'hubungan kita
bukanlah hubungan yang direstui... dunia kita berbeza' sambung Abdul Aali
'maafkan saya kerana
membuat Aliz kecewa. Anggaplah saya tidak baik untuk Aliz...’ Aliz masih
menangis.. jemarinya menggengam kemas jemari Abdul Aali.
'jangan tinggalkan
Aliz...' rayu Aliz
'jangan tinggalkan
Aliz... tolong.. Aliz tak nak Aali pergi. Siapa nak temankan Aliz.. Siapa nak
jaga Aliz...' sendu Aliz semakin kuat.
'maafkan saya. Saya
tak patut hadir dlm hidup Aliz...' pujuk Abdul Aali kembali mendakap Aliz.
Tangannya melurut rambut Aliz.
'Liz apabila terbit fajar esok... kita tidak lagi akan
bertemu. Saya akan hilang dari hidup Aliz..' sambung Abdul Aali. Pandangannya
jauh ke depan.
'Liz... Allah
sentiasa ada menjaga Aliz. Selama ini pun Allah yang jaga Aliz, saya cuma
perantara' pujuk Abdul Aali.
'tidak.. tidak..
tidak semudah itu' Aliz masih menangis.
'Liz, masa dah
suntuk, tak mahukah ALiz menghabiskan sisa-sisa masa kita bersama dengan
kenangan yang indah. Kesatlah airmata Aliz...' pujuk Abdul Aali sambik mengucup
kedua kening Aliz membuatkan Aliz berhenti menangis. Perlahan-lahan Aliz
melepaskan dakapannya namun laranya masih sama.
Keputusan tiba-tiba Abdul Aali semakin mengalaukan hatinya. Jiwanya tertekan, ingin dia menahan Abdul Aali, ingin dia membawa Abdul Aali lari namun itu semua di luar kemampuannya. Ungkapan Abdul Aali amat memeranjatkan. Selama ini dia beeanggapan dia akan bahagia selamanya.
Keputusan tiba-tiba Abdul Aali semakin mengalaukan hatinya. Jiwanya tertekan, ingin dia menahan Abdul Aali, ingin dia membawa Abdul Aali lari namun itu semua di luar kemampuannya. Ungkapan Abdul Aali amat memeranjatkan. Selama ini dia beeanggapan dia akan bahagia selamanya.
'tidak adakah
peluang untuk kita langsung?' tanya Aliz sambil menatap anak mata Abdul Aali.
Renungan Abdul Aali membuatkan Aliz kembali menangis...
'saya tidak tahu...
mungkin ada... berdoalah. Yang pasti bukan di dunia kita berdua' Lembut Abdul
Aali memujuk. Sendu aliz semakin reda, namun genggaman tangan keduanya tidak
lepas.
'mari..' ajak Abdul
Aali sambil menarik lembut tangan Aliz.
Mereka berjalan
beriringan. Aliz hanya mengikut langkah Abdul Aali.. kakinya terasa berat namun
di gagahi demi detik-detik terakhir antara mereka berdua.
Abdul Aali membawanya
meninggalkan pantai menyusuri tebing muara. Rama-rama berterbangan apabila
mereka melalui di persisiran pohonan renek yang dihinggapi. Rama-rama yang juga
sudah tentunya berlainan sekali dengan rama-rama dunia Aliz.
Kedengaran bunyi air
sungai yang mengalir, Aliz pasti mereka berdekatan sungai. Sesekali Abdul Aali
memandangnya, dan setiap kali pandangan mereka bertemu degup jantung Aliz masih
seperti dulu membuatnya tidak keruan.
Genggaman tangan
tidak terlepas malas semakin erat. Ada ketikanya, Abdul Aali memaut pinggangnya
apabila melangkahi akar-akar kayu.
Aliz hanya
mendiamkan diri sambil memikirkan bakal hidupnya dengan ketiadaan Abdul Aali.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jiwa dan dunianya hanya berkisarkan
tentang Abdul Aali.
'Aali, tidak akan melawat
Liz ?' sendu Aliz.
'hanya Allah yang tahu. Berdoalah, seandainya takdir ini
berubah’ Lembut suara Abdul Aali menenangkannya.
Mereka tiba di perdu pokok besar, dahan-dahannya rendang yang
sebahagiannya mencangkupi bahagian atas sungai. Suasana nyaman dalam
keheningan.
Mereka duduk berdekatan di perdu pokok itu mengadap bukit dan
apabila fajar muncul, Aliz pasti akan jelas kelihatan matahari sebalik bukit itu.
"Aliz jom
jemaah pantai next week?!" Ajak Munir dan kawan-kawannya.
"Wahh haruslah
aku ikut.. tu pun kalau Binda pegilah eh" Balas Aliz sambil menggalas begnya
dan berlalu.
"Aku roger nanti"
sambung Aliz. Senyum lebar Munir mengiringi langkah Aliz sehingga Aliz hilang
dari pandangan.
"Yakin ke kau
Aliz ikut?" Tanya Kamarul pada Munir yang kelihatan begitu mengharap.
"Ntah la. Tapi
aku harap dia ikut. Payah betullah nak tackle minah ni" Balas Munis sambil
berlalu meninggalkan kawan-kawannya di meja makan.
"Weii relek la
kau nak pergi mana ni" Kamarul bertanya kerana Kamarul meninggalkan mereka
begitu sahaja.
"Kerjalah.
Tengok jam tu sikit" Templak Munir pada rakannya yang seolah-olah mahu
menghabiskan masa di meja makan.
"Hahahaaaa
yellah.." gelak Munir sambil memberikan isyarat pada rakan-rakannya yang
dia ingin meningggalkan mereka.
Aliz semakin jauh
meninggalkan Munir dan rakan-rakannya. Kata-kata doktor selepas pemeriksaan
kesihatan secara terperinci tahun lepas masih terngiang-ngiang di benaknya.
Ianya menjadi rahsia peribadinya.
'melalui keputusan
pemeriksaan terhadap tubuh Cik Aliz, berat unuk saya maklumkan yang....' doktor
muda itu terhenti di situ membuatkan Aliz tidak sabar.
'kenapa doktor'
tingkah laku doktor tersebut mengundang persoalan pada Aliz.
'ujian menunjukkan
Cik Aliz ada ketumbuhan kecil di bahagian abdomen. Tetapi ini baru ujian kasar,
mungkin kita periksa sekali lagi dalam tempoh 1 bulan akan datang'
‘Atau ada baiknya
Aliz membuat susulan pemeriksaan di hospital pakar, saya mungkin salah kerana
kadangkala adalah biasa kita dilahirkan dengan kecacatan kecil, contohnya
ketulan ini dan ianya mungkin tidak akan membesarkan, sebab itulah ia tidak
pernah menjejaskan Aliz. Doktor muda itu menyambung.
'oo ada ketumbuhan ye
doktor, kanser ke ?' balas Aliz dalam nada biasa. Tiada rasa terkejut atau
sedih.
'sebab itulah Cik
Aliz perlu membuat rawatan susulan untuk pastikan apakah ketumbuhan itu Sekarang
ianya masih kecil dan tidak memberi apa-apa kesan pada pesakit.
'ok. Itu sahajakah ?
kalau tak ada apa-apa lagi boleh saya pergi ?' balas Aliz dalam nada acuh tidak
acuh.
‘Cik Aliz harus
merujuk ke pakar bagi mengesahkan perkara ini’ ulang doktor muda itu sambil
mencoretkan sesuatu di dalam kertas. Sebaik habis catatan ringkasnya, dia
melipat kertas itu dan dimasukkan ke dalam sampul lalu di unjurkan kepada Aliz.
Ali menyambut sampul
surat dan kandungannya itu.
‘Buat masa ini saya
berikan kelulusan sementara ke pelantar untuk sekali lawatan sahaja dan lawatan
ini tidak boleh lebih dari tempoh seminggu memandangkan Aliz tidak merasa sakit
di bahagian ketumbuhan itu.
‘Sehingga kita pasti
berkenaan ketumbuhan ini. Surat rujukan saya ini, Aliz boleh di bawa ke pakar kenser’
sambung doktor itu.
‘Selepas saya
mendapat surat dari doktor pakar berkenaan ketumbuhan itu barulah kita proses
semula untuk kelayakan Cik Aliz untuk lawatan seterusnya ke pelantar’ hujah
Doktor tersebut dengan panjang lebar menutup kerisauan Aliz kerana pesakit
selalunya terganggu emosi mereka sekiranya prekara-perkara yang melibatkan
ketumbuhan.
‘oh ya ka doktor,
terima kasih la. Jangan risau doktor, saya ok ni..’ sebaliknya Aliz yang
mententeramkan doktor tersebut.
Doktor itu mengerutkan
dahi kerana dia berasa pelik kenapa Aliz tidak seperti pesakit lain yang akan
terkejut.
‘Eh Cik Aliz, kita
tidak boleh main-main, perkara ini serius. Kredibility saya juga terjejas
seandainya saya tidak betul-betul menjalankan tugas saya.
‘Baiklah doktor, saya
akan buat pemeriksaan lanjut nanti yer. Terima kasih yer doktor’ Aliz bangun
sambil memasukkan sampul surat tersebut ke dalam tas tangannya.
Aliz berlalu sambil
tersenyum dan dibalas oleh doktor muda itu. Hatinya terus tertanya-tanya kenapa
Aliz tidak seperti orang lain. Biasanya apabila berita seperti ini disampaikan
kepasa pesakit, mereka akan panik dan bertubi-tubi soalan dilemparkan. Pelik.
Dalam perjalanan
pulang Aliz singgah ke butik kakaknya Aniz.
'dari mana' tegur
kakaknya.
'hospital.. full
screening' balas Aliz sambil membelek-belek baju-baju di kedai kakaknya.
'pehal pegi check
up?' gunting di tangan Aniz diletakkan. Pandangannya tertumpu ke wajah adiknya
menunggu jawapan. Namun Aliz acuh tidak acuh terhadap soalan dan pandangan
Aniz.
'wey aku cakap
dengan kau ni' jerkah Aniz.
'ooo cakap dengan Aliz
ke heheheala’ guraunyanya.
‘prosedur biasa nak
naik offshore' balas Aliz sambil membuka lembaran kain hela yang tersusun di
tepi kedai.
'oh.. so lulus tak?
bila naik chopper ? wah kelas adik aku?' balas Aniz dalam kelegaan.
'lulus la... nak
pegi next week' Aliz membalas.
'best la keje kau..
boleh jalan-jalan' usik Aniz.
'best la best
sangat' Aliz membalas sambil tersenyum.
'ko nak ke kain tu?'
tanya Aniz apabila melihat Aliz yg begitu tekun membelek corak kain hela di
tangannya.
'taknak.. tak lawa'
komen Aniz selamba tanpa menghiraukan perasaan kakaknya.
'haha... kau memang
bad taste' Aniz membalas dan di sambut gelak tawa mereka berdua.
'pakwe mana pakwe...
? kata nak bawa jumpa aku' Aniz tiba-tiba menukar tajuk perbualan.
'nanti la. Tak tahu
nak bawa yang mana sebab banyak sangat' serentak dengan jawapan Aliz, mereka
berdua ketawa...
‘Bagus bagus… kita
kene ada banyak pilihan’ Aniz membalas membuatkan gelak mereka semakin kuat.
'hahahaa... bodoh la
kau. Muka macam kan lawa sangat nak memilih' balas Aniz dalam hilai tawanya.
Aliz juga ketawa...
'ntah la tapi aku
rasa aku lawa.. hahahahaha' Aliz membalas. Gurauan mereka berpanjangan.
Aliz terus berada di
butik kakaknya sehingga butik di tutup. Aliz sudah biasa melepak di butik
kakaknya membantu apa yang patut. Kerja kegemarannya adalah melipat kain dan
menyusun baju yang dipunggah pelanggan.
Aliz tidak berapa
gemar melayan pelanggan tapi dia suka berkemas. Sememangnya kakaknya pula suka
membuat sepah. Kadang-kadang kakaknya sengaja tidak berkemas kerana dia tahu
perangai rajin berkemas adiknya itu. Aliz akan pasti datang walau tiada jadual
tetap. Zai dan Mariani, tukang jahit di butik itu selain sibuk dengan tugas
tetap mereka, berkemas dan melipat kain baju adalah sebahagian rutin mereka.
Cuma kadang kala apabila tempahan terlalu banyak masa mereka terhad untuk
membuat kerja lain selain menyiapkan tempahan.
Setiap hujung minggu
jika tiada sebarang urusan Aliz selalu meluangkan masanya di butik kakaknya.
Kadangkala hari-hari biasa sebaik habis bekerja juga dia ke situ.
Aliz meninggalkan
Aniz sebaik Aniz mengunci butik. Mereka berpisah ke haluan masing-masing.
****
Malam masih muda...
saat-saat sendirian membuatkan Aliz kembali teringatkan Abdul Aali kekasih
buniannya yang menyepi sebaik usia Aliz mencecah 19 tahun.
Sesekali apabila bayu lembut menyapanya, rindunya semakin membuak. Memang Abdul Aali bukan jodohnya dan mereka tidak akan bersatu dalam apa cara sekali pun.
Sesekali apabila bayu lembut menyapanya, rindunya semakin membuak. Memang Abdul Aali bukan jodohnya dan mereka tidak akan bersatu dalam apa cara sekali pun.
Gelang emas
bertatahkan batu-batu permata kecil seperti berlian diselangi batu-batu lain
bewarna hijau dan merah pemberian Abdul Aali tetap di lengannya.…
'Liz, selamat hari
jadi' ucap Abdul Aali ketika hari jadinya yang ke 19.
'terima kasih...'
balas Aliz.
'hadiah ?' usik
Aliz. Abdul Aali tersenyum sambil menghulurkan sesuatu. Tangan kiri Aliz lembut
di capai oleh Abdul Aali kemudian menyarungkan gelang ke lengan Aliz.
Aliz kaget sambil
memerhatikan Abdul Aali. Selama mereka bersama inilah kali pertama Aliz
mendapat hadiah dari Abdul Aali. Sememangnya dia tidak pernah menerima hadiah
Abdul Aali. Kali ini dia cuma berseloroh dan tidak sangka Abdul Aali ada
memberinya hadiah.
Gelang emas pada
perkiraan Aliz melalui warnanya…
‘cantik..batu apa ni
? zamrud eh hijau ni ? Merah ni mesti batu nilam kan… ? Teka Aliz sambil
membelek-belek gelang pemberian Aali.
‘pokok yang melilit
ni ? pokok apa ? berduri.. tapi cantik’ bertalu-talu soalan Aliz. Abdul Aali
hanya memandang.
'tapi... taknaklah,
nanti mak tanya la...' balas Aliz dengan jawapan biasanya apabila setiap kali
Abdul Aali ingin memberikannya hadiah.
'kali ini Aliz kena
terima. Sekali sahaja' balas Abdul Aali. Dia memegang tangan Aliz kemas.
‘jangan risau, hanya
Aliz yang Nampak gelang ini’ terang Abdul Aali lagi.
‘batu-batu permata
tu dari dunia kami. Tiada di dunia Aliz dan itu pokok mawar putih dari dunia
kami’ saya harap Aliz sentiasa memakainya’ Abdul Aali meneruskan. Aliz masih
membelek gelang itu.
'jom, jalan dengan
saya...' ajak Abdul Aali sambil menarik lembut tangannya.
Aliz merasakan
sedikit kelaian terhadap kelakuan Abdul Aali. Namun Aliz hanya mengikut tanpa
membantah. Mereka melalui lorong panjang yang sangat terang. Kiri kanan dihiasi
pokok-pokok yang Aliz tidak pasti jenisnya. Namun rupanya mirip pohon rhu cuma
yang ini daunnya berwarna warni sangat cantik dan ceria.
Apabila menghampiri
ke hujung jalan, kedengan bunyi ombak. Aliz pasti mereka menuju ke pantai.
Dunia Abdul Aali sangat indah...
Diam.. tiada sepatah
perkataan dari mulut Abdul Aali. Aliz pula asyik menghayati alam sekeliling
yang sangat cantik. Mereka tiba ke pantai. Laut yang sangat indah.. Langit
terang pelbagai warna biru.. tidak hanya
satu biru seperti dunia Aliz. Air laut mendapat imbasan pelbagai warna biru
dari langitnya.. Di persisiran pandai siput-siput dan kerang yang berbeza
bentuk dan warna dengan dunia Aliz. Segala-galanya indah.
'Liz..' panggil
Abdul Aali lembut. Jemari Aliz di bawa kemulutnya di dikucup. Membuatkan Aliz
kaget, terpaku dan gementar. Abdul Aali tidak pernah berkelakuan ganjil seperti
itu. Selama ini Abdul Aali sangat sopan dan menghormati Aliz. Aliz hanya
memandang Abdul Aali kaget, tiada sepatah perkataan yang mampu Aliz ke
utarakan.
'Liz..' ulang Abdul
Aali, kali ini ada getar pada suaranya. Aliz hanya memandang wajah jejaka
buniannya. Kaget masih seperti tadi.
'Saya... mencintai
awak... maafkan saya' Tepat kedua anak mata Abdul Aali memandang ke matanya.
Jantung Aliz tidak lagi boleh di kawal. Jika boleh ingin sahaja dia mengungkap
perkara yang sama namun... tak mampu terucap. Tiba-tiba Abdul Aali menariknya
dan memeluk Aliz...
'maafkan saya. ini
tidak sepatutnya berlaku...' Abdul Ali menyambung kata-katanya suara yang
terputis-putus.
'maafkan saya..
kerana ini adalah hari terakhir kita berjumpa' pelukan Abdul Aali semakin erat.
Harum tubuh Abdul Aali menusuk deria baunya... Kata-kata Abdul Aali membuatkan
Aliz menolak dan mendongak memandang Abdul Aali...
'Aliz juga sama...’
perlahan Aliz membalas.
‘tapi kenapa? Aliz
taknak... Aliz taknak awak hilang dalam hidup Aliz...' Aliz mula menangis. Air
mata Aliz tiba-tiba begitu murah membasuh kedua pipinya.
Rindu
'Aliz, kau dah bangun. Alhamdulillah...' ujar
ibu Aliz sebaik Aliz membuka mata. Didapati dirinya berada di dalam bilik di
rumahnya. Mak Lang Noran dan ayahnya berada di biliknya. Kedengaran suara Pak
Ngah di luar bilik sedang bercakap-cakap.
'bang.. bang, Aliz
dah sedar' ujar ibunya.
'Alhamdulillah...'
ucap ayahnya sambil menadah tangan.
'kenapa mak...'
tanya Aliz kehairanan.
Tiba-tiba pintu
biliknya dikerumuni. Kelihatan Pak Ngah dan beberapa orang kampung menjengah.
Aliz cuba melemparkan senyuman kepada mereka.
'kau tak sedar apa
yang berlaku?' soal ibunya.
'biarlah dia rehat
dulu' ayahnya menyampuk.
'kenapa ayah?' soal
Aliz lagi.
'kau hilang 2
minggu' maknya mula bercerita sambil melepaskan keluhan berat.
'puas kami cari,
selepas 2 minggu kami jumpa kau terbaring elok di pondok kolam ikan kita
semalam' cerita Ayahnya.
Cerita ayahnya
menyebabkan Aliz tiba-tiba teringatkan Abdul Aali dan Aliz terus menangis.
Lengan kirinya di raba. Ada. Gelang Abdul Aali ada di lengannya. Aliz
melepaskan keluhan kerana dia pasti itu bukan mimpi.
Ibunya memertikan
kelakunan Aliz yang meraba tagannya yang kosong.
'kenapa Liz' ibunya
bertanya kerisauan.
'hish budak ni kene
sorok ni. Ni keteguran ni' sampuk Mak Lang Noran.
'ko panggil la dukun
seman tu' cadang Mak Langnya.
'Hish kau ni...'
gerutu ayahnya.
Ayahnya sememangnya
tidak menggemari perkara-perkara mistik dan paranormal.
Mak Noran tediam di
jeling ayah Aliz.
'Liz tak apa-apa,
jangan risau la' Aliz membalas tangisnya mulai reda.
Lantas dengan itu
Aliz bangun. Namun langkahnya tidak kuat. Dia terjatuh, mujur emaknya cepat
menyambut.
Hatinya masih sebak.
Dia kembali teringatkan Abdul Aali dan kenangan-kenangan terakhir bersama Abdul
Aali. Ikut hatinya dia mahu berlari ke pondok tepi kolam memanggil Abdul Aali
namun dia tahu itu hanya akan mengundang panik pada orang ramai di rumahnya itu.
Dia harus berlagak normal bagi mengenepikan segala prasangka mereka.
Niatnya ke pondok
dibatalkan, dia hanya duduk di bidai katil. Kepalanya rasa berdenyut.
'Mak, kepala Aliz
sakitlah..' ujar Aliz pada ibunya.
'bawa bawaklah
berjalan, kepala sakit sebab lama sangat terbaring’ ujar ayahnya.
Aliz bangun sekali
lagi, kali ini di papah ibunya. Namun langkahnya masih tidak teratur dan dia
terjatuh lagi.
Airmatanya tiba-tiba
laju membasahi pipinya. Ingatannya kuat terhadap Abdul Aali.
Dia mulai rasa
kekurangan, selama Abdul Aali bersama dia tidak pernah berasa kesepian. Kini
Aliz rasa kekosongan. Sekali lagi dia jatuh.
Ayah dan ibunya
cepat memapahnya bangun.
'Liz pening' ujar
Aliz...
Ibunya memapah Aliz kembali
ke katil. Mak Lang Noran kembali mendekati Aliz. Tangannya di letakkan ke dahi
Aliz untuk merasa suhu badan Aliz.
'kau demam ni Liz'
Mak Lang Noran berkata. Lalu dia bingkas bangun dan terus keluar.
Kedengaran ayahnya
sedang mendail telefon untuk menalifon seseorang.
Jelas butir
percakapan bapanya satu persatu. Bapanya melapurkan kepada balai polis tentang
dirinya telah di jumpai.
Mak Lang Noran
kembali ke sisi Aliz bersama panadol dan segelas air. Dia menghulurkannya
kepada Aliz.
Ibunya yang sedang
mengurut dahi Aliz berhenti memberi ruang Aliz mengambil ubat dari Mak Lang
Noran.
'Liz rehatlah...'
ibunya melangkah keluar selepas menarik selimut menyelimuti Aliz. Ibunya dan
Mak Lang Noran keluar sambil menutup pintu.
Apabila Aliz
sendirian ingatannya tidak lari dari mengingati Abdul Aali. Airmatanya begitu
murah setiap kali dia teringatkan jajaka bunianya.
.....
Dua minggu berlalu
sejak dia di tinggalkan Abdul Aali.
Setiap hari dia akan ke pondok tepi kolam menunggu. Namun Abdul Aali tidak pernah ada.
.....
'Bang, saya risau la
keadaan Aliz. Asyik menangis je...' ibunya meluahkan perasaan kepada ayah Aliz.
Setiap hari sejak Aliz ditemui.. Aliz akan ke pondok di tepi kolam seolah
menanti seseorang.
'Tak ada apalah. Tak
payah risau, nanti dia ok' ringkas ayahnya menjawab sambil memerhati Aliz dari
tingkap dapur rumah memandang Aliz yang sedang duduk di tepi pondok di tepi
kolam.
'Tompok juga
tiba-tiba hilang...' ibunya menyambung. Namun tiada balasan dari ayahnya
seolah-olah mengetahui apa yang berlaku.
Ayahnya keluar ke
masjid kerana sudah masuk Asar. Sebaik azan berkumandang, Aliz kembali ke
rumah. Keadaannya masih sama.. sugul.
'Mak, Aliz nak pegi
rumah Aniz besok. Tiba-tiba Aliz bersuara.
'Besok?! Mak ok..
cuba tanya ayah' Lega. Itulah perasaan ibunya. Sekurang-kurangnya Aliz sudah
bersedia keluar. Selepas habis STPM dia tidak pernah kemana..
Aliz tahu Abdul Aali
takkan kembali. Abdul Aali sangat berpegang janji. Tiada guna menaruh harapan..
cukuplah rindu yang di bawa bersama. Ke rumah kakaknya bukanlah bermakna Aliz
mahu lari dari kenangan tetapi dia ingin merasa rindu, rindu kepada pondok,
kepada kampung, kepada ibu bapa dan segalanya. Dia tidak mahu melupakan malah
terlalu sayang akan semua kenangan bersama Abdul Aali.
Selepas solat isyak,
Aliz berkemas. Ayahnya membenarkan pemergiannya. Aliz sudah punya rancangan
sendiri. Sementara menunggu keputusan STPM nya, dia mahu bekerja di butik Aniz
kakaknya. Dia yakin keputusan STPMnya akan cemerlang dan dia tahu ke mana
arahnya nanti. Apakah jurusan di universiti dan apakah pekerjaan nya nanti.
Aliz sangat yakin tentang ini kerana dia sangat cemerlang pelajarannya.
Aliz berjanji..
tiada lagi airmata untuk Abdul Aali.
Pastinya Abdul Aali tidak mahu dia mensia-siakan hidupnya.
Aliz perlu kuat..
Langkah
Pertama
Suasana di terminal bas agak lengang. Mungkin
kerana pagi Isnin. Aliz duduk sementara menunggu bas ke Kuala Lumpur. Tadi
sudah ada bas yang tiba tetapi langkah Aliz terlalu berat untuk melangkah.
Harapannya agar Abdul Aali datang menghalang pemergiaannya.
Menungannya jauh,
selalu nya dia akan membaca ketika menunggu. Kini segalanya sudah berubah, dia
lebih banyak termenung. Rindunya pada Abdul Aali meruntun jiwanya. Segalanya
mengingatkan pada Abdul Aali.
'Ehem jauh menung
?!' Tiba-tiba Aliz di tegur dari belakang. Suara yang sangat di kenali.
Pantas Aliz menoleh.
'Aled !' ucap Aliz
dan tersenyum memandang Aled. Tanpa dipelawa, Aled melabuhkan punggungnya di
bangku mengadap Aliz.
'Sampai hati tak
bagi tau nak pergi KL' Aled memulakan bicara. Tubuh gadis itu di perhatikan
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Badan Aliz agak susut, mukanya agak
cengkung dah pucat. Mata Aliz tidak lagi segalak dulu. Benarlah kata Iloi. Hati
Aled berbisik sendirian. Aliz cuma membawa sebuah bag galas sebagai tanda dia tidak
akan tinggal lama di Kuala Lumpur. Namun teka-teki di benaknya tidak
disampaikan kepada Aliz.
'Tak de tuition ke
hari ni?' tanya Aliz cuba lari topik perbualan Aled. Aled masih bersekolah di
tingkatan enam atas dan hujung tahun dia akan mengambil STPM. Beza umur di
antara mereka hanya setahun namun kematangan Aled menampakkan dirinya lebih
dewasa.
'Cutilah. Kenapa Liz
nak pergi KL ? Lama ke ?' Tanya Aled melepaskan persoalan yang membendung
fikirannya.
'Ntahlah, tak plan
berapa lama. Saja tukar angin' balas Aliz sambil tersenyum memandang Aled.
Jejaka kesayangan nya selepas Abdul Aali. Tiba-tiba ingatannya kembali kepada
Abdul Aali. Sejak Abdul Aali muncul dalam hidupnya, dia tidak pernah berasa
sunyi. Dia sentiasa di temani, kini dia benar-benar merasa kekosongan.
'Kenapa ni?!' Soal
Aled apabila melihatkan wajah Aliz yang tiba-tiba muram.
'Ohh sorry, tak ada
apa-apa' balas Aliz kembali tersenyum. Namun jelas senyumannya hambar.
'Aled temankan Aliz
sampai KL.. boleh ?' sambung Aled.
Tiada jawapan dari
Aliz.. hanya senyuman menandakan persetujuan.
Aled tersenyum
membalas.
Ah.. alangkah
baiknya jika Abdul Aali di sisi seperti selalu. Fikiran Aliz mula menerawang.
Berjalan, berbual, berjenaka...
Aliz menahan
airmatanya... dia tidak mahu menangis lagi terutamanya di depan Aled.
'Liz, USM.. tunggu Aled
eh?' Aled cuba mengajak berbual. Dia perasan yang Aliz tidak seperti dulu. Aliz
banyak diam dan mengelamun.
Aled tahu cerita pasal Aliz hilang, Aliz berkurung... semua dia tahu.. semuanya dari Iloi namun tiada siapa yang tahu tentang Abdul Aali. Iloi juga yang memberitahu Aled tentang Aliz ingin ke KL kerana ibu Aliz memberitahu Iloi pagi tadi.
Aled tahu cerita pasal Aliz hilang, Aliz berkurung... semua dia tahu.. semuanya dari Iloi namun tiada siapa yang tahu tentang Abdul Aali. Iloi juga yang memberitahu Aled tentang Aliz ingin ke KL kerana ibu Aliz memberitahu Iloi pagi tadi.
'Ok tapi kalau dapat
sponsorlah.... Aliz nak buat petroleum engineering macam yang Aliz target'
Balas Aliz. Matanya redup memandang Aled.
'Aled akan ke situ
juga walau apa cara pun' Balas Aled penuh yakin.
'Aled pun nak ambil
jurusan yang sama' sambung Aled. Aliz hanya tersenyum, tiada kata-kata.
'Janji !?' Sepatah
perkataan dari Aliz.
'Janji !' Pantas
Aled membalas.
'Baguslah, tidaklah
Aliz sunyi nanti' Ujar Aliz. Dia memang menyenangi pemuda di depannya malah
rasa sayang juga ada. Cuma sayang kepada Abdul Aali melebihi segalanya. Hatinya
seolah di bawa pergi.
'Minggu lepas game
lawan sekolah Abdul Saad, kite menang!' Aled cuba memancing Aliz untuk berbual.
Senyap..
Renungan Aliz jauh ke
depan.
'Liz....' panggil
Aled apabila Aliz tiba-tiba senyap dalam lamunan sendiri.
'Liz..' sekali lagi
Aled memanggil.
Aliz terpinga-pinga.
'oh sorry... Aled cakap apa tadi ?'
'tak ada apalah.
Jom, bas KL dah sampai' serentak dengan itu Aled menarik tangan Aliz
mengajaknya pergi sebelum mencapai beg Aliz. Aliz hanya menurut seperti
kanak-kanak yang di tarik oleh ibunya.
Aled berasa agak
pelik kerana inilah kali pertama dia dapat memegang tangan Aliz tanpa bantahan.
Selalunya Aliz akan mengelak. Kali ini agak berbeza, Aliz hanya menurut dan
kadang-kadang Aliz hilang dalam lamunannya sendiri.
Kosong...
Itulah perasaan
Aliz.
'boleh ke Aled
hantar Aliz terus ke butik Aniz ?' tanya Aled was-was kerana Aliz tidak pernah
memperkenalkan dia kepada ahli keluarganya.
Tiada balasan, Aliz
hanya senyum.
'tapi Aliz tak nak
balik dulu.. boleh tak kita jalan-jalan kat KL. I know the place' cadang Aliz
yang membuatkan Aled begitu teruja. Sudah lama dia ingin keluar berjalan-jalan
dengan Aliz. Selalunya apabila dia ajak ada saja alasan Aliz.
Sepanjang perjalanan
di dalam bas, Aliz tidak berbicara. Dia hanya mendengar dan tersenyum
kadang-kadang hilang dalam lamunannya.
'Liz, just for my
motivation... I hope, whatever that I’m going to say, I will get a positive
response' Aled tiba-tiba berkata sambil dibawanya jemari Aliz ke bibirnya dan
dikucup. Tiada bantahan dari Aliz. Diam. Aliz hanya menurut dan memandang Aled.
'Liz..' ucap Aled..
ada getar di suaranya. Aliz hanya memandang.
'Liz, I.. I.. really
in love with you and I hope you wont disappoint me and I hope I can be with you
and you will wait for me...' bicara Aled tanpa ragu. Matanya tidak lepas
memandang wajah Aliz. Ikut kata hatinya mau saja dia memeluk dan mencium Aliz.
Aliz diam.. tiada
riaksi.
Aled buntu.. sukakah
Aliz padanya ? bencikah dia ?
Jemari Aliz dari
bibirnya di bawa ke pipinya..
'Liz.. you know
that. I love from the start. From the first day we met. It's just you, who keep
the distance between us...' Aled meluahkan segalanya.
'I know you have
nobody, can you just let me be the other half of you..'
Dibiarkan jemarinya
diramas Aled. Dia tak punya apa-apa perasaan. Ya, dia memang akui sukakan Aled
tapi entahlah.. perasaannya ketika itu amat serabut. Dia tak pasti apakah
jawapan yang dia perlu berikan kepada Aled.
'Liz... say
something Liz..'pujuk Aled apabila Aliz hanya memandang.
'thanks for having
that feeling, but...' Aliz terhenti.
'but what ?' Aled
mencelah tidak sabar.
'I just scared if
you will disappointed. Because I still don't know my strength' balas Aliz
perlahan. Tangannya masih digenggam kemas oleh Aled seolah tidak mahu
dilepaskan.
'we both don't know.
Can we give ourselves a try ?!' Aled meneruskan bicaranya pantas.
'Biarlah Aled yang
menjaga Aliz, wait for me to complete my study.. please. If you can't give me a
chance, at least give me a hope' petah
Aled berkata.
Aliz diam.. dia
tiada perkataan untuk di luahkan. Perasaannya bercampur baur... rindunya pada
Abdul Aali semakin kuat.
'I love you Liz, you
know that...' sambung Aled.
Tiba-tiba mata Aliz
digenangi airmata..
'Liz.. I'm so sorry,
I don't mean to hurt you...'pantas di sapunya airmata Aliz yang hampir jatuh,
membuatkan Aled serba salah.
Aliz pasti Abdul
Aali takkan kembali, tetapi dia tidak pasti adakah dia boleh memberi harapan
kepada Aled.
Aled memintanya
sebuah harapan...
dan harapanlah yang
Aliz harakan dari Abdul Aali...
Rindunya pada Abdul
Aali tiada siapa yang tahu
dan tiada siapa yang
di boleh kongsikan ceritanya...
Oh angin...
bertiuplah...bawakanlah khabar rindu ini padanya...
Aliz menangis
semahu-mahunya, airmatanya tidak lagi boleh di bendung. Aliz lupa janjinya
untuk tidak menangis lagi.
Aled diam kematian
kata-kata apabila Aliz begitu galak menangis di bahunya.
Dia mati punca..
salahkah kata-katanya... ?
Aled membiarkan Aliz
melepaskan perasaan, melepaskan sendunya....
'Led, I'm sorry... I
can't promise you anything but I just can say I will try...' ujar Aliz sebaik
sendunya reda...
Aled diam, hanya
jemari Aliz dibawa ke bibir dan dikucup.
Bas yang dinaiki
tiba ke hentian pertama Central Market Kuala Lumpur, Aliz dan Aled turun
sebelum bas meneruskan perjalan ke Puduraya.
'jom jalan-jalan'
ajak Aliz.
Aled hanya menurut
sambil menjinjing beg Aliz.
Aliz menarik tangan
Aled ke Central Market. Aled mengikut tanpa bantahan. Kemudian Aliz berhenti di
kedai lukisan.
'Hai abang Edet !'
Tegur Aliz pada seorang pelukis yang sedang melukis potret pelanggan
berpandukan sekeping foto yang diselitkan di bingkai lukisan sebagai panduan.
Teguran Aliz membuatkan pelukis itu menoleh.
'Oh Aliz!' Balas
pelukis tersebut. Lelaki yang di panggil abang Edet bangun, berus lukisan
diletakkan di pinggan warna. Matanya bersinar memandang Aliz sambil tersenyum.
Pandangannya kemudian beralih ke Aled. Aled cepat-cepat menghulur salam dan di
sambut olehnya.
'Abang, ni kenalkan
kawan Aliz, Aled' Aliz memperkenalkan.
'Kawan la bang...'
Aliz menjelaskan tanpa di minta.
'Nak pergi rumah
Aniz la ni ye' tanya Edet kerana Aliz selalu singgah menemuinya setiap kali dia
sendirian ke rumah Aniz.
'Yellah bang...'
balas Aniz sambil membelek lukisan yang sedang disiapkan Edet. Aled sudah
berjalan-jalan melihat-lihat lukisan yang dipamerkan dinding galeri.
'Cuba tengok yang
tu... cantik tak' kata Edet pada Aled sambil menunjukkan ke salah satu lukisan
yang terpamer.
'Cantik... pandai la
abang lukis' balas Aled sambil tangannya meraba lukisan tersebut.
'Ha.. yang tu bukan
abang lukis... hahaha' balas Edet sambil ketawa.
Aliz tersenyum
memandang.
'Lisya.....' Aled
membaca tandatangan di sudut lukisan.
'Oh perempuan... '
Aliz berkata sendirian.
Edet dan Aliz
berpandangan dan berbalas senyuman.
'Aliz.. is this you
? Nur Alisya' pantas Aled memandang Aliz dan kemudian Edet meminta jawapan.
Aled kenal sangat tandatangan Aliz.
Tiada jawapan dari
Aliz namun Edet mengangguk...
'Wah... this is
really you Liz' jerit Aled.
'Welcome to the other
part of me' balas Aliz.
'Where is this.. the
scenery like fantasy. The view is not here... not in this world' soal Aled.
'I wish if I could
explain....' balas Aliz dan tiba-tiba muramnya kembali.
'Sama lah Aled,
itulah jawapan bila abang tanya' sampuk Edet.
'Bang, I wanna
draw...' Aliz meminta dari Edet.
'Boleh-boleh.. nanti
jap abang ambilkan frame' lantas Edet bangun bergerak ke belakang galeri dan
kembali bersama 2 set frame.
'Nah sorang satu'
baginya pada Aled dan Aliz. Aliz menerima sebaliknya Aled..
'Eh bang.. saya tau
lukis bola je' balas Aled.
Ketiga-tiga mereka
ketawa serentak.
Beberapa orang
pelanggan masuk. Edet melayan mereka dan Aliz menyiapkan persiapannya untuk
memulakan lukisan.
Pelanggan-pelanggan
tersebut behenti di lukisan Aliz..memerhati dan berkata sesuatu kepada Edet.
Edet juga berkata sesuatu dan
kemudiannya mereka berlalu.
Edet tersenyum
mendekati Aliz.
'Dah ramai tanya nak
beli Liz..' ujar Edet sebaik mendekati Aliz.
'Jangan jual bang...
master piece saya' Aliz balas sambil tersenyum.
'Jual la Liz' Aled
menyampuk yang kemudiannya membuatkan Aliz menggeleng.
Aliz menyambung
lukisanya yang terhenti...
Gambarannya jelas..
laut, muara, jeram, gunung, matahari... rama-rama, unggas dan segalanya....
Aled memerhati segala pergerakan jemari Aliz. Aliz seolah hilang dalam dunianya sendiri.
Wajahnya ceria dan gembira tiada kemuraman...
Lincah jarinya melakar ombak, laut, siput dan segala pandangan terakirnya di dunia Abdul Aali.
‘Kenapa langit warna warni ?’ Tanya Aled.
‘suka la’ jawab Aliz
ringkas.
‘pokok apa ni ? Tanya Aled lagi.
‘ntah… tapi cantik kan’ balas Aliz.
‘I know you can draw coz I always saw you did it in school,
but I don’t know that you are so good’ Aled berkata.
Edet hilang di belakang galeri membiarkan mereka berdua.
LIMA - Dunia baru
LIMA - Dunia baru
Persiapan ke
pelantar minyak sudah siap. Beberapa kali disemaknya senarai barangan,
memastikan dia tidak ketinggalan apa-apa.
Cita-citanya
tercapai sebagai jurutera petrolium. Berkat doa ibu bapanya serta usahanya.
Sudah setahun dia berkhidmat dan Aled pula sedang membuat praktikal menghabiskan
menghabiskan pengajian akhirnya.
Hubungan mereka
masih seperti dahulu tiada sebarang kemajuan kerana Aliz masih seperti dulu.
Namun Aled begitu sabar menanti dan sentiasa bersama.
Kringg.... kring...
Talifon bimbitnya
yang terletak hujung katil berbunyi..
'Assalamualaikum
Led' Aliz menjawab panggilan telefon bimbitnya. Jelas terpamer wajah Aled di
skrin telefon ketika panggilan dibuat.
'Waalaikumusalam...
Liz...' balas suara di corong sebelah sana.
'Dah siap berkemas
?' Tanya Aled yang memaklumi segala aktiviti Aliz gadis kesayangannya.
'Dah..' Balas Aliz
ringkas.
'Takut ?' Aled
menduga..
'Not even in your
dream... hahahaa’ balas Aliz mesra.
'I gonna miss you
dear' ujar Aled.
'I'm not going
anywhere, no where. Will only be on the platform la' balas Aliz.
'I wish if I could
go with you..' balas Aled.
'Inshallah I will be
fine' jawab Aliz.
' oklah Liz, have a
good rest. Tomorrow gonna be a long journey for you. Keep me in touch
dear' balas Aled.
'Ok... Inshallah'
balas Aliz ringkas.
Sebelum tidur, Aliz
sempat melakar lukisan. Pemandangan.. seperti selalu tiada siapa yang tahu
apakah maknanya dan di mana.
Airmatanya mengalir
jatuh perlahan... memori-memori lamanya kembali berputar menghiasi ruangan
fikirannya.
Rindunya pada Abdul
Aali hanya tuhan yang tahu.
Jika dulu Abdul Aali akan menemaninya, kini dia sendirian,
ENAM - Lautan biru
Aliz merenung laut
Cina Selatan terbentang luas di depannya.. Begitu kerdil dirinya
ditengah-tengah lautan maha besar itu. Air laut yang tenang.. sesekali berombak
di tiup angin sepoi.
Aliz tersedar
apabila merasa pipinya di tiup sang bahu. Kenangan lima tahun lalu bersama
Abdul Aali menerjah. Matanya mula bergenang.. manik-manik halus jatuh
perlahan.. tuhan sahaja yang tahu rindunya pada kekasih buniannya yang lama
meninggalkannya. Sunyi tanpa pemuda bunian itu masih bersisa.
Dia tahu dia tidak
patut namun dalam doanya dia sentiasa mendoakan kesejahteraan Abdul Aali,
biarlah tuhan sahaja yang menghakimi.
'Suka ?' Tanya Abdul
Aali sebaik menyelitkan sekuntum bunga mawar putih dari alamnya di celah
telinga Aliz. Aliz tersenyum sambil mengangguk. Haruman bunga itu menusuk
hidungnya.. Tompok berlari mengejar rama-rama yang berterbangan rendah yang
kadangnya singgah di bunga yang subur di tanah.
'Tadi Aali ikut Aliz
pergi sekolah?' Tanya Aliz.
'Saya hanya di
sini...' balas Abdul Aali.
'Hmm besok ikut Aliz
boleh' Aliz mengajak.
'Eh kenapa...?
Kawan-kawan Aliz kan ada' balas Abdul Aali.
'Saja... nak awak
ada jer, hehehe' Aliz manja tergelak.
'Tapi Aliz suka
dunia Aali, tenang.. cantik... redup.. wangi.. ahh semuanya indah' Aliz
berkata-kata sambil mendepakan tangannya.
'Milik Allah.. kita
hanya menumpang' Abdul Aali membalas sambil tersenyum membuatkan hati Aliz
berdebar laju. Senyumnya.. gayanya sudah cukup membuatkan Aliz melupakan semua
lelaki - lelaki yang ada dalam dunia nyatanya.
'Dah lama sangat
kita berjalan, Aliz nak makan?' Tanya Abdul Aali.
'Boleh tapi Aliz nak
buah yang di pokok dulu tu...' balas Aliz.
'Ok... mari Tompok'
balas Abdul Aali seraya memanggil Tompok. Tompok pula segera berlari dan
melompat ke dakapan Abdul Aali seolah-olah itu tuannya.
'Amboi Tompok' cemoh
Aliz cemburu. Abdul Aali ketawa yang memecah suassana walaupun suaranya agak
perlahan. Abdul Aali jarang ketawa. Selalunya ia akan tersenyum. Abdul Aali
menyerahkan Tompok kepada Aliz... mereka berjalan menuju ke pohon rendang yang
lebat berbuah. Aliz tidak pasti jenis pokoknya. Tanpa menunggu Aliz berlari
mendekati pokok itu dan memetik beberapa biji buah yang rendang berbuah.
'Sedap...' ujar Aliz
sambil makan. Abdul Aali hanya memandang.
'Liz.. liz..' Aliz
tersentak apabila namanya dipanggil. Hadi sudah di belakang nya. Aliz kembali
ke dunia realiti, di kelilingnya laut... bunyi bising jentera dan gerudi yang
sedang bergerak.
'Kerja dah habis jom
minum' ajak Hadi. Aliz hanya mengangguk dan kemudian nya tersenyum menghormati
kawannya. Dia mengangguk sebelum Aliz mengekori Hadi menuju ke pintu masuk ke
dek.
Kasut but dan topi
keselamatan di buka dan diletakkan di kompartmen yang di sediakan di luar pintu
masuk. Kasut digantikan dengan selipar getah yang tertutup di bahagian depan.
Undang-undang keselamatan perlu di patuhi.
Mereke turun ke
tingkat 4, tingkat di mana kafe berada. Suasana masih terlalu awal di kafe
pelantar minyak raflesia malaysia itu. Mereka adalah antara yang tiba awal.
Beberapa jenis minuman dan makanan terhidang, begitu juga buah-buahan. Mee jawa
menjadi pilihan Aliz sedangkan Hadi memilih harsh brown dan telur omelette.
Beberapa krew tiba
selepas mereka. Tanpa bicara Aliz mula makan. Hadi memerhati dari hujung
matanya. Aliz diam, makan dan hilang dalam dunianya. Hadi ingin bertanya namun
dibatalkan niatnya kerana tidak mahu mengganggu gadis itu. Aliz senyum malu
apabila menyedari Hadi memerhati.
'Ops.. sorry Liz, I
just wondering what is actually weighing in your mind ?! I can see that you've
lost in your own mind' bicara Hadi bagi menutup malunya apabila Aliz perasaan
perbuatannya memerhatikan gadis itu.
'Oh.. takde apa-apa.
Aliz dah lama tak balik kampunglah. Rasanya nanti balik dari pelantar ni Aliz
nak balik kampung' balas Aliz cuba mengelak.
'Oh ye ke?! If you
dont mind, I can take you there' Hadi mempelawa yang sememangnya dia sudah
terpaut dengan kelembutan dan keayuan gadis di depannya.
'Takpelah.. nanti
apa pula cakap mak dan abah Aliz. Nanti tak pasal- pasal jadi isu' balas Aliz
sopan tidak mahu mengecilkan hati kawannya.
'Kalau jadi isu pun,
apa salahnya’ balas Hadi sambil ketawa kecil.
Aliz dah ada yang
special ?' Sambung Hadi tanpa berselindung. Dia sendiri tidak pasti kenapa ia
begitu berani bertanya soalan itu. Ianya datang secara spontan tetapi
sememangnya itulah yang bermain dalam benaknya.
Aliz hanya tersenyum
mendengar soalan Hadi.
Hadi menunggu...
Resah... Tiada jawapan dari mulut Aliz selain senyuman yang baginya sungguh
manis dan cantik. Dia sendiri tidak dapat meneka jawapan itu. Aliz bangun
perlahan dengan senyuman yang bersisa sambil membawa mangkuk dan gelas ke
tempat pinggan kotor. Selepas meletakkan mangkuk dan gelas dia kembali duduk di
hadapan Hadi. Masih tiada jawapan. Hadi mengangkat kening sebagai memberi
isyarat mengenai jawapan yang di tunggunya.
'Ada...' balas Aliz
membuatkan jantung Hadi terhenti kerana itu bukan jawapan yang dinantikannya.
'Tapi... lama
dulu...' sambung Aliz dalam senyuman yang di paksa membuatkan jantung Hadi
kembali berfungsi seperti biasa dan dia kemudian melepaskan nafas lega. Aliz
perasaan namun dia hanya diam. Wajah Abdul Aali menerjah ingatan.. ahh betapa wajah
itu yang diharapkan berada di depannya ketika itu.
'Aliz nak balik
cabin.. jumpa petang during break' lantas Aliz bangun bergerak keluar
membuatkan Hadi terpinga-pinga. Kenapa gadis itu berubah.. Wajahnya biasa
sahaja pada mulanya namun jelas ada sesuatu yang cuba disembunyikannya.
Aliz tidak ke
kabinnya, sebaliknya dia kembali ke tepi pelantar memerhati laut dan
ombak-ombak kecil yang beralun. Di biarkan pipinya di sapa bayu. Air matanya
jatuh lagi..
'Aali. . Aliz
rindu...' bisiknya perlahan. Air matanya laju tidak boleh ditahan. Dia masih
mengharap agar Abdul Aali kembali, mengharapkan pemuda itu ada di sisi
menyapanya seperti dulu. Tanpa disedari sepasang mata memerhati dari sebalik
dinding kaca di sisinya.
‘Lengannya
di raba. Gelang pemberian Aali, hanya Aliz yang dapat melihatnya.
Hadi jelas nampak
Aliz mengesat air matanya. Namun dibiarkan gadis itu dan dia bernekad untuk
membongkar rahsianya.
Setiap selepas kerja
selama seminggu disitu, Aliz kan kembali ke tepi pelantar memerhati dan menunggu
dirinya di sapa bayu. Aliz hanya bersantai sendirian. Sesekali Aliz di sapa
oleh krew yang lalu dan ada yang berhenti berbual seketika.
Aliz hanya bergerak
masuk apa apabila mentari hampir melabuhkan warna jingga ke kaki laut.
Hadi menunggu di
pintu dan menyapanya ketika dia melangkah masuk.
'Nak makan?' Tanya
Hadi.
'Saya balik mandi
dan solat dulu' balas Aliz dalam senyuman. Perlahan dia meninggalkan Hadi tanpa
menunggu balasan jawapan dari pemuda itu.
Genap seminggu Aliz
di pelantar minyak Raflesia, kerja mereka siap seperti yang di jadualkan. Mereka berdua bersiap untuk pulang. Barang-barang sudah siap dikemas.
Sementara menunggu ketibaan helikopter, Aliz menghabiskan masa berbual dengan krew yang dijadual balik bersama termasuk Hadi.
Helikopter tiba tepat waktunya, tiba-tiba hati Aliz sayu untuk meninggalkan platform kerana di tengah lautan dia rasa ketenangan dan paling disukainya adalah sapaan angin bayu laut.
Hadi membantu membawa barangan Aliz untuk diserahkan kepada krew helikopter, walau ditegah oleh gadis itu. Beberapa krew lain juga bersama-sama sibuk memunggah beg untuk di bawa naik ke helikopter. Jaket keselamatan dan *ear puff* sudah dipakai awal-awal. Aliz di arahkan oleh pilot untuk masuk mendahului krew lain.
Penerbangan mereka
selama 1 jam setengah ke tanah besar sangt mengujakan Aliz. Dari atas dia hanya memerhati lautan luas yang berombak-ombak di tiup angin. Hadi duduk di barisan belakang, dia hanya diam, sesekali mencuba untuk tidur. Krew-krew yang lain sudah tidur awal-awal lagi mungkin kerana kepenatan bekerja di Platform. Aliz tidak boleh melelapkan mata dalam keadaan bising kibasan kipas helikopter. Walau telah memakai penutup telingan namun bisingnya masih kedengaran.
Sebaik turun dan check out helikopter Aliz ditemani Hadi keluar dari lapangan penerbangan helikopter menuju ke pintu keluar. Aliz menarik beg pakaiannya sebaik selesai pemeriksaan kastam. Hadi cuba membantu namun tidak di benarkan oleh gadis itu. Hadi gopoh menyangi langkah Aliz yang laju berjalan ke pintu keluar. Beberapa krew melambai tangan perpisahan, dibalas Aliz sambil tersenyum. Hadi juga berbuat demikian.
Sebaik turun dan check out helikopter Aliz ditemani Hadi keluar dari lapangan penerbangan helikopter menuju ke pintu keluar. Aliz menarik beg pakaiannya sebaik selesai pemeriksaan kastam. Hadi cuba membantu namun tidak di benarkan oleh gadis itu. Hadi gopoh menyangi langkah Aliz yang laju berjalan ke pintu keluar. Beberapa krew melambai tangan perpisahan, dibalas Aliz sambil tersenyum. Hadi juga berbuat demikian.
Dari seberang pintu
keluar, Aled sedang menanti sambil bersandar ke keretanya, melambai ke arah Aliz sebaik
Aliz keluar. Aliz membalas lambaian Aled... senyuman yang diberikan Aliz kepada pemuda itu
mengundang seribu pertanyaan di hati Hadi.
Hadi memandang dengan curiga. Aled berjalan mendapatkan Aliz.
Hadi memandang dengan curiga. Aled berjalan mendapatkan Aliz.
'How are you ocean
girl ?' Sapa Aled pada Aliz sambil menarik beg pakaian Aliz yang dipegang gadis
itu. Aliz membiarkan saja perbuatan Aled.
'Biasa je, the sea
still blue. I can’t change it' balas Aliz kemudian mereka berdua ketawa
bersama.
'same as you as I
can't change you either!' Balas Aled dalam tawanya yang masih belum berhenti.
Hanya mereka berdua yang memahami makna tersirat dalam perbualan mereka. Hadi
hanya berdiri memandang.
'Oh.. this is Hadi,
the driller' Aliz memperkenalkan Hadi kepada Aled. Lantas Hadi menyuakan tangan
untuk bersalam dan disambut Aled.
'Hadi, he’s soon to
be a driller too.. Aled' dalam nada bangga Aliz memperkenalkan. Aled hanya
tersenyum, sememangnya jawapan dan jawatan itulah yang diidamkan.
'Sorry, I have to
go...' Hadi mengundur diri.
'If you need a ride
we can give you a lift..' Aliz memperlawa walaupun Aled agak keberatan dengan
perlawaan Aliz terhadap teman nya itu. Rasa cemburu timbul.
'It's ok...' balas
Hadi membuatkan Aled lega. Mereka berpisah dan Hadi hilang ditelan teksi dan
berlalu...
'Sapa tuu?.. amboi!
If you need a ride, we can give you a lift!' Ejek Aled dalam gurau sedangkan
hatinya meronta mengetahui apakah ada hubungan lain selain sebagai kawan
sekerja.
Aliz hanya tersenyum, seperti biasa tiada jawapan iya atau tidak. Di sudut perasaan Aled dia seolah-olah tahu yang tidak mungkin Aliz dan Hadi ada hubungan kerana dia kenal Aliz sejak mereka di zaman persekolahan. Namun dia juga curiga sekiranya Aliz telah berubah.
Aliz hanya tersenyum, seperti biasa tiada jawapan iya atau tidak. Di sudut perasaan Aled dia seolah-olah tahu yang tidak mungkin Aliz dan Hadi ada hubungan kerana dia kenal Aliz sejak mereka di zaman persekolahan. Namun dia juga curiga sekiranya Aliz telah berubah.
'Led, I love ocean.
.. you should be there...' Aliz menukar topik.
'I thought you gonna
say that you love me...' Aled berseloroh dan dibalas oleh jelingan Aliz.
'Hahahaaa....' gelak Aled sebelum menyambung.
'Really...?! What
interest you? Is it about the job or the place or the man ?' Soal Aled...
'All of the above. .
Hahaha no lah sayangku Aled.. no human factor. I just like to be in the middle
of the open ocean' balas Aliz.
'Really. ..' Aled
membalas. Sesekali dia memandang Aliz di sebelahnya ketika memandu. Jari halus
Aliz di sebelahnya di capai. Aliz membiarkannya... seperti selalu Aled akan
membawa jemari Aliz ke bibirnya dan di kucup perlahan.
'I smell crude. ..'
Aled bergurau...
'Where's the money
come...' Aliz membalas. Mereka sama-sama ketawa.
'Offshore leave...
where you plan to utilise it? Let's go hiking' ajak Aled. Dia tahu benar
kegemaran Aliz yang sukakan hutan, pokok-pokok dan alam sekitar.
'Hmmm ok but not
this time.. I wanna be home for some days. Miss my kampung already la...'
lembut jemarinya di tarik. Suassana hening seketika. Aliz melemparkan pandangan
jauh ke luar. Aled juga diam...
'Led.. thanks for
your special attention to me so far. I really appreciate it... but if you do
find someone else.. go ahead. I won't stop you....' lembut Aliz berbicara
memecah keheningan. Di renungnya wajah tampan Aled dari sisi yang sedang
memandu. Kali ini jemari Aled yang di pegangnya. Aled memperlahankan pemanduan
dan seterusnya berhenti di sisi jalan di bawahan redupan pohon jalanan. Aled
menoleh memandang Aliz...
'I wont say much. So far I just want you. .... I'm not promise but I do hope Allah will make my
wish come true. I pray for one day you will be mine. But, if we don’t have
jodoh... I terima. I believe in faith, qadaq dan qadar..' Aled membalas lembut.
Tiada tekanan seperti kebiasaanya apabila Aliz membangkitkan isu itu.
'By the way thanks
for allowing me to be always at your side' Aled menyambung. Jemari Aliz dikucup
berulang kali. Aliz hanya memerhati.. hatinya merintih. Jika boleh dia ingin
cuba mencintai pemuda itu namun... dia tidak mahu Aled kecewa kerana hatinya
masih mencintai Abdul Aali.
'Or do you already
find someone else?' Sambung Aled sambil menarik wajah Aliz dan menatapnya.
Pantas di tolak Aliz.
'Don't be ridiculous. . You will know if there is..' balas
Aliz sambil cuba tersenyum. .. Sedikit sebanyak Aled merasa lega dan persoalan
tentang Hadi terjawab. Aled merasakan dia masih boleh memenangi hati gadis itu.
TUJUH - Sakit
'The size is
slightly bigger, about 30%. I know you started to feel uncomfortable and
painful at your abdomen..' kata Doktor Kartikayen sambil tangannya menekan perut
Aliz menggunakan alatan ultra sound.
Aliz hanya
mengangguk sambil matanya tidak lepas memandang skrin komputer yang menunjukkan
gambaran dalam perutnya hasil tindak balas alatan ultra sound Doktor
Kartikayen.
'You can't do heavy
exercise. Please bare in your mind that. You are not advisable for offshore
work' sambung Doktor Kartikayen.
Tiada jawapan dari
Aliz. Kata-kata Doktor Kartikayen tidak sedikit pun memeranjatkannya. Semuanya
dia sudah maklum. Sejak dia tahu tentang penyakitnya dia banyak membaca dan
mengkaji tentangnya. Dia tidak mahu bersoal jawab dengan Doktor sekiranya dia
masih berdegil ingin meneruskan aktiviti di pelantar minyak.
Wajahnya yang
semakin pucat juga disembunyikannya dengan mengenakan make-up muka. Badannya
juga kerap dan cepat berasa letih. Tidur malamnya sering terganggu..
'Okay doctor I know
Do's and Dont so.. don't worry' perlahan Aliz berkata.
Doktor Kartikayen
adalah merupakan teman sekolahnya tetapi beberapa tahun tua darinya. Ketika Aliz masih di
tingkatan enam, Kartikayen sudah diterima masuk ke Universiti Kesihatan
Malaysia (UKM).
Ketika Aliz
tingkatan tiga, Kartikayen berada di tingkatan enam atas. Kartikayen juga
merupakan guru tuisyen peribadi Aliz bersama rakan-rakan beberapa bulan sebelum
peperiksaan penting di tingkatan tiga. Persahabatan mereka bermula di situ dan
dia sudah arif dengan perangai Aliz. Dia tahu Aliz tidak akan mendengar
kata-katanya.
'Aliz... ingat...
this is about your life, do not compromise' pesan Doktor Kartikayen.
'Aled know?' Tanya
Doktor Kartikayen lagi. Aliz hanya tersenyum sambil menggeleng.
'Hmmmm....' itu
sahaja balasan Doktor Kartikayen.
'Please.. he's not
suppose to know. I will tell him one day.. from my mouth doctor... please'
pesan Aliz seolah merayu.
'Whatever Aliz..'
sambung Doctor Kartikayen sambil mengangkat bahu.
'I know.. this is
the reason why you keep yourself away from him. Common.. he will understand'
Doctor Kartikayen menyambung.
'Yellah...' itu
sahaja balasan Aliz.
Aliz mencapai borang
preskripsi ubatnya yang dihulurkan oleh Doktor Kartikayen sebaik selesai di
tulis. Dia memberikan senyuman sebelum bererdar.
‘don’t worry doctor,
I’ll behave and take the medicine on time’. Ujar Aliz sambil memberikan
senyuman sebelum beredar. Tidak sempat Doktor Kartikayen mengiringi Aliz hingga
ke pintu seperti selalu. Dia hanya memandang sambil menggelengkan kepala.
Aliz meneruskan
urusannya ke farmasi hospital. Proses mendapatkan ubat semuanya pantas memandang ianya diluar waktu peak*
20 minit di dalam
perut teksi dengan penghawa dingin yang rosak tidak merimaskan Aliz. Matahari
yang galak memancar menghangat keadaan. Aliz hanyut dalam dunianya.
Selepas keluar dari
teksi dia berjalan pantas menuju ke tingat 21.
Pengawal keselamatan
yang bertugas menegur dgn mengucapkan salam. Aliz memjawab sambil tersenyum.
Memang dia gadis
yang murah senyuman, periang dan jarang menunjukan perasaan tidak puas hati
atau marah.
Sejambak mawar segar
menanti di atas meja kerjanya.
Pelik.. kerana Aled tidak pernah menghantarnya bunga. Kad yang terselit di beleknya.
Pelik.. kerana Aled tidak pernah menghantarnya bunga. Kad yang terselit di beleknya.
*from the piece of your heart...* Aliz terseyum...
Hanya Aled yang
selalu berkata demikian. Namun mengirimkannya bunga adalah sesuatu yang tidak
pernah dilakukan Aled.
Di capainya sekuntum
dan dicium.. sekumtum bunga mawar itu di patahkan lalu dia menyelitkan kuntuman bunga
itu di telinga. Dia bernyanyi kecil.
Keputusan
pemeriksaan hasil pertemuan dengan Doktor Kartikayen berkenaan penyakitnya
tidak sedikit pun membuatnya gusar.
Dia seperti biasa..
Jambangan bunga tersebut
letakkan bersebelahan dgn skrin komputernya. Aled tidak pernah memberikannya
bunga seperti itu, apalagi menggunakan perkhidmatan penghantaran.
Seingat Aliz hanya
beberapa kali ketika masih belajar. Aled memberinya sekuntum bunga yang
diletakkan di dalam beg sekolahnya secara rahsia. Aliz hanya menyedari apabila
membuka begnya.
Apapun alasan Aled,
Aliz tidak mahu ambil tahu. Kalau sayang, sudah lama Aliz mengetahuinya... hari
jadinya sudah lepas.
Ketika dia
menyanyi-nyanyi kecil, Hadi muncul dengan wajah curiga apabila melihatkan
jambangan bunga tersebut.
Tanpa meminta
kebenaran dia membelek kad yang terselit lalu membacanya.
'from the piece of your heart...' bacanya perlahan sambil mengangguk-ngangguk.
'from the piece of your heart...' bacanya perlahan sambil mengangguk-ngangguk.
Aliz tidak
perdulikan pemuda itu. Dia hanya meneruskan kerjanya.
'Dari siapa ni?!'
Soalnya.
'Aled' ujar Aliz
ringkas.
'Hmmm.. any special
occasion ?!' Tambahnya lagi matanya memandang Aliz yang masih acuh tidak acuh
melayannya.
'No' hanya sepatah
dari Aliz.
'Do we need to wait
for a special day to appreciate people?!' Gumam Aliz perlahan antara dengar dan
tidak.
Sebenarnya Aliz
rimas dengan pemuda itu.
'Lunch ?!' Tanya
Hadi lagi cuba mengajak Aliz makan tengahari bersama.
'I got something to
finish urgently. Remember the letter from Petronas?! I need to reply with
really good explanation. I need to catch OIM on this matter' balas Aliz dengan
alasan yang dia sendiri tahu tidak sekukuh mana.
'Alright. . I won't
disturb you' kata Hadi dan kemudiannya berlalu.
Di pintu masuk Hadi
berselisih dengan Aled. Pada mulanya dua tidak mengenali jejaka itu tetapi Aled
yang menegurnya terlebih dahulu.
Penampilan yang berbeza
dari pertemuan mereka di lapangan terbang beberapa hari lalu. Kali ini Aled
kemas bergaya bebaju kemeja di lengkapi tali leher. Beg komputer riba di
sandangnya.
'Hadi..' tegur Aled.
'Ingat lagi ?!'
Tanya Aled apabila Hadi cuba mengecamnya.
'Oh.. Aled kan...'
balasnya sambil menyambut salam Aled. Hatinya kurang senang dengan kehadiran
jejaka tampan itu. Aled amat bersahaja ketika menegurnya.
Hadi minta diri
sebelum Aled meneruskan langkahnya ke kaunter penyambut tetamu. Hadi
meninggalkan Aled dengan perasaan cemburu. Jika di hitung berkenaan penampilan,
apa kurangnya dia malah dia lagi senior dan berkemampuan dari Aled. Selepas
penyambut tetamu membuat panggilan, Aliz muncul. Aled tersenyum menanti.
'Hey driller,
'what’s up. A newbie can’t simply get out from the office’ usik Aliz sebaik
bersemuka. Aled baru memulakan kerja di syarikat minyam berasingan. Sudah dua bulan dia bekerja.
‘Hahahaaa… I’m a
good newbie, the boss allow me to have my own time now. I’ve just completing my
assignment. Balas Aled.
'So.. makan time…
big eating’ balas Aliz.
'Ha jom makan' balas Aled. Tanpa sebarang alasan Aliz terus
bersetuju.
Selepas mendapatkan beg tangannya, Aliz keluar semula
mendapatkan Aled. Mereka beriringan keluar. Tanpa di sedari mereka, setiap
perbuatan mereka diperhati oleh Hadi dari luar. Jelas kelihatan Aliz dan Aled
sangat serasi bersama malah mereka berdua amat mesra. Sesekali mereka ketawa
bersama. Sesuatu yang tidak pernah di lihat Hadi pada Aliz.
LAPAN -Rindu berbunga
Aled menghantar Aliz
hingga ke pintu rumah ketika itu dia perasaan yang gadis itu beberapa kali
menekan perutnya.
Sejak kebelakangan
ini dia sering melihat Aliz berkelakuan demikian, menekan-nekan perutnya
sesekali. Namun apabila di tanya Aliz sering berkata tiada apa-apa. Aled mula
curiga namun kecurigaannya di pendamkan. Dia nekad untuk siasat sendiri.
Aled mengambil tas tangan Aliz dan mencari kunci rumah apabila melihatkan gadis itu terkial mencari
kunci di dalam tas tangannya. Aliz diam seribu bahasa.. sesekali dahinya
berkerut. Aled membuka pintu dan membiarkan Aliz masuk.
Seperti biasa hanya
di situ langkah Aled yang dibenarkan. Dia faham benar undang-undang rumah sewa
Aliz. Lelaki tidak dibenarkan masuk. Gadis itu terus menerpa masuk tanpa
memperdulikannya.. kunci masih di tangan Aled. Aled berdiri memerhati sambil
mengetap bibir.
Tidak seperti selalu
Aliz akan berbicara sebelum masuk dan Aled akan berpatah balik ke kereta.
Aliz terus masuk dan
berbaring di sofa.
'Liz...' panggil Aled.
'Liz.. kunci ni...' sekali lagi Aled memanggil. Diam tiada balasan. Ketika tu juga sebuah kereta behenti di belakang kereta Aled. Aniz keluar dari kereta bersama anak-anaknya.
'Liz...' panggil Aled.
'Liz.. kunci ni...' sekali lagi Aled memanggil. Diam tiada balasan. Ketika tu juga sebuah kereta behenti di belakang kereta Aled. Aniz keluar dari kereta bersama anak-anaknya.
'Kak Aniz' tegur
Aled.
'Kenapa ni?' Balas
Aniz apabila melihatkan Aled tercegat di pintu sambil memegang kunci dan mangga
rumah.
'Baru hantar Aliz
tapi akak cuba tengok dia kat dalam kak... dia terus baring. Saya panggil
senyap je' terang Aled. Sambil bergerak menghampiri pintu dan terintai-intai ke
dalam.
'Hah.. jom masuk'
ajak Aniz tergocoh-gocoh sebaik mendengar keterangan Aled. Aled pantas membuka
kasut. Hatinya berdebar-debar...
'Liz... Liz' panggil
Aniz sambil tangannya mengerakkan badan Aliz. Diam... tiada jawapan..
Aled merasa dahi Aliz, bagi merasa suhu badan Aliz.
'demam kak' ujar Aled ke Aniz.
'Liz.. jangan buat
Aniz risau' panggil Aniz lagi.
Aled berdiri disisi
Aniz memandang gadis pujaannya. Hatinya tiba-tiba diserang gemuruh. Tanpa
berlengah dia terus mengeluarkan telefon bimbit dan menghubungi Doktor
Kartikayen.
****
'Selamat datang
Aliz.' Tegur seorang gadis yang sangat cantik menyapanya ketika dia melangkah
masuk ke pintu gerbang.
Gadis itu memandang
gelang di lengan kirinya.
Aliz memandang
sekeliling. .. dunia asing namun bau dan suasananya sama. Aliz merasakan yang
dia pernah sampai ke situ namun tidak pernah melepasi pintu gerbang itu. Pintu
gerbang kayu yang diukir halus, dihiasi lingkaran tumbuhan bunga hidup.
Lingkaran tumbuhan dan bunga yang sama seperti di gelang di tangannya. Aliz meraba gelang di lengannya sementara matanya asyik memerhati sekeliling.
Indah... bisik hati
Aliz. Aliz memandang gadis cantik yang menyapanya. Gadis itu masih berdiri
disitu memandangnya sambil tersenyum. Aliz membalas senyuman gadis itu.
'Mari.. saya di
minta menjemput Aliz ke istana' ujar gadis itu.
'Istana? Awak siapa?
Ni dimana?' Bertalu-talu soalan Aliz.
Walau soalannya tida
jawapan, langkah tetap menuruti langkah gadis cantik itu.
Namun tiada perasaan
takut di hatinya.. kerana tempat inilah yang di rinduinya. Matanya meliar
mencari seseorang.
'Abdul Aali di
sini?!' Gopoh Aliz bertanya namun tiada balasan dari gadis itu. Dia hanya
tersenyum. Mereka semakin mendekati istana.
Aliz sangat pasti itu rumah Abdul Aali.. kerana Aliz pernah melihatnya dulu. Tiba-tiba seekor kucing putih berlari-ke arah nya dan menggesel-geselkan badannya di kaki Aliz.
Aliz sangat pasti itu rumah Abdul Aali.. kerana Aliz pernah melihatnya dulu. Tiba-tiba seekor kucing putih berlari-ke arah nya dan menggesel-geselkan badannya di kaki Aliz.
'Tompok..' jerit
Aliz. Lantas di dukung nya Tompok dan dicium berkali-kali.
'Oo.. tak ingat nak
balik ye' ujar Aliz pada Tompok. Kucing itu hanya mengiau manja. Tompok terus hilang sejak peristiwa dia ditinggalkan Abdul Aali 6 tahun lalu.
'Aliz..' namanya di
panggil. Aliz mendongak. Kelihatan seorang gadis lain yang lagi cantik sedang menunggu depannya sambil tersenyum manis.
Berkebaya labuh dan longgar bewarna kuning cair berdiri sambil tersenyum. Kepala dikenakan selendang rona warna hampir sama dengan bajunya menutupi keseluruhan rambutnya sama seperti gadis yang menyambutnya.
Aliz terpampam melihat kecantikan gadis yang baru menegurnya ini.
Berkebaya labuh dan longgar bewarna kuning cair berdiri sambil tersenyum. Kepala dikenakan selendang rona warna hampir sama dengan bajunya menutupi keseluruhan rambutnya sama seperti gadis yang menyambutnya.
Matanya memandang ke gelang yang di pakainya seolah mengesahkan sesuatu.
Gadis pertama yang menyambutnya dan membawanya ke situ menjauh ke belakang meninggalkan Aliz bersama gadis baru yang sangat cantik itu. Senyuman mesranya membuatkan Aliz lebih selesa
'Assalamualaikum. .'
Sambung gadis itu lagi sambil menghulur salaman. Alez kaget... lambat-lambat
dia menyambut huluran salam gadis itu.
'Awak siapa?' Balas
Aliz.
'Saya Ameena..'
balas gadis cantik itu. 'Jangan risau.. Aliz selamat di tempat kami, In sha
Allah' katanya lagi.
'Mari naik ke
istana' ajaknya.
Aliz menoleh memandang
istana yang dimaksudkan. Sangat cantik. Istana kayu. Hati Aliz ingin bertanya
namun dipendamkan. Apabila naik ke ruang legar, kelihatan beberapa orang
pengawal sedang bertugas mengawal. Mereka hanya menoleh sekali memandangnya seolah memberi tanda hormat seperti juga mengatakan dia selamat di situ. Namun muka mereka dalam
keadaan serius. Nampak kehadirannya di siti seperti di restui.
Aliz sangat yakin
itu adalah tempat tinggal Abdul Aali. Hatinya meronta untuk bertanya. Ameena
memandangnya sesekali sambil berjalan.
Mereka menuju ke sebuah bilik atau dewan yang tidaklah terlalu besar namun selesa dijadikan tempat perbincangan.
Mereka menuju ke sebuah bilik atau dewan yang tidaklah terlalu besar namun selesa dijadikan tempat perbincangan.
Tiada kerusi meja
sebaliknya hanya lah hamparan tikar dan permaidani yang indah. Aliz memerhati
sekeliling.
'Ayahda, bonda...
inilah Aliz' tiba-tiba Ameena bercakap dengan seseorang membuatkan Aliz tersentak
dan memandang ke belakang mencari Ameena.
Pandangan mereka
tertumpu ke lengan kirinya yang sedang memakai gelang Abdul Aali kemudian
menghalakan pandangan ke arahnya.
Mereka tersenyum.
Tiada tanda-tanda yang kehadirannya di situ tidak direstui. Aliz hanya
memberikan senyuman sambil mengangguk ke arah mereka. Ameena berjalan mendekati
Aliz dan menarik tangan Aliz supaya merapati kedua-dua yang pada hemat Aliz
adalah ibu-bapa Ameena.
'Maafkan kami jika mengganggu waktu Aliz' Ayahda Ameena memulakan bicara. Mereka perlahan
duduk bersila dan kemudiannya Aliz mengikuti duduk tetapi bersimpuh selayaknya.
Mereka duduk dalam jarak 5 kaki saling mengadap.
'Kami keluarga Abdul
Aali' bonda Ameena menyambung. Kata-kata bonda Ameena membuatkan jantung Aliz
berdebar matanya kembali meliar sekeliling mencari Abdul Aali.
Ameena duduk bersimpuh di sebelah Aliz sambil tangannya memegang tangan Aliz. Aliz merasakan tanda kemesraan antara mereka.
Ameena duduk bersimpuh di sebelah Aliz sambil tangannya memegang tangan Aliz. Aliz merasakan tanda kemesraan antara mereka.
'Aali adalah abang
kita' sampuk Ameena sopan sambil tersenyum memandang Aliz.
Tiba-tiba airmata
Aliz jatuh tidak semena-mena.. rindunya pada Abdul Aali kembali menggamit.
'Kami tahu perasaan
Aliz namun kami tiada upaya untuk merestuinya. Hubungan kalian adalah hubungan
yang tidak mungkin bersatu' sambung ayahdanya Ameena.
'Ini bukanlah
undang-undang kami. Kami sebolehnya tidak mahu menghalang namun. Aliz harus
kuat kerana Allah tidak membenarkannya hubungan antara manusia dan kaum kami'
perlahan suara ayahda Ameena menerangkan.
'Abdul Aali telah
melanggar undang-undang' ayahda Ameena meneruskan.
'Mana Abdul Aali'
akhirnya terkeluar juga soalan yang disimpannya.
'Dia ada namun dia
tidak lagi bebas untuk muncul di dunia manusia' sampuk bonda Ameena sambil
menunduk. Wajahnya nampak sayu.
'Maafkan kami' Aliz
berkata sambil menunjukkan wajahnya. Harapannya untuk berjumpa Abdul Aali sudah
tiada.
'Abdul Aali menjaga
keluarga Aliz bukan baru tetapi sudah lama, agaknya kerana itulah jiwanya sudah sebati dengan masyarakat manusia
sehinggakan dia terjebak untuk jatuh cinta' ujar ayahda Ameena.
Ameena masih
memegang tangannya seolah memujuk, juga sebagai tanda memberi semangat dan
sokongan darinya. Kelihatannya Ameena sangat baik. Secangkir cawan dihulurkan
kepada Aliz oleh gadis yang mebyambutnya di pintu gerbang.
'Air madu...
minumlah' bisik Ameena namun tidak di endahkan oleh Aliz. Tangisannya sudah
berhenti malah tiada juga sendu sedan.
'Minumlah' bisik
Ameena lagi. Kali ini Aliz minum.
'In sha Allah, ianya
boleh menyembuhkan sementara sakit dalam perut Aliz' ujar ibu Ameena. Kata-kata
ibu Aliz membuatkan Aliz terpinga-pinga kehairanan. Bagaima mereka mengetahuinya.
'Kami sentiasa
memantau Aliz walau Aali sudah jauh' balas bonda Ameena.
'Boleh saya berjumpa
Abdul Aali?' Tanpa malu Aliz bertanya.
Diam. Tiada jawapan
dari kedua orang tua Ameena.
Mereka saling
berpandangan.
Ameena semakin erat
menggenggam jemari Aliz sambil memandang ke arah orang tuanya seperti meraih
simpati mereka. Bonda Ameena menunduk merenung lantai seolah-olah membiarkan
jawapan dari suaminya. Dia juga seperti Ameena yang tertakluk kepada budi
bicara suaminya.
Perlahan ayahda
Ameena mengangkat muka memandang Aliz, melepas keluhan perlahan.
'Inshallah... kami
tidak berjanji untuk menunaikan.. sekiranya Allah izinkan ia akan berlaku'
tersusun kata-kata ayahda Ameena.
'Aliz balik dulu..
nanti kita jemput lagi' sambung ayahda Ameena.
Aliz hanya diam.
Kecewa.
'Aliz.. kami
menjemput Aliz kerana ingin mengubati Aliz.
Kami sayang Aliz...' sambung ibunda Aliz membuatkan hati Aliz kembali berbunga. Harapannya kembali cerah.
Kami sayang Aliz...' sambung ibunda Aliz membuatkan hati Aliz kembali berbunga. Harapannya kembali cerah.
'Aliz dan keluarga sudah menjadi sebahagian dari kami' ujar ibu Ameena.
Dia mula berkira
sendiri. . Adakah Allah memberi sakit ini untuk dia dapat kembali berjumpa
Abdul Aali.
Aliz tersenyum,
lantas meluru memeluk bonda Ameena.
'Terima kasih' balas
Aliz. Sebak-sebaknya menjadi-jadi, rindunya pada Abdul Aali seolah terungkai walau tidak sepenuhnya.
Sebaik
meleraikan pelukan Aliz, bonda Ameena mengeluarkan sesuatu dari bingkisan yang
sememangnya di bawa dari awal.
Sehelai selendang
sutera bewarna perang keemasa dipakaikan di kepala Aliz.
'Pakailah.. islam
mewajibkan perempuan menutup aurat' nasihat bonda Aliz. Lantas di pegang dan dikucupnya
pipi Aliz.
Aliz membalas dan kembali memeluk bonda Ameena manakala ayahda dan Ameena hanya memerhati perlakuan
mereka.
'Mari..' ajak Ameena.
Aliz menurut selepas melepaskan rangkulan pelukan bonda Ameena.
Selepas bonda dan ayahda Ameena mengucapkan selamat jalan
mereka berpisah di pintu gerbang istana...
SEMBILAN
Keadaan sekeliling
amat berbeza. Ini bukan rumahnya, seingatnya dia dirumah ketika penyakitnya
menyerang ketika di hantar Aled. Dia memerhati sekeliling, lengannya dicucuk
jarum dan disambung ke wayar jernih menemui tiub berisi air yang tergantung di
sisi katil. Aliz tahu dia berada di hospital.
Kepalanya berasa
berdenyut-denyut membuatkan dia tidak bingkas bangun sebaliknya terus
bermalasan dia atas katil. Loceng kecemasan berada di sebelahnya namun tidak
diendahkan.
Aliz masih mahu berada
dikatil tanpa mengejutkan sesiapa. Di bawah meja bahagian tetamu menunggu
kelihatan sebuah beg yang di kenalinya. Beg kerja Aled... Aliz tersenyum
sendirian. Jelas yang Aled masih belum pulang ke rumah.
Di atas meja
terletak tudung sutera, tiba-tiba dia teringatkan Ameena. Pantas dia memerhati
sekeliling mencari kalau-kalau Ameena dia situ. Hampa... Aliz melepaskan
keluhannya.. Dia cuba mengingatkan kembali pertemuannya dengan keluarga Abdul
Aali... tiba-tiba langsir terkuak perlahan di tiup bayu. Pantas Aliz
memandang.. tidak semena-mena airmatanya tumpah.
Aali... Liz rindu
bisiknya perlahan. Dia melelapkan mata. Aliz terasa ada tangan yang menyapu
airmatanya, cepat-cepat dia membuka mata. Aled sudah disampingnya. Tersenyum... Aliz membalas senyuman Aled.
'Liz... how are u?'
Tegur Aled. 'As you see...' balas Aliz.
Harapannya adalah
Abdul Aali yang menyapu airmatanya.
'Is it really hurt?' Soal Aled dalam nada risau.. tambahan pula dia melihat Aliz menangis. Pastinya Aliz sedang menanggung sakit yang sangat. Setahunya Aliz seorang yang kuat dan tabah.
Aled juga menekan loceng memanggil jururawat untuk memeriksa Aliz kerana dia baru tersedar.
'I'm fine.... is Kartiyen here?!' Balas Aliz. Dia pasti itu adalah hospital tempat Dr. Kartikayen bertugas kerana dia kenal benar dengan setup hospitalnya.
'Is it really hurt?' Soal Aled dalam nada risau.. tambahan pula dia melihat Aliz menangis. Pastinya Aliz sedang menanggung sakit yang sangat. Setahunya Aliz seorang yang kuat dan tabah.
Aled juga menekan loceng memanggil jururawat untuk memeriksa Aliz kerana dia baru tersedar.
'I'm fine.... is Kartiyen here?!' Balas Aliz. Dia pasti itu adalah hospital tempat Dr. Kartikayen bertugas kerana dia kenal benar dengan setup hospitalnya.
'Yes.. he was here
but already gone to hid clinic. He said you will be going to be okay.
No worries, you just too stress with the work' panjang lebar Aled menerangkan.
Dari gaya penerangan
Aled, jelas Kartikayen masih tidak membuka rahsianya. Aliz lega...
'Why are you crying
Liz' Aled menambah..
'Er.. er.. I don't know' balas Aliz gagap.
'Liz, why dont you take a long leave, have a good rest. Don't go to work...' cadang Aled. Aliz hanya mendengar cadangan Aled tanpa sebarang riaksi.
'Or at least going
home.. your hometown maybe' Aled masih dengan cadangannya. Aliz cuma mampu
tersenyum.
'When can I go home
?' Aliz bertanya...
'At least few more days you will be here. Today is a second day.. you was fainted yesterday.. remember?!' Terang Aled.
Tiba-tiba pintu
ditolak.. kelihatan Hadi tiba bersama sebakul buah-buahan dihiasi beberapa
kuntuman mawar. Mukanya berubah apabila melihat Aled berada di sisi Aled.
Aliz memandang jam dinding digital berhadapan dengan katilnya. 12.46tengahri.
Manakala Aled segera bangun mendapatkan Hadi dan berjabat salam.
'Well.. you already
here' tegur Hadi seolah ada sesuatu yang tidak kena. Aled memandang Aliz sambil
mengangkat bahu. Aliz tersenyum membalas.
'Yeah looks like I
was the one who reached here first' Aled cuba berseloroh. Mereka sama-sama
ketawa.
Aled meminta diri keluar apabila telefon bimbitnya berbunyi. Manakala Hadi merapati katil Aliz sambil meletakkan bakul buah-buahan di meja disisi katil.
Aled meminta diri keluar apabila telefon bimbitnya berbunyi. Manakala Hadi merapati katil Aliz sambil meletakkan bakul buah-buahan di meja disisi katil.
'Hope you're okay
now' Hadi memulakan bicara.
'Yeah.. I feel much
better' balas Aliz lemah.
'I hope you're not
taking long to be here. I pray for your fast discovery and back to work' balas
Hadi yang kata-katanya amat berbeza dengan Aled yang lebih menitik beratkan
kesihatannya.
'By the way, there
will be another round of trip to offshore next week. If you're ok you can join
us.. Otherwise we have to get someone else temporarily' Hadi masih dengan topik
kerja membuat Aliz tersenyum sinis.
Aled masuk terus
duduk di kerusi pelawat bersebelahan katil. Hadi dari tadi hanya berdiri di
sisi di hujung katil.
Seorang jururawat
masuk sambil menolak troli peralatan dan meminta kebenaran untuk mengambil
tekanan darah Aliz dan membuat pemeriksaan terhadap Aliz.
Aled mengangguk dan membiarkan jururawat tersebut melakukan kerjanya. Manakala Hadi berundur menjauh.
Apabila jururawat itu selesai memerimsa Aliz dia mencoret sesuatu di atas kertas yg dilampirkan di bingkai file yang tergantung dihujung katil Aliz.
Aled masih di tempat
duduknya memerhati. 5 minit kemudian jururawat itu selesai dan keluar. Tanpa di
minta Aled menuangkan segelas air dari termos di meja sisi dan mengulurkan
segelas air suam kepada Aliz.
'Thanks' Aliz
menyambut sambil melemparkan senyuman. Hadi hanya memandang, cemburunya membuak
melihat kemesaraan Aled dan Aliz.
'Malam ada orang
jaga you ke Aliz ? If you need, I can be around' Hadi cuba memancing perhatian
Aliz.
'Oh thanks, it's so
nice of you. But, Aled will be here' balas Aliz sambil memandang Aled.
Pemuda itu tersenyum memandang.
'Oh ok... at least someone with you' balas Hadi perlahan.
Namun hatinya terasa kacewa dengan jawapan itu. Hatinya menggerutu sakit.
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...