Aali,
Kuhadirkan diri ini ke pondok itu lagi..
Jika dulu kau sentiasa ada
Kini ia sepi
Kuhadirkan diri ini ke pondok itu lagi..
Jika dulu kau sentiasa ada
Kini ia sepi
Aku tunggu
Seperti semalam dan hari-hari sebelumnya
Kau tiada
Seperti semalam dan hari-hari sebelumnya
Kau tiada
Untuk selamanya
Seolah sepi ini akan panjang
Seolah sepi ini akan panjang
Angin-angin itu kerap mendatang
Namun kosong tanpa kau Aali
Namun kosong tanpa kau Aali
Lentuk liuk pohonan buluh
Seakan bercerita tentang kau setiap kali aku menyapa tempat kita..
Seakan bercerita tentang kau setiap kali aku menyapa tempat kita..
Aku andaikan kau yang menyampaikan pesanan
Dan aku mengandaikan kau akan terus berpergian
Dan aku mengandaikan kau akan terus berpergian
Untuk itu Aali
Untuk esok aku tidak akan lagi ke sini
Bukan aku hilang sabar untuk menunggu..
Percayalah hati ini tetap menanti..
Aku yakin di manapun aku berada kau tetap bersama seperti dulu...
Untuk esok aku tidak akan lagi ke sini
Bukan aku hilang sabar untuk menunggu..
Percayalah hati ini tetap menanti..
Aku yakin di manapun aku berada kau tetap bersama seperti dulu...
Biarlah.. ku rawat hati ini dengan cara aku
Kau akan ada aku tahu.. kau tidak akan jauh...
Kau akan ada aku tahu.. kau tidak akan jauh...
Aliz menutup buku catatannya. Nukilan yang ditulisnya 6 tahun yang lalu, 2 minggu selepas Aali meninggalkannya.
Keruannya menyakitkan jiwa, Aliz berjuang dalam payah untuk merelakan kehilangan Aali.
Tiada siapa-siapa untuk dia bercerita dan meluahkan perasaan, segala terpendam di lubuk hatinya yang paling dalam. Dia mengharung setiap detik yang dirasakan perit. Setiap langkah dan waktu menyiat rasa di dada. Cinta yang terpaksa dilepaskan..
Aliz mengurut gelang di tangan kirinya. Itulah sahaja kenangannya bersama Abdul Aali. Gelang yang hanya dia dapat melihat, gelang yang membuktikan dia pernah ada sesuatu dengan dunia yang tidak nyata dipandangan manusia.
Keluhan lemah terlepas setiap kali dia teringat. Rindu yang sangat membebankan. Igauan dalam tidurnya yang menghambat resah di dada.
Dalam mimpinya juga pemuda itu tidak pernah lagi muncul. Jiwanya meracau menyimpan kasih dan rindu terhadap pemuda itu. Dia yakin Abdul Aalinya akan kembali, cuma dia tidak dapat pastikan bila.
Peristiwa 3 bulan lalu menemui Ameena adik Aali dan peristiwa ketika dia koma akibat kemalangan dulu, menggamit kembali harapannya untuk menemui Aali.
Biarlah di dunia nyata dia sepi asalkan di jiwanya ada bahagia.
Aliz menutup lembaran itu. Dia mencapai kanvas putih kosong dan memasangnya ke bingkai lukisan yang tersedia di sudut bilik.
Dia kemudiannya mencapai piring warna dan mencalit beberapa jenis warna asas. Seterusnya tangannya lincah menari bermain warna.... langit biru dan awan putih dihiasi burung-burung manusia yang bebas beterbangan.
Tiada lagi pohonan hijau dan hutan sebaliknya terganti dengan padang yang luas sejauh mata memandang, gunung ganang yang dilihat dikejauhan pandangan dari angkasa. Bumbung wakaf bewarna hijau diselaputi lumut velvet.
Aliz menyanyi kecil, rindunya sedikit terubat dengan kenangan beberapa saat bersama Aali dia wakaf itu.
Biarlah, biarlah...
Ketika dia leka bermain warna, pintu biliknya di ketuk. Dia tidak bergegas untuk membuka sebaliknya membiarkan pintunya di ketuk bertalu-bertalu. Dia tahu kakaknya yang memanggil.
'Aliz... !' Setelah puas mengetuk akhirnya Anis memanggil namanya.
Dalam kemalasan dia bergerak membuka pintu.
'Tidur ke...' soal Anis sebaik pintu di buka mempamirkan wajah suram Aliz. Anis sudah maklum benar sikap adiknya kebelakangan ini, sering berkurung. Kadangkala matanya bengkak seolah baru menangis.
'tak' jawab Aliz sepatah.
'turunlah, Aled datang tu. Dia ajak minum, dia bawakan kueh cakoi favourite kau' balas Anis sambil berlalu.
Aliz mengeluh perlahan, bukan dia tidak suka tetapi dia mahu menyendiri. Namun dia terus melangkah turun tanpa mempersiapkan diri selayaknya untuk menemui tetamu. Baginya Aled sudah menjadi sebahagian dari keluarga mereka. Ahli keluarganya juga menerima.Aled sebaiknya cuma dia yang tidak pernah memberi kata putus.
Di halaman rumah, Aled sedang duduk di meja batu sambil menyusun buah catur bersama Hanif, anak sulung kakaknya Anis. Sementara Dina, anak kedua Aniz leka bermain buih sabun yang ditiup menggunakan alat acuannya. Kadangkalanya dia berlari dan melompat mencapai belon-belon yang diterbangkan bayu. Mungkin permainan baru yang dibawakan Aled.
Aliz terus duduk sebelah Hanif tanpa sebarang kata-kata. Aled melepaskan senyuman sebaik memandang Aliz. Dia kemudian mengeleng kepala dan ketawa melihat Aliz, membuatkan Hanif juga menoleh ke arahnya. Seketika itu Hanif juga ketawa.
'what ?!' Aliz sudah tidak sabar ingin tahun apakah yang lucu benar dengannya. Soalnya agak kuat menyebabkan Dina berheniti bermain dan menoleh.
'hahahaa... maksu....' sambung Dina pula.
'what.. what?' Soal nya bertalu-talu sambil berlari ke dinding laman yang terdapat cermin untuk melihat dirinya.
'hahahahahaaa' dia juga ketawa. Pantulan dia di cermin, jelas hidungnya bewarna biru manakala kening dan dahinya terdapat warna kuning yang bertompok-tompok.
Baru dia teringat, ada tiub warna yang ditekan tadi sudah hampir habis dan apabila ditekan, tiub yang hampir habis warnanya melepaskan angin, mungkin terpercik ke mukanya bersama baki warna yang tinggal.
'ngeeee' Aliz tersenyeh memandang mereka dan kembali duduk bersama mereka.
'am i look pretty?' Soal Aliz.
'still' balas Aled dan bangun masuk ke dalam rumah mencapai beberapa helaian tisu dari kotaknya.
Sedangkan Aliz kembali duduk bersebelahan Hanif tanpa mahu membersihkan wajahnya.
'pandai ke main?' Tanya Aliz.
'baru nak belajar ni' jawab Hanif jujur. Dia sudah berhenti menyusun buah catur dan menunggu Aled untuk memulakannya.
Aled tiba bersama beberapa helaian tisu dan tanpa disuruh dia mengelap warna yang melekat di wajah Aliz. Aliz membiarkan sambil tersenyum, Hanif juga tersenyum memerhati.
'we have to take care of our woman' bisik Aled kepada Hanif. Budak lelaki itu hanya diam memerhati dan mengangguk-nganguk mengiyakan kata-kata Aled.
'untung laaaa' Aniz muncul tiba-tiba bersama sedulang air dan sepinggan kuah cakoi.
Serta merta wajah Aliz kemerahan kerana malu disapa Aniz. Aliz bangun setelah Aled selesai membersihkan wajahnya.
'Nip, what Aled is doing is very good. That's how you take care of your woman' Aniz berkata setelah meletakkan dulangnya bersebelahan set catur Hanif dan Aled dia atas meja batu itu. Aliz hanya tersengeh dan menuang air ke dalam cawan.
Dina berlari menghampiri Aliz dan menyuakan set buih sabunnya untuk Aliz cuba.
'they both are your women' Aled maksudkan Dina dan Aniz.
'take a good care of them' sambung Aled lagi. Hanif hanya menggangguk kepala manakala Aniz tersenyum sambil mengusap kepala Hanif.
'but this is mine' Aled menunjukkan Aliz secara langsung mereka bertiga ketawa.
'but I need you to take care or her for me while I'm away' sambung Aled tanpa ada rasa segan terhadap Aniz kakak Aliz.
Anis memandang Aliz tetapi gadis itu pura-pura berbual dengan Dina dan sesekali mencuba meniup buih sabun milik Dina.
Aliz dengar dan peka cuma dia pura-pura sibuk.
'Inshallah Led, kalau awak ikhlas suatu hari nanti Aliz akan terbuka hatinya' bisik Aniz kepada Aled. Aled hanya mengangguk dan memandang set catur itu.
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...