Wednesday, September 15, 2021

sarat

lagi kamu yang datang menyapa walhal sudah kau beri kata putus tidak mahu mengulangi. kau yang titipkan aku dengan kata-kata yang begitu tajamnya menikam terus ke jantung. dan aku tika itu hanya menerima seperti biasa. 

dungu dan bodoh kah aku ? 
Tidak. 

aku terima ini sebagai peberian Allah untuk mengenali satu lagi perangai lelaki yang tidak perlu aku sanjungi.

Aku yang melepaskan integriti diri hanya kerana sebuah cinta kerana aku terlalu percaya. Namun apa hasilnya untuk aku ? hanya rasa sakit hati dan dendam. 

Sudahlah jika kamu yang acapkali berkata untuk berhenti namun acapkali kali juga kembali di saat aku mulai membiasakan diri bersendirian, bagai mengocakkan air yang tenang dan kemudiannya kau kembali tinggalkan, aku semakin memahami permainan ini.

aku sudah bahagia dengan cara aku. kau pergi menjauh dan ya sememangnya aku tidak lagi sudi betapa dulu jiwa dan raga diserahkan namun apakah yang aku dapat ? sebuah sakit hati di atas kepercayaan dan keluhuran cinta.

Aku terima ini sebagai tauladan untuk aku gariskan sempadan antara kita. Aku tidak akan behenti untuk bercinta namun bukan lagi dengan kamu.

No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...