedati. sebelum dia melompat turun sempat dia menepuk kepalakuda itu disusuli dengan ciuman dia kepala kudanya sambil berkata terima kasih, ita selamat bisiknya. Kuda berbulu keemasan itu mendenges perlahan seolah memahami apayang diperkatkan Aliz. Ameena yang disebelahnya juga berbuat demikian, dia melemparkan senyuman kepada Aliz dan di balas Aliz,

Mereka seiringin menarik pedati kduang masing-masing melangkah masuk ke kem pejuang. Dua orangkanak-kanak berlari riang mendapatkan Aliz.

'Kakak-kakak, makan di rumah kami' kanak-kanak itu menjemut Aliz ke rumahnya bagi meraikan kegembiraan kemenangan mereka melawan musuh. Aliz memandang Ameena meminta pandangan. Ameena hanya mengangguk dan meninggalkan Aliz bersama kanak-kanak itu. Dia tahu Aliz selamat di situ. Dia tidak perlu risau tentang Aliz di dunianya dan di kampungnya.
0'Abang pun boleh ikut kami' kanak-kanak itu berkata kepada Abadul Aali yang sememangnya dari mula lagi berada di belakang Aliz dan Ameena. Aali tidak memebrikan sebarang jawapan namun dia mengekori Aliz dari belakang. 2 orang soldadu tiba dan mengambl pedati kuda dari Aali dan Aliz dan membeawa kuda mereka pergi. kedua orang kanak-kanak itu begitu gembira apabila Aliz menuruti mereka.

Aliz mulai membiasakan diri di dunia Abdul Aali, dia tidak lagi kekok, malah penduduk situ semuanya mengenalinya hanya dia yang tidak mengenali mereka sebelumnya. Rupa-rupanya mereka ini lah yang membantu di kebun ibu bapanya. Aliz pula yang terasa begitu terhutang budi.

salah seorang kanak-kanak itu menarik dan membinbing Aliz menuju ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari pintu gerbang. Tiada bandatahan dari Abdul Aali sedangkan sekiranya diukut pada kedudukan, Abdul Aali adalah keturunan raja di situ. Nampaknya semua penduduk mesra dengannya.

untuk sekian lamanya Aliz merasakan sangat bahagia dan selamat. Jika di dunianya pergerakan nya sangat terbatas dan dia sentiasa ada perasaan takut-takut unutk melakukan sesuatu.

Aliz dan Abdul Ali tibda di rumah itu , hidangan tersedia. rumah kecil sederhana namun sangat indah bagi Aliz.

No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...