Monday, April 1, 2019

Ameena

'Allah.. Allahh..' dadanya lembut berombak. Bibirnya tak lepas membisik nama Agung penguasa alam.

Dia dibiarkan bersendirian melelapkan mata di bilik tetamu keluarga Bunian itu setelah diberi minum air madu dari alam Bunian. Ameena setia menunggu di luar kamar. Sesekali dia mengintai keadaan Aliz di dalam.

Kadang-kala jelas kelihatan kerutan di wajah Aliz menahan sesuatu. Mungkin kerana sakit yang dideritai gadis itu atau mimpi yang sama yang berulang-ulang.

Dia tahu sakit Aliz bukan biasa-biasa, tak akan dapat perawat manusia merawatnya selain merawat menggunakan ilmu Allah.

Selama dia mendampingi gadis itu, dia sudah jatuh sayang padanya malah dia tak sanggup melepaskan gadis itu sendirian. Aliz sentiasa di temani tanpa gadis itu sedar.

Dia ada di sisi Aliz setiap masa, setiap kali Aliz menangis rindukan Abdul Aali abangnya. Dialah yang menghembus sepoi angin itu supaya rindu Aliz terubat. Aliz akan terhibur bila merasa angin sepoi yang meniup wajahnya.

Jika Aliz tahu yang abangnya juga derita, Aliz akan lebih sedih. Mereka tidak dapat melawan perintah ayahda. Kata-kata ayahda mereka adalah keramat, abangnya jelas menghampiri derhaka. Mereka perlu dipisahkan dalam apa juga keadaan.

Rintisan airmata Ameena jatuh mengenangkan cinta Aliz dan abangnya. Sehingga hari ini selepas beberapa tahun masing-masing masih utuh setia dengan cinta mereka.

Ameena menjadi saksi betapa Aliz tersiksa dan dia juga maklum tentang kasih dan cintanya kawan  manusia Aliz iaitu Aled kepada Aliz. Dia sendiri yang memerika dan memantau Aled, Ameena pasti Aled adalah calon yang sesuai untuk Aliz. Cuma gadis itu sahaja yang tidak mampu melupakan abangnya.

Dia masuk ke bilik mendapatkan Aliz, bersimpuh disebelahnya. Ameena meletakan tangan kanannya di dahi Aliz, dengan cara itu dia  dapat masuk ke minda Aliz.

Sunyi... Aliz berada di padang yang luas, pohon renek meliuk-meliuk di tiup bayu. Aliz kelihatan sendirian berjalan... sugul.

Ameena tahu itulah padang pertama kali Aliz dan abangnya Abdul Aali bertemu. Jelaslah Aliz rindukan abangnya, dia setia mencari dan menunggu abangnya. Ini bukanlah pertama kali dia menceroboh masuk ke mimpi Aliz malah acapkali dan kebanyakan mimpinya adalah sama.

Ameena pernah memohon dari ayahdanya untuk menghapuskan penderitaan mereka namun, ayahdanya tetap dengan pendiriannya.

Apalah daya dia untuk menyangkal kehendak ayahdanya. Bondanya juga memujuk, jawapan tetap sama.

Ameena melepaskan tangannya, dia meniup lembut ke wajah Aliz. Wangian nafas Ameena membuatkan hadis itu semakin lena.

Tompok tiba ke bilik Aliz, mengesel manja di ribaan Ameena.

Tompok kucing dari alam manusia yang mengikut abangnya ke dunia mereka. Kuasa Allah yang membenarkan Tompok di situ dan dia dipanjangkan usia seperti mana usia terakhirnya di alam manusia.

Ameena mengosok manja kepala Tompok membuatkan kucing itu terus berdengkur di ribaannya.

Ameena hanya duduk menunggu Aliz di situ seperti biasa dia menunggu Aliz tidur di dunia manusia.

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak dugaan. Kadangkala asap merah menyerpa masuk entah dari mana cuba meresapi tubuh Aliz. Dia dengan kelebihan yang ada padanya dia dapat merah menangkis resapan asap itu.

Mengikut ayahdanya asap merah itu adalah musuh yang cuba meresapi Aliz demi memudaratkannya kerana dendam akan keluarga mereka. Kerana itu juga salah satu sebab ayahdanya berkeras memisahkan hubungan Aliz dan abangnya.

Dendam jahat musuh datang dari pelbagai sudut. Sakit Aliz juga disyaki akibat dendam musuh. Ayahdanya tidak mahu sesuatu yang berlaku terhadap keluarga Aliz kerana janjinya untuk menjaga keluarga dan keturunan moyang Aliz.

Aliz beralih arah dalam tidurnya. Nafasnya mendesah kuat... cepat-cepat Ameena meletakkan tangan kanannya ke dahi Aliz, mengintai punca resahan Aliz apakah kerana mimpi.

Kosong.. gelap..

Sepantas itu Aliz membuka mata.
Cepat-cepat Aliz menarik tangannya dari dahi Aliz.

Aliz tersenyum memandang Ameena.

'Meena... Abang dah balik ?' Aliz memula bicara

Ameena hanya menggeleng kepalanya dengan senyuman memujuk.

Aliz membalas kosong.

Bondanya masuk ke bilik tempat mereka bersua berada.

'Bonda..' Ameena menyapa.

Bonda hanya tersenyum. Dia tangannya memegang talam yang dipenuhi bunga. Haruman bungaan itu semerbak baunya.

Aliz sudah duduk bersimpuh.

'Bonda..' Aliz juga menyapa. Panggilan Bonda olehnya adalah anjuran keluarga bunian itu supaya hubungan rapat mereka lebih kepada keluarga.

'Mari, Bonda sisirkan rambut Aliz' ibu Ameena mendekati Aliz.

Aliz tidak membantah, dia terus membetulkan duduknya supaya Bonda Ameena senang menyisir rambutnya.

Tahulah Aliz bungaan itu akan di pakaikan dikepalanya.

Ameena membantu menyusun bunga-bunga itu memudahkan bondanya.

'Bonda, dah berapa hari Aliz di sini?' Tanya Aliz

'didunia kami, Aliz baru satu jam tetapi sudah seharian di dunia Aliz..' balas banda Ameena.

'sebentar lagi Aliz perlu pulang, nanti kakak dan kelurga Aliz risau. Aled juga risau' sambung bonda Ameena.

Kata-kata itu membuatkan Aliz berubah wajah. Dia tidak mahu balik, dia mahu menunggu Aali. Namun dia tidak maklumkan perkara itu sebaliknya dia hanya mengangguk lemah. Serentak dengan itu Ameena memegang jemarinya cuba memujuk namun sebaliknya itu lebih membuatkan airmatanya jatuh.

'Inshallah nanti Aliz kemari lagi' pujuk bonda Ameena. Rambutnya juga siap disisir.

Aliz mengangguk lemah.

'inshallah bauan bungaan ini akan mengurangkan sakit Aliz, ia akan memberi Aliz tenaga. Semuanya dengan izin Allah' lembut kata-kata bonda Ameena.

Serentak iti Aliz memegang jemari bonda Amena dan mengucupnya.

' terima kasih bonda' lemah Aliz membalas.

'siaplah, Aliz perlu pulang sekarang. Ayahda berkirim salam sebelum pemergian' sambung bonda bunia itu.

'waalaikumisalam' sambut Aliz.

Ameena memberinya selendang sutera kepada Aliz.

'pakailah' ucap Ameena dalam senyuman manisnya.

Cantik.. bisik hati Aliz melihat gadis bunia itu. Kecantikan yang tiada bandingan di dunia manusianya.

'mari..' ajak Ameena.

Aliz dan bonda Ameena sama-sama bangun dan berpelukan...

Ameena memegang tangan Aliz, mereka bergandingan keluat dari istana bunian itu. Tompok tidak mengikut seolah faham apa yang berlaku. Sempat Aliz menunduk dan mencium kepala Tompok.

'nanti kita jumpa ok... jangan makan banyak sangat. Nanti gemuk' bisik Aliz kepada Tompok. Bondo dan Ameena tertawa mendengarnya.

Tompok menggesel badannya dia kaki bonda ketika mereka berangkat.

Mereka melalui jalan.. ke gerbang istana, kali ini Aliz merasakan seolah cepat sampai ke gerbang. Dua gadis bunian penjaga pintu gerbang yang biasa ditemuinya di situ ramah menyapanya dan melambai tangan...

'moga kembali ke sini...' ucap mereka berdua.

Aliz membalas lambaian mereka.

Sekelip mata dia sudah di katil hospital.

Aled di sisi seperti biasa, tertidur di kerusi pelawat.

Aliz tidak mengejutkan pemuda itu, dia hanya bangun dan bersandar ke kepala katil. Kepalanya agak berdenyut pening, seketika kemudian dia bangun meluruskan badan. Sakit perutnya hilang. Selendang yang kemas di kepalanya di buka dan di sidai ke tepi. Dia ke bilik air. Langsir di tingkap bilik wadnya beralun di tiup angin, Aliz tersenyum. Dia pasti itu Ameena. Dia tahu Ameena ada di situ memerhatinya.

No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...