Sunday, January 12, 2020

ingat

Jika masih ingat rama-rama itu..
Tariannya masih sama
Lenggokannya masih sama

Ia bergetar 
Ia beterbangan
Hanya bila aku ingat...

Aku dulu yang ego..
Aku tahu itu..

Apakah keegoaanya tidak disengajakan...

Tidak..
Tidak..

Aku sengaja membangkitkan rasa benci
Aku sengaja mencari sebab untuk dia sakit hati...

Hanya kerana satu sebab
Sebab untuk aku ditinggalkan...

Kerana seawalnya aku sedari aku dibohongi
Seawalnya aku dipermainkan..

Aku cinta kamu..
Aku rindu kamu..
Kata-katanya pada aku..
Jujurkah? Iya, katanya..
Nadi seolah terhenti.. 

Aku jijik pada kata yang sepatutnya membangkitkan rasa sayang..
Mudah...
Sedangkan dia masih dimiliki, ketika dia bahagia bersama..

Apa perlu aku?

"Ah... aku cinta kamu lebih dari dia.
Oh... dulu aku cintainya tapi kini hanya kamu seorang" kata dia. Namun matanya tidak pada mataku. Berkata tanpa memandang. Ikhlas ?

Jijik.. jijik...
Modal buaya menjerat mangsa..

Harus untuk apa aku tunggu.. ?
Kamu bahagia bersama, aku hanya pengacau yg wujud.

Maka...
Aku korbankan diri aku, jiwa aku lepaskan kau yang setelah aku terlanjur menyintai tanpa mengetahui hal sebenarnya..

Pergilah dengan dia..
Aku bertemankan rama-rama setia di sini.

No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...