Pemberian ini dari pencipta
Pengisian ini dari pencipta
Jiwa dan jasad ini dari pencipta
Dia boleh memberi
Dia juga boleh mengambil
Sujud mengadu..
Dia sudah tahu...
Masih terusan bersujud agar diberi ihsan tidak di ambil semula
Terusan bersujud agar ihsan berterusan..
Aku tidak tamak tetapi cuma berharap...
Aku tidak mampu untuk bagaimanakah aku tanpa ihsan pencipta...
Iya aku kadangkalanya lelah, takut
Apabila fikiran terlalu kalut fikirkan duniawi yang sementara.. sedangkan aku bukan mereka yang bergelandangan..
Syukur syukur...
Sujudlah sujudlah...
Pencipta memegang kuasa rahsia masa lalu dan hadapan.
Aku tak mahu jadi sibongkak
Aku tak mahu dianggap lupa diri...
Mungkin ujian indah ini khas untuk aku dengan amaran...
Terima kasih wahai pencinta... ujianMu indah
Semoga ihsanMu bersama aku...
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...