Kringgg…. loceng tamat waktu
persekolah berbunyi. Aliz lambat-lambat mengemas buku-buku dan alat tulis yang
bersepah di mejanya, kebanyakan rakan-rakan sekelasnya meluru keluar. Cuma dia
dan beberapa orang rakannya yang lain masih berada di dalam kelas.
Di luar kelas, berpusu – pusu pula
pelajar-pelajar menuju ke bas sekolah yang sedia menanti dan ada juga yang
berjalan menuju ke kereta ibu bapa mereka yang sedang menunggu.
Tidak kurang juga yang berkumpul di tepi pagar sekolah menanti di jemput.
Tidak kurang juga yang berkumpul di tepi pagar sekolah menanti di jemput.
Beberapa kelas tingkatan enam atas masih belum kosong sepenuhnya, kebanyakan mereka masih berada di kelas membuat
rujukan belajar bersama teman-teman. Cuma kelas-kelas tingkatan rendah yang
kebanyakkannya sudah kosong.
Ketika Aliz melalui kawasan
kantin untuk keluar ke pintu gerbang sekolah, Syarmila menggamit mengajaknya
singgah. Aliz menggelengkan kepala sambil berlalu ke pintu gerbang sekolah.
Ketika berjalan ke pintu pagar, dari jauh kelihatan kereta merah yang selalu menganggu dan
merimaskannya, lantas Aliz berpatah balik ke arah kantin mencari Syarmila.
Syarmila tersengeh melihatkan Aliz yang berpatah balik mendapatkannya. Aliz langsung melabuhkan punggungnya berdekatan Syarmila. Lehernya panjang melihat sekeliling seolah mencari seseorang.
Syarmila tersengeh melihatkan Aliz yang berpatah balik mendapatkannya. Aliz langsung melabuhkan punggungnya berdekatan Syarmila. Lehernya panjang melihat sekeliling seolah mencari seseorang.
‘tak jadi balik ke ?’ perli
Syarmila.
‘nak stay dengan you all lah’
balas Aliz tanpa memberitahu sebabnya.
‘korang study subject apa hari
ni’ Aliz membalas menghalang sebarang soalan seterusnya berkaitan sebab dia
berpatah balik. Namun pandangan Syarmila tertumpu ke arah pintu gerbang sekolah
seolah mencari sebab Aliz berpatah balik.
‘ni leher macam Angsa cari siapa’
jerkah Syarmila tanpa menjawab soalan Aliz.
‘Erk….. hoii terperanjat aku lah’
balas Aliz sedikit melatah.
‘Aku cari footballer la’ sambung
Aliz.
‘statistik’ sambung Syarmila
tanpa perlu bertanya lanjut tentang footballernya. Dia amat maklum siapakah yang dimaksudkan Aliz.
‘Hai ! stay lagi ke hari ni’
tiba-tiba Aled muncul di depan mereka dengan sepinggan mee goreng.
‘footballer pun sampai’ ngomel
Syarmila memandang Aled. Aled mengenyitan mata kepada Syarmila membuatkan
senyuman gadis itu melebar. Meruntun jiwa gadisnya dengan ketampanan pemuda
berusia 17 tahun it.
‘emmphhh… satu pinggan je ke ni ?
Aliz punya mana ?’ tegur Aliz kepada Aled yang telah pun duduk di sebelah Aliz.
‘Ok, Aled pergi beli’ Aled
berkata seraya bangun ingin melangkah ke kaunter kantin.
‘tak payah – tak payah, duduklah
makan. Kalau Aliz nak, Aliz pergi beli sendiri’ Aliz menenangkan Aled.
‘betul ke ni ?? taknak makan free
?’ usik Aled.
‘Ala Led, orang tak lapar la’
balas Aliz sambil mencapai gelas sirap Syarmila dan menghirupnya. Syarmila pula
sedang menghabiskan mee gorengnya yang sudah tinggal separuh. Perbuatan Aliz
membuatkan Aled menolak segelas air oren miliknya ke arah Aliz.
‘Led, next time belanja aku. Si
Liz ni kaya, dia boleh beli sendiri’ Syarmila menyampuk. Aled tersengeh-sengeh.
Matanya tertumpu pada Aliz yang juga tersenyum dengan usikan Syarmila.
’Minum..’ ujar Aled mempelawa
Aliz minum air miliknya. Aliz cuma tersengeh memandang Aled tanpa malu terhadap
perbuatannya tadi. Aled juga tersengeh memandangnya.
‘Siapa lagi ni yang stay ni ?’ tanya Aliz pada Syarmila.
‘campur Nori dan Iloi, kita
berempatlah’ balas Syarmila.
‘Aku tak boleh lama tau, aku nak
balik naik bas pukul 3’ terang Aliz. Aled hanya mendengar perbualan mereka.
‘Liz, aku gerak ke kelas dulu…
kau jangan lambat’ Syarmila menyambung selepas menghabiskan sisa minumannya.
Sempat dia melemparkan senyuman kepada Aled namun pemuda itu tidak perasaan.
‘Liz, minggu ni Aled balik
Seremban, kita pegi tengok wayang nak ?’ ajak Aled.
‘Sorry la.. tak boleh’ lembut
suara Aliz menjawab.
‘Memanjang study je, boleh gila tau. Orang-orang gila kat Tanjung Rambutan tu
kalau nak tau Aliz semua pandai-pandai dan rajin study. Aliz nak jadi macam
diorang ke ?’ getus Aled yang tidak berpuas hati dengan jawapan Aliz. Aliz
hanya tersenyum memandang Aled yang sudah berubah wajah.
‘Come on.. Led, Aled tak payah study pun boleh score, Aliz ni tak’
Aliz cuba memujuk. Sebenarnya dia sengaja mencari alasan untuk menolak ajakan
Aled kerana dia tahu memang susah untuk dia keluar sekiranya hujung minggu.
‘Sebenarnya apa cita-cita Aliz ni
? study bagai nak rak ?’ Aled
bertanya.
‘Banyak !’ balas Aliz.
‘apa’ balas Aled tidak sabar.
‘Polis’ selamba Aliz membalas
sambil tersenyum. Kelihatan di hujung kantin Syarmila leka berbual dengan
rakan-rakan lain dalam perjalanannya ke kelas..
‘Polis tu… cita-cita dulu…’
sambung Aliz sambil tergelak kecil.
‘Sekarang nak jadi designer’
sambung Aliz masih dalam gelak.
‘apa kes nak jadi designer ambik
STP, mastering ekonomi, fizik and kimia lagi’ balas Aled sambil mengerut dahi.
Pelik pada fikiran pemuda itu.
‘ha tu la awak taktau… hehehe’
gelak Aliz lagi.
’to balance my both brains… hahahaha....’
serentak dengan itu Aled tergelak besar. Lucu baginya cita-cita Aliza.
‘tapi sebenarnya apa?’ Aled masih
menagih jawapan.
‘…. errrr or something to do with
petroleum kot. Errr apa-apa lah’ balas Aliz teragak-agak.
‘kita belajar jelah dulu… pikir
kemudian’ Aled kemudiannya menutup perbualan berkenaan cita-cita.
‘hahaaa… awak give-up’ Aliz pula
yang tergelak.
‘oklah Aliz gerak dulu, nanti
lambat’ Aliz bangun meninggalkan Aled. Namun Aled tidak sendiri apabila seorang
temannya kebetulan lalu dan singgah duduk bersama Aled.
Ketika dia berjalan ke kelas enam
rendah cemerlang, kereta merah masih di luar pagar sekolah, seimbas Aliz
menoleh ke arah pintu gerbang.
‘masih ada, macam mana aku nak balik ni ?’ bisik hati Aliz. Lantas dia menoleh ke arah Aled mengharap pemuda itu dapat menemannya apabila dia balik nanti. Aled masih memandangnya berlalu dan tersenyum sebaik melihat Aliz menoleh ke arahnya.

Nori dan Iloi sedang berbincang
ketika mereka sampai.
’tak jadi balik ?’ tegur Iloi apabila melihatkan Aliz kembali ke kelas. Aliz hanya mampu tersengeh namun tiada jawapan yang keluar.
Iloi pula tanpa menunggu jawapan dari Aliz meneruskan perbincangannya dengan Nori. Nori masih setia dan tekun melakar graf tanpa memperdulikan kedatangan Aliz. Syarmila hanya menjadi pendengar setia, sesekali mengangguk-angguk perlahan.

Perbincangan mengenai topik hari
itu berjalan lancar sehinggakan Aliz lupa tentang kereta merah yang berada
diluar pintu gerbang sekolah.
‘dah pukul 2.35petang ni, awak
cakap nak balik bas pukul 3 ?’ Syarmila mengingatkan Aliz yang masih membuat
huraian tentang statistic pendapatan perkapita penduduk Malaysia.
Subjek yang langsung tidak menarik minat Aliz, kawan-kawannyalah yang bertanggungjwab membuatkannya untuk terus tekun mentelaah subjek itu.
Aliz lebih berminat tentang subjek ekonomi tetapi sebaliknya untuk kawan-kawannya dan dialah pula perlu menarik perhatian kawan-kawannya. Dia sebagai perangsang kepada mereka untuk terus menumpukan pembelajaran terhadap subjek itu.

Mereka telah bersetuju dan
berjanji untuk sama-sama mentelaah pelajaran itu dan meransang minat
masing-masing. Rancangan mereka sememangnya berjaya apabila Aliz kini sudah
mulai berminat dan boleh mentelaah pelajaran yang dibenci pada mulanya itu.
Kawan-kawannya juga kini selesa dengan subjek ekonomi.
Iloi didepannya hanya selaku
pemberi arahan tentang persoalan yang sedang mereka huraikan.
‘aku habiskan ni sikit je lagi.
Iloi, kau balik dengan aku la’ balas Aliz memandang Iloi mengajaknya balik
bersama memandangkan haluan mereka menggunakan perkhidmatan bas yang sama.
‘pukul 3 awal sangat la. Aku nak
singgah library lepas ni’ Iloi
menjawab perlahan. Matanya tak lepas dari memerhari graf yang baru dilukis oleh
Nori. Iloi selaku ketua kumpulan mereka dan juga digelar ulat buku.
Jika tiada perbincangan kumpulan, tempat lepak kesukaannya adalah perpustakaan. Dia juga yang paling menyerlah di antara mereka. Apa sahaja soalan yang diajukan senang saja dijawab Iloi.
Jika tiada perbincangan kumpulan, tempat lepak kesukaannya adalah perpustakaan. Dia juga yang paling menyerlah di antara mereka. Apa sahaja soalan yang diajukan senang saja dijawab Iloi.
‘takpelah kalau taknak’ keluh
Aliz. Fikirannya beralih kepada Aled, harap-harap Aled masih ada di kantin dan
bolehlah dia menemaninya hingga ke stesen bas di luar sekolah.
Aliz mengemaskan buku dan
barang-barangnya dan melangkah keluar kelas. Syarmila, Nori dan
Iloi masih berbincang ketika dia meninggalkan mereka. Keadaan di kantin agak
tenang berbanding tengahari tadi.
Matanya liar mencari Aled. Namun kelibat budak 17 tahun itu langsung tidak kelihatan.
Matanya liar mencari Aled. Namun kelibat budak 17 tahun itu langsung tidak kelihatan.
Mahu tak mahu dia melangkah balik
sendirian. Dia melepaskan nafas lega apabila kereta merah tadi sudah tidak
kelihatan.
Di padang berhampiran, dua
kumpulan pelajar sedang bersedia untuk latihan ragbi dan bola sepak kelihatan.
Kelihatan Aled berada di antara mereka di dalam kumpulan bola sepak.
Aled tersenyum memandangnya sambil melambaikan tangan. Aliz membalas lambaian Aled dengan senyuman tawar kerana difikirannya masih cuak kalau-kalau kereta merah itu tiba-tiba muncul. Aled yang diharapkan untuk menemaninya sedang sibuk di padang.

Kawan-kawan Aled juga melambaikan
tangan, Cikgu Razali selaku pelatih mereka yang sedang berjalan menuju ke arah
mereka untuk sesi latihan petang menoleh memandang.
Aliz terkedu dan serentak melepaskan senyuman berat, kelat.. dan takut-takut. Budak-budak yang tadinya kelihatan begitu ramah tiba-tiba terdiam. Namun tiada tindakan dari Cikgu Ghazali, dia kembali menoleh kehadapan meneruskan langkah ke arah kumpulan ragbi.

Few.. Aliz melepaskan keluhan.
Cikgu Ghazali yang juga merupakan cikgu disiplin memang terkenal dengan bengis
dan garangnya, tidak pernah bersimpati dengan mana-mana pelajar yang ditangkap
melakukan kesilapan.
Aliz memang tidak pernah ditangkap atau dikenakan sebarang tindakan disiplin namun cerita-cerita dari kawan-kawan yang penah didenda sudah cukup membuatkannya gerun walaupun hanya bertentangan mata dengan cikgu itu.

Sebelum kembali memandang ke
depan mengikut langkah kakinya, Aliz sempat seimbas memandang ke arah Aled. Budak 17 tahun itu masih tersengeh memandangnya. Perkenalannya dengan Aled
bermula ketika Aliz mendaftar masuk ke tingkatan enam.
Ketika musim orentasi Aliz agak
canggung di tempat baru dan secara tidak sengaja Aledlah yang banyak
membantunya. Aliz pada mulanya mencari pelajar tingkatan 6 atas bernama Zainol.
Bila ditanya semua memberitahu yang Aledlah Zainol dan Aled pula sebagai Zainol
sentiasa mengelak dari bertemunya. Aliz perlu mendapatkan tandatangan sebelum
minggu orentasi berakhir.
Cuma tinggal tandatangan Zainol
sahaja yang di perlukan. Setelah berhari-hari mencari akhirnya Aled mengalah
itupun kerana kasihan terhadap Aliz yang tercari-cari. Rupa-rupanya Zainol yang
dimaksudkan tidak wujud sama sekali. Sengaja mereka mereka cerita untuk
mengenakan pelajar-pelajar baru. Nama Zainol sengaja di reka oleh pelajar senior.
Sejak peristiwa itu Aliz dan Aled
menjadi rapat, Aliz pula langsung tidak kecil hati lantaran Aled telahpun
meminta maaf.
‘Lambat balik cik kak ?’
tiba-tiba suara yang amat ingin dijauhi menyapa. Pantas Aliz menoleh dan
tekaannya sememangnya tepat. Tapi mana kereta merah ? tanya hatinya.
Aliz hanya tersenyum kelat tanpa mencuba
membalas sapaan itu.
‘tak penat ke belajar lama-lama ?
nak abang hantar balik ?’ sambung pemilik kereta merah itu lagi.
Masih tiada jawapan dari Aliz.
Jalan dihadapannya yang menuju ke
perhentian bas kebiasaannya agak sibuk dengan kenderaan tiba-tiba menjadi
lengang.
Tiada kenderaan yang lalu-lalang atau kelibat pelajar-pelajar lain yang balik lambat waktu itu. Selalunya ramai. Aliz resah. Dahinya mula berpeluh.. resah, rimas dan takut dengan usikan pemuda kereta merah itu.

‘diam tanda setuju’ usik pemilik
kereta merah itu lagi.
Aliz tiba di perhentian bas
diikuti oleh lelaki itu. Bas atau teksi juga tidak kelihatan. Aliz masih diam,
tercegat di tepi hentian bas. Lelaki itu juga berhenti hanya beberapa meter
darinya, bersandar di tiang lampu tepi jalan.
‘Tak tahu malu’ bisik hati Aliz.
Kerapkali dia mengerling jam tangannya tanpa memperdulikan lelaki itu.
‘Ya Allah, mana bas ni’ keluh
hari Aliz lagi. Hatinya mulai membengkak dengan lelaki yang asyik mengekorinya
bukan hanya kali ini malah selalu hinggakan timbul rasa benci dan meluat.
Tolong.. mana orang lain ni ??
rintih hati Aliz membengkak. Dia mula menyesal kerana tidak menunngu Iloi.
‘Awak ni takde suara eek ??
takkan bisu kot, muka lawa’ usik lelaki itu lagi. Namun Aliz hanya mendiamkan
diri.
Aliz masih diam. Matanya tetap ke
arah datangnya bas.
‘Kenapa tak balas surat abang ?’
tanpa jemu lelaki itu cuba mengajaknya berbicara.
‘Sampai hati tak balas, rugi duit
kertas dengan dakwat pen abang’ usik lelaki itu yang masih cuba beramah tamah
dengannya.
Tiba-tiba Aliz teringatkan surat
yang dicampak kepadanya minggu lalu oleh emaknya. Mungkin itulah surat yang
dimaksudkan. Aliz langsung tidak berkesempatan untuk membacanya atau sebenarnya
Aliz juga tidak berminat untuk membacanya.
Ayah dan ibunya memang pantang
jika dia menerima sebarang surat atau panggilan telefon dari lelaki.
Kebiasaannya ayah dan ibunya akan membuka semua surat-suratnya tanpa
kebenarannya. Pergaulannya dengan lelaki hanya terhad di sekolah dan dia tidak
dibenarkan menerima sebarang pagilan telefon dari lelaki di rumah. Jawapan ‘dia
tiada’ adalah lumrah apabila panggilan itu adalah dari lelaki untuknya.
Ayah dan ibunya memang agak kolot
berkenaan perkara ini. Mereka selalu berfikiran negatif sekiranya dia berhubung
dengan mana-mana lelaki. Alizlah orang yang paling risau jika hari raya kerana
kawan-kawannya tak kira lelaki atau perempuan akan berkunjung ke rumahnya.
Aliz malu dengan kawan-kawan apabila ayah dan ibunya tidak melayan mesra kawan-kawan lelaki yang bertandang ketika hari raya. Pernah di sekolah dia di perli olah kawan-kawannya.
Aliz malu dengan kawan-kawan apabila ayah dan ibunya tidak melayan mesra kawan-kawan lelaki yang bertandang ketika hari raya. Pernah di sekolah dia di perli olah kawan-kawannya.
Kadang-kadang budak-budak lelaki
yang nakal sengaja menalifonnya di rumah kerana tahu ayah dan ibunya tidak
suka. Cuma ada beberapa budak lelaki yang di benarkan bercakap di talifon.
Kesemua mereka adalah yang ada pertalian darah dengan keluarganya.
‘Aliz….’ Nyaring suara yang
memanggilnya dari jauh. Pantas Aliz menoleh ke arah datangnya suara itu.
Kelihatan dari jauh Iloi termengah-mengah berlari mendapatkannya. Sebaik nampak kelibat Iloi, Aliz menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia sekarang mempunyai teman untuk pulang. Tak payahlah dia berhadapan pemilik kereta merah itu sendirian.

‘Lambat’ marah Aliz pada Iloi.
Iloi tersengeh-sengeh memandangnya dan menoleh ke arah budak lelaki yang sedang
bersandar di tiang lampu. Iloi tahu sebab kemarahan Aliz kerana kerapkali dia
melihat budak lelaki itu mengusik Aliz.
'aku tak tahulah aura apa yang
kau pakai ?! selalunya aku tak sanggup biarkan kau sorang-sorang’ Iloi membalas
sambil mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya dan mula mengelap peluh di
dahi.
Aliz hanya menyeringai. Dia juga sedar akan sentiasa ada orang menemaninya cuma cepat atau lambat sahaja. Ada sahaja kawan-kawan yang akan menemaninya terutama Iloi yang menggunakan perkhidmatan bas yang sama. Aled kerap juga menemaninya tetapi hanya sehingga dia menaiki bas namun itu pun sudah memadai.

Pemilik kereta merah itu hanya
memerhati gelagat Aliz dan Iloi. Beberapa minit kemudian bas tiba dan mereka
beriringan masuk ke perut bas. Hati Aliz menyumpah, bila ditunggu tak kunjung
tiba, detik hatinya.
****--
Aliz tiba di pintu rumahnya tepat
jam 3.45petang. Ayahnya baru pulang dari masjid hanya sekilas memandangnya dan
menghilangkan diri ke belakang rumah. Mungkin menjengok kolam ikan air tawar
perliharaannya di belakang rumah.
Pada perkiraan Aliz, agak lambat ayahnya pulang dari masjid, mungkin ada mesyuarat dengan ahli jawatan kuasa masjid. Aliz masak benar aktiviti ayahnya dan jadual seharian ayahnya sangat jelas. Masjid, kebun, masjid, kebun sesekali kekedai atau ke Lembaga Persatuan Peladang.
Pernah beberapa kali dia mengikuti ayahnya. Walau ayahnya secara lahiriah kasar agak garang namun ayahnya sangat pandai memanjainya dan mendidik dia untuk mengetahui keadaan persekitaran dan aktiviti keperluan.
Selepas meletakkan beg di atas
kerusi Aliz menuju kedapur lalu menyingkap tudung saji di atas meja di dapur.
Gulai lemak jantung pisang membuatkan perutnya kecur dan terasa lapar, pantas
di capainya pinggan dan menceduk nasi.
‘Lambat balik, pergi mana ?’
suara ayahnya tiba-tiba menegur.
‘Ada study group tadi’ ada gerun
pada suara Aliz.
‘hari-hari ?’ Ayahnya menyambung.
Senyap. Tiada balasan dari Aliz
dan perutnya tiba-tiba kenyang. Ayahnya masih menunggu jawapan dari bibirnya
sambil mengemaskan beberapa tandan pisang yang baru ditebang dari dusun petang
semalam.
‘study group kadang-kadang tapi Aliz
kerap ke perpustakaan atau tolong cikgu kat bilik kelab pelajar’ terang Aliz
panjang lebar.
Ayahnya nampak agak berpuas hati dan beredar ke bilik mungkin menukar jubahnya ke pakaian kebun. Cepat-cepat Aliz menghabiskan makanannya. Selepas membasuh pinggan makannya dia mengemaskan meja makan kemudian terus dia menyusup masuk ke bilik sambil membawa segelas air dan beberapa biji pisang yang di bawa ayahnya tadi.
Sedang Aliz leka menyelak majalah
di dalam bilik, pintu biliknya di ketuk. Pantas Aliz membukanya kerana tahu
ayahnya yang mengetuk.
‘Dah sembahyangb?’ tanya
ayahnya serius.
‘belum’ akui Aliz jujur.
‘Tunggu apa lagi, nanti habis
waktu” arah ayahnya. Aliz mengangguk dan berjalan keluar menuju bilik air.
Ayahnya pula melangkah keluar sambil mencapai topi kebunnya di belakang pintu.
Selesai sembahyang Aliz menyusun
buku sekolahnya dan mengenepikan majalah yang tidak habis di beleknya tadi.
Buku sejarah Asia Timur di capainya dan membuka lembaran yang ditanda. Aliz membawa
buku itu keluar ke meja ruang tamu dimana tempat kegemaran ayahnya untuk
membaca atau menulis. Aliz mula menbaca satu persatu lembaran tanpa
memperdulikan waktu dan sekelilingnya.
Sedar-sedar azan maghrib
berkumandang dan tanpa disedarinya lampu juga telah dipasang. Ibunya pula sudah
sibuk di dapur, Aliz menutup buku dan bangun melangkahkan kakinya ke dapur
mendapatkan ibunya.
’emmpp sedapnya bau’ tegur Aliz
sambil menjengok periuk yang sedang mendidih di atas dapur. Tiada jawapan dari
ibunya. Segengam pucuk ubi berada di dalam besen kecil diatas meja makan.
’pucuk ubi ni mak nak buat apa ?’
tanya Aliz kepada ibunya yang sedang memerah santan. ’gulai dengan ikan masin,
haa basuh pucuk ubi tu lepas tu kupas bawang sikit’ jawab ibunya dituruti
dengan arahan.
’mak nak sembahyang dulu, kau
goreng udang kunyit ni. Nanti mak sambung lepas sembahyang. Kalau sempat
sediakan bahan untuk sambal belacan’ emaknya menyambung sambil menujukkan
semangkuk udang harimau yang siap digaul dengan kunyit dan garam.
’haa udang harimau.. bestnya. Ni
mesti Pak Ngah bagi ?’ bersinar mata Aliz selepas mendengar tentang udang
harimau yang bakal menjadi habuannya malam itu.
’Mana lagi, Pak Ngah kaulah dia
baru tuai kolam udang dia’ balas emaknya dan berlalu.
Fikiran Aliz melayang ke kolam
udang Pak Ngahnya. Alangkah seronoknya kalau ayahnya juga mengusahakan kolam
udang. Pasti hari-hari dia dapat makan lauk kegemarannya.
Dia pernah mengusulkan cadangan menternak udang kepada ayahnya namun kata ayahnya penjagaan udang agak cerewet dan mahal sedangkan ayahnya tidak ada masa untuk sentiasa selalu menjengok kerana ayahnya sentiasa menghabiskan masa di kebun dan juga perlu ke surau.

Aliz tak dapat nafikan yang
sememangnya kata-kata ayahnya betul.
’tak payah bela udang pun kau selalu makan udang’ teringat kata-kata ayahnya selepas perbualan mereka berkenaan usulnya itu.
Aliz tersenyum, kata-kata ayahnya memang benar. Pak Ngah tak pernah melupakan nya setiap kali menuai kolammya. Ikan talapia, lampam dan keli yang di ternak ayahnya juga adalah makanan kegemarannya juga.

’senyum sorang-sorang’ tiba-tiba
suara emaknya menjengah. Aliz hanya tersengeh tanpa jawapan.
’Ni mak, udang dah di goreng, tak sempat buat sambal belacan. Aliz sembahyang dulu’ terang Aliz.
Emaknya kembali menyambung kerja-kerja dapurnya dan Aliz sudah menyelinap ke bilik air untuk berwuduk.
’Ni mak, udang dah di goreng, tak sempat buat sambal belacan. Aliz sembahyang dulu’ terang Aliz.
Emaknya kembali menyambung kerja-kerja dapurnya dan Aliz sudah menyelinap ke bilik air untuk berwuduk.
********************************************
’Liz, nah !’ Iloi menyerahkan
sampul merah jambu sebaik mereka berjumpa di kelas. ’dari peminat kau’ sambung
Iloi.
Aliz menyambutnya teragak-agak
kerana dia sudah maklum pengirimnya dari tulisan yang tertera dia sampul merah
jambu itu.
’taknak baca meh sini aku
bacakan, aku tengok mamat tu dah macam orang gila. Gilakan kau hahaha.. kau tak
ada niat nak bagi dia cuba ke ?’ sambung Iloi yang sedia maklum akan perkara
itu. Aliz sememangnya tidak suka akan pengirimnya dan membacanya juga dirasakan
membuang masa. Aliz membiarkan Iloi dengan leterannya.
’kalau kau nak kau ambillah’
gerutu Aliz sambil menjelirkan lidahnya membuatkan Iloi tersengeh.
’petang ni kau stay ke ?’ tanya
Aliz.
’please.. balik la dengan aku’ rayu Aliz.
’hei kau ingat aku ni bodyguard
kau ker? Templak Iloi.
’lebih kurang la.. tapi bodyguard
kurus hehe..’ sambung Aliz sambil mengusik.
’problem la mamat kereta merah
ni, aku pulak jadi mangsa’ bebel Iloi.
’come on Iloi, kau ajelah
bodyguard aku....’ Aliz masih dengan rayuannya.
’Aled tu ?’ balas Iloi.
’dia tu samalah ngan kau.. Cuma
shift korang ni kadang-kadang sama, tu yang aku pening ni’ sambung Aliz masih
dalam nada mengusik.
’wah wah... sama shift ye, aku
bagitau Aled apa kau cakap pasal dia’ ugut Iloi.
’ok ok sorry sory, tapi I bet you that he don’t mind’ Aliz menyambung.
Kehadiran Cikgu Azlina untuk subjek Bahasa Melayu membantutkan pertikaian
mereka berdua. Iloi bergerak menuju ke tempatnya.
’Bangun, selamat pagi cikgu’
Hairi selaku ketua kelas memberi ucapan dan disambung semua pelajar enam rendah
cemerlang.
**********************
Surat khabar berita harian di
hempasnya kuat di atas meja makan rumah. Ayahnya hanya mengerling, tahu sangat
perangai anaknya. Setiap kali membaca berita bencana, perang atau apa-apa yang
berkaitan dengan ketidak harmonian dunia itulah sikapnya. Berang tiba-tiba.
Dia faham sangat anaknya adalah
seorang pecinta kedamaian dan hidupan. Anaknya Aliz sering bercerita tentang
impiannya untuk hidup di satu dunia yang sangat tenang, damai tiada pergolakan
bersama dengan binatang-binatang kesayangannya. Tetapi yang sering
membuatkannya ketawa adalah sikap anaknya sendiri yang kerapkali cuai dan
adakalanya begitu kelamkabut. Itulah agaknya kenapa anaknya terlalu obses
dengan kesempurnaan.
Aliz mencapai buku ekonomi yang
diletakkan di atas meja bacaan ayahnya di ruang tengah rumah. Dia melangkah
keluar menuju belakang rumah ke kolam ikan ayahnya. Ayahnya hanya memandang,
dia dapat mengagak ke mana arah anaknya. Kalau bukan membaca diatas buai
dibawah pohon jambu di tepi sungai, dia akan ke danau kecil tempat istirehat
mereka sekeluarga di tepi kolam.
Danau yang terletak 50 meter
dibelakang rumah dikeliling pokok-pokok buah-buahan. Beberapa batang pohon ceri
yang rendang yang menjangkau ke sisir danau menjadikan redupan dibawahnya
tempat ikan-ikan berkumpul.
Beberapa pohon ciku di tanam sebaris dengan pohon ceri di selangseli dengan pohon kedondong siam. Kedamaian dan redupan disitu membuatkan Aliz sering menghabiskan masanya di situ dan pernah beberapa kali dia membawa rakan-rakan baiknya menghabiskan masa mereka di danua keluarganya itu. Kadangkala mereka berkelah dan membuat beberapa aktiviti seperti memancing.

Angin sepoi mengiringi
langkahnya, Si Tompok berlari mengejar dan memaksa Aliz juga berlari namun
Si Tompok terlebih dahulu tiba di danau.
Si Tompok terus berlingkar di atas tikar yang tersedia sebaik tiba. Seingatnya tikar tersebut tidak pernah terbiar terbentang kerana sesiapa sahaja yang terakhir menggunakannya akan menggulung semula dan meyimpannya diatas para kecil di alang danau itu untuk mengelak basah terkena tempias hujan.

Ibunya kerapkali berpesan perkara
yang sama, ’jangan biarkan tikar terbentang’. Kali ini bukan hanya tikar yang
terbentang malah terdapat dua biji bantal yang sangat harum menunggunya.
Pada fikirannya mungkin emaknya yang menyediakan untuk anak kesayangannya ini. Tanpa banyak berfikir dia terus meletakkan buku ekonominya di atas danau manakala die ke pohon ceri, meninjau-ninjau sekiranya ada buah ceri yang masak untuk kudapannya sambil membaca.
Namun tiada satu pun pada penglihatannya dan dia berpatah balik ke danau setelah gagal memetik buah ceri kesukaannya.

Apabila dia kembali ke danau,
tiba-tiba segenggam ceri sudah berada di atas danau, sedangkan tadi ketika dia
meletakkan buku ekonominya dia tidak perasankan langsung tentang ceri itu.
Namun kecurigaannya di sangkal dengan kemungkinan ibunya yang menyiapkan segala
persiapan di situ serta meninggalkan segenggam buah ceri masak untuknya.
Tanpa terus memikirkannya Aliz
berbaring di atas tikar yang sedia terbentang sambil kepalanya dialas dengan
sebiji bantal berwarna jingga yang sangat harum dan menyegarkan. Manakala
sebiji bantal lagi yang bewarna merah jambu di letakkan di dadanya sebagai
pengalas buku ketika dia baring membaca.
Si Tompok kemudiannya merangkak menghampiri Aliz dan terus berbaring dan bersandar pada badannya. Panas badan dan dengkur si tompak amat disenanginya.
Tangan kiri Aliz membelai-belai kepala si tompok manakala tangan kanannya menyelak sehelai demi sehelai lembaran buku eknominya. Namun dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembacaannya kerana matanya mulai layu.

Dia mengerling jam tangannya,
sudah 25 minit berlalu, namun minat dan tumpuannya terhadap pembacaanya itu
masih belum ke tahap perhatian penuh.
Dia mula berkira-kira untuk balik mengambil buku sejarah kegemarannya tetapi niatnya terbantut apabila mengenangkan si tompok yang lena bersandar padanya. Lalu dia mengambil keputusan untuk melelapkan mata seketika.

Pepohon buluh di seberang kolam
meliuk-liuk di tiup angin dan sesekali terdengar bunyi gemersik apabila
batang-batang buluh tersebut dan dedaunnya berlanggar.
Aliz berjalan di satu padang yang
sangat luas dan lapang, dari kejauhan dia dapat melihat pohon-pohon rendang dan
sebuah kolam dihadapannya. Seperti tertarik, Aliz terus berjalan menuju ke
kolam tersebut, beberapa ekor ikan kelihatan bermain-main di permukaan kolam
dan sesekali melompat.
Pohon renek yang dia tidak pasti
jenisnya berbunga lebat menghiasi kolam tersebut. Haruman bunga itu mengingatkanya
pada sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.
Si tompok setia mengiringi langkahnya. Aliz berhenti sebaik tiba dibawah rimbunan pohon besar yang rimbun di sisi kolam itu.
'cantik’ bisik hatinya. Si tompok sudah berada di tepi kolam mengacah-ngancahkan tangannya terhadap ikan-ikan di permukaan.

’Assalamualaikum..’ tiba-tiba ada
suara menegur dari sisi kanannya.
Pantas Aliz menoleh.
Kelihatan seorang pemuda sedang berdiri beberapa meter di belakangnya.
Tampan. Hati mudanya terusik. Tidak pernah dia berjumpa dengan mana-mana pemuda setampan itu.
Senyuman pemuda itu menyerlahkan susunan giginya yang sempurna. Aliz mata yang lebat, berkulit cerah dan bersaiz sederhana serta sempurna tingginya sebagai seorang lelaki dewasa.
Pakaiannya kemas, berbaju seperti baju melayu teluk belanga namun tiada poket seperti lazimnya baju melayu.

Manakala seluarnya senada warna
dengan bajunya yang bersih. Kakinya pula beralas capal bewarna coklat pekat.
Anak mata yang agak keperangan merenungnya dalam senyuman yang berterusan.
Aliz masih meneliti setiap inci
tubuh badan yang berada satu setengah meter di hadapannya.
’Assalamualaikum’ sekali lagi
pemuda itu memberi salam setelah beberapa ketika Aliz tidak menjawab kerana
terpaku memandang seluruh susuk tubuh badannya.
’Waalaikumsalam’ Aliz
teragak-agak menyambut salam pemuda asing di depannya yang masih lagi tersenyum
menunggu balasan salamnya.
’Saya Abdul Aali dan ini adalah
kampung saya’ pemuda itu memulakan bicara.
’Saya.. saya Aliz’ jawab Aliz yang masih
teragak-agak.
Matanya masih lagi terpaku seperti terpukau dengan ketampanan pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Abdul Aali walau Aliz sendiripun agak ragu bagaimana dia boleh berada di kampung pemuda itu.
Aliz menoleh sebaik mendengar
keriuhan di hujung padang. Beberapa orang kanak lelaki kelihatan sedang bermain
layang-layang di hujung padang berhampiran pepohonan rendang manakala beberapa
kanak-kanak perempuan riang mengejar rama-rama berterbangan. Langit begitu
cerah dan redup, angin sepoi sentiasa bertiup.
Aliz kembali memandang pemuda itu
yang tiba-tiba lenyap dari pandangannya...
’Liz, bangun.. bangun’ suara
ayahnya sayup-sayup memanggil. Perlahan-lahan Aliz membuka mata.
’baca buku ke tidur ni ? budak ni.. nak tidur kat dalam rumah la sini bahaya’ ngomel ayahnya yang berlalu untuk memberi makan ikan-ikannya.
’errrgghhh....’ Aliz bangun dan
mengeliat. Si tompok sudah berlari mengekori ayahnya apabila melihat ikan di
kolam yang melompat-lompat menunggu lambakan makanan. Si tompok menderam geram
melihat ikan-ikan yang melompat-lompat.
’huh mimpi..’ keluh Aliz dan
tangannya mencapai sebiji bantal dan dibawanya ke hidung.
’Bau ni pun sampai dalam mimpi’ bisik Aliz dan tersenyum. Dia memandang ikan-ikan di kolam. ’ikan pun ada dalam mimpi’ bisik Aliz dan mengeleng-ngelengkan kepalanya.
’Bau ni pun sampai dalam mimpi’ bisik Aliz dan tersenyum. Dia memandang ikan-ikan di kolam. ’ikan pun ada dalam mimpi’ bisik Aliz dan mengeleng-ngelengkan kepalanya.
Yang tak ada di realitinya adalah
kanak-kanak, padang yang nyaman serta pemuda tampan itu, Abdul Aali. Wajah
pemuda itu masih jelas di fikirannya.
Aliz mencapai sebiji ceri yang
dari tadi terbiar menunggunya. Manis...
Ayahnya sudah berlalu pulang
meninggalkannya, dia mengerling pada jam tangannya yang menunjukkan jam 5.30 petang.
Si tompok masih di tepi kolam memerhati ikan-ikan yang sesekali timbul di permukaan, Aliz memandang pepohonan buluh yang meliuk-liuk seperti ingin menghiburkannya. Kakinya berat untuk melangkah pulang, ingatannya masih kuat terhadap Abdul Aali pemuda yang baru dikenalinya di dalam mimpi yang singkat.

Aliz mengulung tikar dan
menyusunnya di atas para seperti biasa. Bantal-bantal yang berbau harum itu
digendungnya ke rumah juga untuk mengelakkan dari tempias hujan dan embun.
Emaknya masih tidak kelihatan ketika dia tiba di rumah.
Aliz membawa bantal-bantal itu ke biliknya. Entah mengapa hatinya tiba-tiba menjadi sayang terhadap bantal-bantal yang berbau harum itu. Ketika sampai di bilik barulah dia perasan yang dia telah tertinggal buku ekonominya di danau dan tanpa berlengah Aliz berpatah balik ke danau.

Angin sepoi masih setia
mengiringi setiap langkahnya. Suasanan nyaman dan tenteram kembali menyapanya
di danau itu. Tetapi bukunya tidak kelihatan. Pelik. Puas dicari ke sekeliling
danau tetapi bukunya tetap tidak kelihatan. Ketika mencari bukunya tanpa
disedari seekor ular tedung sedia di sisinya tegak setinggi pehanya bersedia untuk
mematuk.
Aliz panik, dia terpaku. Peluh
memercik, segera dia teringatkan si Tompok, kenapa si Tompok tidak mengikutinya
kali ini ? Dia tahu ular akan kalah dengan kucing.
Peluh terus membasahinya. Aliz kemudiannya teringat untuk membaca ayat Qursi, kata ayahnya ianya boleh menghalang sengatan bisa binatang, menghindari binatang buas, menghalau hantu dan jin atau menundukkan segala niat jahat manusia.

Namun ketika hatinya baru bermula
untuk memulakan bacaan ayat itu, ular itu terlebih dahulu menyerang dan mematuk
Aliz.
Aliz kaget dan dia terhumban jatuh ke tanah. Hairan, patukan ular itu tidak mengenainya sebalik tersasar jauh ke tepi atau seolah ada sesuatu yang menghalang dan menolak patukan ular itu jauh darinya.
Ular itu dilihatnya tercampak dan mengelepar. Tanpa berlengah Aliz bingkas bangun dan berlari meninggalkan ular dan danau sambil menjerit memanggil ayahnya.

Ayahnya tergesa-gesa keluar
setelah mendengar jeritan Aliz.
’Uuuu u ular ayah’ Aliz memberitahu
ayahnya termengah-mengah di pintu dapur rumahnya.
’mana ?’ ayahnya membalas cemas
dan pantas menyarung kasut getah separas betis ayahnya yang tersedia di tepi
pintu dapur serta bingkas menarik keluar parang panjang yang disimpan di tepi
pintu dapur.
’sana.. sana di danau’ Aliz membalas
seraya menuding ke arah danau.
Ayahnya kemudian melangkah ke
danau.
’Hati-hati yah..’ pesan Aliz
gusar. Dia hanya memerhati tanpa ada perasaan untuk mengikuti ayahnya.
Aliz terus memandang ayahnya dari
jauh dan kelihatan ayahnya tercari-cari sambil mulut terkumat-kamit. Aliz tak
pasti apa yang di baca oleh ayahnya dan jelas keliharan dari jauh ayahnya tidak
menjumpai ular tersebut yang pastinya sudah melarikan diri. Ayahnya kemudian
kembali ke belakang rumah tempat Aliz terpacak menunggu.
’dah lari agaknya. Pegi masuk
mandi dan solat, dah jangan pegi lagi ke danau’ arah ayahnya.
Kemudian Aliz terdengar ayahnya menalifon Ah Cai, pemilik kedai peralatan kebun menempah racun lalang.
Aliz pasti ayahnya ingin meracun lalang dan rumput sekeliling danau bagi memastikan tiada semak untuk ular tersebut kembali. Sekeliling danau sebenarnya tidaklah sesemak mana cuma mungkin ayahnya hanya ingin memastikan tempat itu selamat.

Sebelum ke bilik air untuk
membersihkan dirinya, Aliz ke bilik dan kelihatan buku ekonominya kemas
terletak di atas meja bacaannya.
Pelik.
Dia pasti buku itu tadi tidak kelihatan di situ. Oleh kerana terlalu penat dan cemas yang masih menghantuinya Aliz tidak mengambil endah tentang buku itu. Dia mencapai tualanya dan berjalan ke bilik air.

No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...