'Assalamualaikum... '
senyap..
Aled memerhati sekeliling rumah. Kereta dan motosikal ada. Pintu rumah separuh rapat, tingkap juga terbuka menandakan tuan rumah ada di rumah.
'Assalamualaikum' ulangnya. Dia sudah berada di depan pintu sambil tangannya menguakkan daun pintu yang separa terbuka. Lehernya panjang mengintai.
'waaaikumusalam' suara seorang lelaki menjawab. Jelas itu suara ayah Aliz.
'pakcik' tegur Aled sebaik nampak wajah orang tua itu.
'ahhh kau. Masuklah. Sorang jo ko? Balas ayah Aliz sambil matanya meliar mencari kelibat orang lain. Aled pasti Ayah Aliz mencari anaknya.
'saya seorang je pakcik. Aliz terbang ke offshore semalam' terang Aled. Sengaja dia menunggu peluang melawat orang tua Aliz ketika ketiadaan Aliz demi merialisasikan misinya.
'oh yollah, duduk lah. Makcik kau ko bolakang nun. Ntah apo di buek eh' terang ayah Aliz dalam pekat bahasa negeri sembilan.
'japlah yo, pakcik kobolakang jap panggey'an makcik kau buek air'
'eh takpe pakcik, biar saya ke belakang cari makcik. Saya pun dah lama tak ke sana'
Balas Aled.
'kolam ikan, masih banyak ke ikannnya ?' Aled berbahasa basi dengan ayah Aliz.
'hah kalau macam tu, marilah, pakcik pun nak ko tobek ni hah. Somak nijam, pakcik sibuk na, kobun, masjid, kenduri. Tu yollah rutin nijam, cuti sekolah ramai orang kawin' terang ayah Aliz.
Selaku imam dia juga sebagai tok kadi menikahkan pasangan bernikah dan tugasnya menjadi semakin sibuk terutamanya musim sekolah.
Ayah Aliz bangun bergerak ke dapur selepas menutup pintu ruang depan.
'pakcik ikut dapo hah sonang nak capai PPE' sambung ayah Aliz sambil tergelak kecil bila menyebut PPE.
Aled turut tergelak. PPE adalah pakai keselamatan dan wajib di pakai di offshore. Memandang Aliz dan Aled kedua-duanya terlibat dalam industri petroleum ayah Aliz sengaja memancing gelak si Aled.
'PPE... hahahaha. Yellah yellah' balas Aled sambil tergelak.
'ekau kang pakai boot gotah. Kok maun lah... sobab eh belakang nun somak. Yollah kok ado ular ko hapo kan.. acik kono la jago anak urang'.
Aled mengangguk nganguk, dia mengekori ayah Aliz dari belakang, mereka sama-sama ke dapur.
Di tepi pintu dapur tergantung, beberapa jenis parang, jaket dan topi kebun. Manakala di bawah tersusun 3 pasang boot getah.
Ayah Aliz mengambil topi dikenakan di kepalanya, manakala sesisip parang di sisipkan di pinggangnya. Sepasang boot getah di suakan kepada Aled dan seterusnya dia mengambil sepasang untuk diri sendiri.
'PPE...' katanya tersenyum ketika menyuakan boot kepada Aled.
'hahahaaa.. ' Aled hanya mampu ketawa sambil mengambil boot getah dan disarungnya. Agak longgar namun tidak menyusahkan dia untuk berjalan.
Mereke berdua keluar, ayah Aliz menutup pintu dapur.
Mereka berjalan beriringan ke kolam ikan yang terletak tidak jauh dari rumah. Apabila menghampiri pundung tempat rehat di tepi kolam kelihatan ibu Aliz dan maklang Aliz sedang rancak berbual sambil mengasingkan-asingkan cilipadi yang baru di petik mereka.
'hemmmm' Ayah Aliz sengaja batuk kecil.
'eh Bang Ngah.. ' maklang Noran tersedar.
'makcik' tegur Aled.
'eh kau.. tibo-tibo yo' sampuk ibu Aliz, lehernya panjang mengintai keliling. Aled sudah boleh agak yang dia mencari anaknya.
Ayah Aliz sudah menjauh ke hujung kolam. Di cantasnya daun-daun pokok ubi yang subur merendang di tepi pagar sempadan tanahnya dan jiran sebelah kepunyaan ibu Kudik.
Daun-daun itu kemudiannya dikumpulkan dan di campak ke dalam kolam di dalam apungan bekas yg disediakan untuk makanan ikan-ikannya. Selain makanan berupa dedak, ayah Aliz juga memberi ikan-ikannya makan tumbuhan-tumbuhan.
Aled melabuhkan duduknya atas pangkin di tepi pundung. Mak Lang Noran sudah bangun bersiap untuk pulang, selepas mengemaskan saki baki tangkai cili dikumpulkan kemudian di buang di tempat membakar daun-daun kering.
'Led, Mak Lang balik dulu lah. Kok sonang datang la rumah. Rambutan banyak tu, kok rajin ambik semuo eh bawak balik kolumpo, kek senia buek busuk yo takdo yang makan' Mak Lang berbasa basi sebelum pulang.
'Inshallah Mak Lang kalau sempat' Aled mengangguk -angguk sambil tersenyum. Perhatiannya mengiringi langkah Mak Lang yang semakin menjauh.
Sepoi angin sesekali meniup menghayun daun buluh di tebing sungai. Batang-batang buluh meliuk-liuk di sapa bayu perlahan.
Aled bangun memerhati sekeliling, dia bergerak ke perdu buluh. Pokok -pokok buluh subur merimbun namun terhad hanya dikawasan tanah Aliz. Pokok-pokok buluh itu tidak membiak selepas pagar yang memisahkan tanah kepunyaan keluarga Aliz dan tanah sebelah.
Aled turun ke sungai dihujung perdu buluh selepas melipat kedua kaki seluarnya hingga ke betisnya walaupun dia sedang memakai kasut getah.
Ayah dan ibu Aliz tidak menghalang malah mereka sibuk dengan kerja-kerja mereka.
Setelah puas Aled memerhati sekeliling tempat itu dia bergerak menuju ke tempat bapa Aliz yang sedang membersihkan kolam.
Bersih.
Nyaman.
Aled menghirup udara bersih segar tanpa pencemaran itu. Sengaja disedutnya udara kampung itu lama-lama sebelum dihembuskannya semula.
'nak camping di sini pun boleh' ayah Aliz berkata tiba-tiba. Mungkin setelah dilihatnya Aled beriya menjelajah sekeliling tempat itu seperti berminat.
'eh takdelah pakcik' balas Aled tersipu.
'subur pokok buluh tu pakcik, banyak rebung' Aled memula bicara.
'iyo, banyak robung eh. Tu yang makcik kau gomar ngambik eh. Banyak bona kadang kami jua kek kodai kek Pokan nun' balas Ayah Aliz.
'tapi buluh-buluh tu subur sebelah tanah pakcik aje yer' Aled meluahkan apa yang difikirannya.
Kenyataan Aled tidak di balas oleh orang tua itu.
'Pakcik.. ' panggil Aled.
Ayah Aliz mendongak memandang Aled. Lain benar bunyi panggilan Aled kali ini.
Dan ketika itu bayu lembut menyapa mereka berdua. Dahan-dahan lembut pohonan ceri yang merimbum meneduhi mereka berdua meliuk-liuk.
Kedua-dua mereka terdiam, seolah menghayati alunan lembut bayu yang meniup mengeringkan keringat mereka.
'Pakcik, dulu.. 6 tahun lalu, masa Aliz hilang, di mana dia dijumpai ?' Aled berterus terang. Tidak sabar dia ingin merungkai rahsia gadis itu.
'apa sebenarnya yang terjadi' soal Aled lagi.
Ayah Aliz yang tadi sangat santai kini mukanya berkerut. Dia tidak terus menjawab namun menghabiskan kerjanya.
Senyap...
Bayu juga tiada...
Tiba-tiba kicauan burung dan bunyi kera di sebalik semak sebelah pohonan buluh memecah suasana...
Aled dan ayah Aled sama-sama mendongok ke atas... mencari punca bunyi-bunyian itu.
Dahan-dan pohon ciku bergegaran, kelihatan bebebeapa ekor tupai berlarian tanpa haluan seperti dikejutkan sesuatu.
Ibu Aliz bangun dari duduknya, berjaga-jaga. Kuatir sekiranya ada ular yang menghampiri kawasan mereka.
Ayah Aliz bersiap siaga, dia yang tadinya di tepi kolam kini telah beralih tempat di tengah antara kolam dan pundung. Diam membantu tapi matanya liar memerhati sekeliling.
Senyap.
Aled sudah membatukan dirinya setelah melihatkan ayah Aliz berkeluan begitu. Nalurinya mengatakan dia perlu berdiam juga.
Masih senyap...
Tiada lagi bunyi kicauan burung dan kera.
Kelihatan mulut ayah Aliz terkumat-kamit membaca sesuatu.
Setelah pasti tiada apa-apa yang membahayakan ayah Aliz memberi isyarat menyuruh ibu Aliz pulang. Ibu Aliz yang sememangnya sudah selesai dengan kerja-kerja membersihkan cili dari tangkainya bergerak pulang tanpa sebarang bantahan.
Ayah Aliz kembali ke tempat Aled berdiri selepas mengambil cangkul yang tersedia tergantung di dinding pundung.
'tak ada apalah' ujar Ayah Aliz terhadap kejadian sebentar tadi. Dia kemudiannya ke perdu pokok ubi kayu dan terus mencangkul.
Aled menghembus nafas lega. Dia hanya memerhati ayah Aliz yang sedang menggali ubi kayu itu. Namun sesekali matanya liar memandang sekeliling.
Tempias tanah yang di korek ayah Aliz mengenai baju Aled. Namun pemuda itu tetap tidak berganjak.
'dulu Aliz pernah nampak ular di tepi pundung tu tapi pakcik tak pernah nampak' termengah-mengah ayah Aliz bercerita. Kali ini Aled sudah membantu dengan cuba menarik ubi yang sudah kelihatan.
Keringat mereka berdua sudah membasahi pakaian mereka.
'ular.. ular apa pakcik ?' Tanya Aled
'kata Aliz ular tedung selar. Tapi ntahlah pakcik tak pernah nampak. Tapi ni dah lama, masa Aliz sekolah lagi' balas ayah Aliz.
Beberapa ekor cacing mengeliat apabila tempatnya di cerobohi dan terdedah kepada suhu luar.
Beberapa tongkol ubi yang kelihatan dicantas oleh ayah Aliz menggunakan parang yang tersisip di pinggangnya. Dengan kedua belah tangan ayah Aliz mengorek-ngorek tanah yang menutupi ubi yang hampir kelihatan. Dia cuma memilih ubi yang muda dan ranum untuk di bawa pulang manakala yang tua dicincang-cincangnya kemudian dibubuh diatas daun keladi.
Aled hanya memerhati.
'ni untuk ayam' tanpa di tanya ayah Aliz menerangkan.
'banyak kegunaan pokok ubi ni' ujar Ayah Aliz lagi...
Aled juga sedia maklum tentang itu. Dia hanya tersenyum. Dia juga sukakan pucuk ubi dimasak lemak atau hanya di rebus kosong sebagai ulam.
Aled membantu memetik beberapa tangkai daun keladi untuk dijadikan alas ubi-ubi tua yang telah di cincang. Manakala ubi yang muda dan ranum ayah Aliz menyiatkan kulit dan kemudian dibilas kitorannya di sungai berhampiran. Aled menyerahkan daun-daun keladi kepada ayah Aled sebagai alas ubi-ubi itu.
Walau agak kekok Aled berusaha membantu. Dia sama-sama turun ke sungai membasuh ubi yang siap disiat kulit. Anak-anak selang berenang menjauh apabila mereka didalam air. Siput-siput kecil berwarna hitam merayap melekat di batu-batu berlumut seberang sungai.
'dulu di sungai ni banyak siput, ikan dan udang-udang kecil. Tapi sojak ado kobon kelapo sawit kek darek nun... hilang semuo eh' terang ayah Aliz sambil tangannya ligat menyusun ubi ke atas daun keladi.
'oh ye ka' itu saja yang mampu di balas Aled. Sesekali dia memandang perdu buluh di seberang sungai, perasaannya seperti ada yang sedang memerhati.
Setelah siap membasuh ubi mereka berdua bergerak pulang. Ayah Aliz menyuruh Aled membawa ubi-ubi muda yang telah dibasuh, manakala dia membawa ubi untuk makanan ayam, dia mendahului mereka, Aled hanya mengekori dari belakang.
Ayah Aled melencong ke kanan bahagian tepi rumahnya terus ke reban ayam sambil mengisyaratkan Aled untuk pulang dahulu.
Aled ke dapur, membuka boot dan terus ke sinki meletakkan ubi. Seteko air teh beserta dua biji cawan tersusun dia di dalam dulang kecil di atas meja dapur. Jelas sebalik tudung saji yang jarang Aled dapat melihat sepiring keledek rebus masih berasap. Sesikat pisang emas, terletak didalam piring bersebelahan.
'ah kau... dah balik' tegur ibu Aliz yang tiba- tiba keluar dari pintu tengah rumah membuatkan Aled terkejut.
Aled hanya tersenyum dan membasuh tangannya di pili.
Ibu Aliz menuang air teh ke cawan dan mempelawa Aled minum. Ayah Aliz sudah tiba setelah selesai dengan kerja-kerjanya.
'apo nak di buek ubi tu' soal Ibu Aliz pada suaminya.
'suko hati awak lah, kok robuih buleh yo' balas ayah Aliz bernada lembut. Dia juga ke sinki membasun tanganya di pili di situ.
'dah ado keledek robuih hah, besok yollah kito goreng. Dah dibasuh eh pulak, mano nak tahan ubi eh' balas ibu Aliz.
'pandai dek ekau lah. Di sagat buek bengkang kan buleh' ayah Aliz membalas.
'yollah yollah' ibu Aliz mengalah.
Aled hanya mendengar sambil tersenyum perbualan ibu bapa Aliz. Dia sudah siap duduk menunggu Ayah Aliz menyertainya minum.
Keledek rebus yang berasap itu amat mengiurkan namun kerana ianya masih panas dia hanya mencapai sebiji pisang dan dikupas, dengan tertib dia menyuakan ke mulutnya.
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...