Kerana dia maha segalanya..
Bila rindu yang datang menyengat aku akan mengadu pada Dia. Juga bila rasa sepi ini datang, aku lepaskan pada Dia...
Jika sesekali rasa sakit hati menerjah, jua Dialah tempat aku meratap.
Manalah lagi tempatnya untuk aku mengadu ?
Meratap nasib
Menangisi kelamnya perjalanan
Apalah sangat laluan dunia ini
Jika yang dikira hanya laluan yang kekal itu
Masihkah untuk terusan berdosa
Wahai sang maha agung.. bawalah aku kepadaMu dalam aku bersih tanpa noda
Ambillah aku tika kantung kananku yang memberat melimpah
Jangalah ambili aku tika kantung kiriku melimpah..
Aku..
Aku hanya insan marhaen biasa penghirup dosa tetapi pendahaga pahala..
Aku..
Harapkan
Aku
Doakan Kau Maha Agung terimalah aku
Bimbingilah aku...
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...