Aku ada lagi kisah-kisah yang akan aku kisahkan...
Tentang cinta terindah yang lara
Tentang cinta yang dijampi
Tentang metera cinta yang keramat
Tentang merpati sejoli selayaknya
Juga tentang kasih yang bakalnya tiada penghujung.
Segalanya bermula dengan tiba-tiba dan pantas. Pesona itu datang mengisi sepi dan meracun dendam yang kian merebak di hati.
Untuk jampikah yang harus dipersalahkan, namun jika jampi siapakah yang menjampi ? Kerana merpati sejoli itu sama-sama berkasih sayang, sama-sama menyemai cinta.
Seharusnya merpati ini kekalkah bersama kerana mereka saling memerlukan...
Benarlah kata-kata mereka yang tua..
Cinta itu buta
Cinta perlukan pengorbanan
Cinta tak semestinya bersatu...
Cinta yang dikisahkan tiada perdulikan segalanya
Cinta yang harus dikorbankan
Cinta antara dua darjat
Mana mau nya menidakkan ketiga-tiga hukum cinta ini...
Merpati sejoli itulah korban cinta itu
atau mereka yang membiarkan diri untuk terkorban.. di saat mereka tahu akan kebarangkalian untuk bersatu itu tiada.
Benar lagi kata mereka yang kaum Hawa berakal pendek dan lemah. Cepat mengalah tanpa mahu mencuba..
Mungkin itu Hawa yang lain, namun Hawa ini mengelak kompilasi mengelak dosa, mengelak kerumitan, mengelak untuk rasa kecewa.
Apakah jaminan untuk dia untuk kekal bersama si Adam. Kerumitan yang sangat jelas, lalu apakah untuk dia terus rela menjadi korban ?
Wahai Adam, lepaskan si Hawa. Lepaskanlah... nyanyiannya kini bukan lagi lagu-lagu rindu dan cinta sebaliknya dendangan lagu-lagu sepi tanpa bahagia.
Memanglah cintanya kuat, janganlah kerana itu untuk dia terus diikat tanpa jaminan.
Lepaskanlah.. kerana dia sepatutnya bebas memilih dan dia sepatutnya mendapat Adam yang selayaknya...
Hawa kini menjadi Hawa yang lain, Hawa yang kurang berbicara, Hawa yang diam, Hawa yang sepi...
Tangisannya lama sudah reda...
Dia mencuba untuk pasrah dan melepaskan namun Adam masih mendatanginya. Hawa tidak mencari namun hanya menyerah... taqdirlah penentu...
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...