Sunday, June 29, 2014

Ramadhan one more time

Alhamdulillah. . Aku masih mampu merasai Ramadhan kali ke40. Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam...

Rindu pada abah...

Sebelum abah jadi imam masjid... kami sekeluarga selesa berjemaah bersama-sama selepas berbuka... selepas isyak abah akan ke masjid untuk terawih. Malam abah akan mengaji di rumah..
Bila abah dah jadi imam... abah akan berbuka ala kadar dan cepat-cepat ke masjid sebab abah nak azan. Kadang-kadang bilal yang azan. Bila bilal lambat abahlah pengganti. Dulu abah penah jadi bilal sebelum jadi imam. Suara abah Azan the best azan yang aku pernah dengar... (agak bias di sini..)

Selesai mengimami solat maghrib abah balik makan. Tapi abah makan ala kadar je sebab nak imamkam solat isyak dan terawih pulak. Masa abah sangat2 terhad... bila selepas tu abah balik minum kopi dan kueh dan kembali ke masjid untuk mengaji sepanjang malam atau sebahagian besar waktu malam.. kadang-kadang tak sedar bila abah balik bila aku dah kene kejut bangun sahur. Sahur abah pun tak banyak bila abah cepat-cepat ke masjid untuk imamkan solat subuh pulak.

Sepanjang masa abah kene bersedia sebab abah jugak amil untuk kutipan zakat. Kerja-kerja abah semua jadi terhad. Aku bangga dengan abah.

Bila time malam raya.. meriahnya sebab abah dan his frens akan pergi rumah-rumah berdekatan untuk takbir raya. Kawan-kawan abah akan membanjiri rumah kami.

Aku akan tolong mak kerja-kerja dalam rumah. Sementara Chik akan sibuk hal-hal luaran.. seperti pasang lilin dan sebagainya kalau dia balik cepat.

Bestnya...

Malam raya was the best moment ever...

Masa tu lepas takbir raya.. abah akan balik rumah dan sempat bersama-sama kami. Walau lambat.. dan penat abah masih boleh tersenyum bila tengok cucu-cucu dia yang tak tidur-tidur.
Mak akan sibuklah dengan rendang dan nasi impit. Kuah kacang terhebat dan laksa.
Minimunnya bantuan aku masa tu.. aku banyak mengular dari tolong mak sebab bagi aku mak ada magic stick. Just wish and immediately the thing will happen.

Pagi pagi raya bila aku bangun abah dah tentu tengah bersiap ke masjid.. mak dengan magic stick.. everything ready. Aku stakat tolong susun pinggan dan basuh pinggan.

Mak will think for everything. .
Menu
Persiapan
Arrangement
Etc...

Masa kat kampung mak dah tak menjahit so takde la sebuk jahit baju kastemer macam dulu lagi.
Memandangkan masjid depan rumah.. kami dengan mak selalu lambat pi masjid. Selalu solat kat bawah. Kawan-kawan dah tunggu kat atas tapi tempat dah penuh huhu...

Abah banyak kali soun.. cepat-cepat.. tapi hmmm tetiap raya lambat. Masjid depan rumah hehehee..
Abah selalu balik lambat ke rumah pagi raya.  Balik sekejap dengan kawan-kawan dia beramai-ramai menjamu selera kemudian abah keluar balik pergi ke rumah-rumah kawan dia lak.

Tengahari baru balik rumah dan cari nasik. "Abah hari raya mana ada nasik"
Hari raya pertama ok.. tak payah nasik. Hari raya kedua abah dah nak nasik.
Mak dah paham sangat...
Miss my abah a lot.

Dulu2 kalau time tak pose selalu lepak malam2 tengok movie bersama-sama. Tak kisahlah cerita apa tapi kami akan together watching.

Cerita-cerita lawan macam Jackie Chan, Chuck Norris, Van Damme mase tu tengah hot la... memang kami dok teman abah while mak dah lama berlayar. Abah jarang tertidur depan TV seingat aku. Aku selalu la bila abah kejut suruh tidur kat dalam bila movie dah habis.

Gusti pun abah suka.. tapi mak lagi suka hahaha. Yang ni mak tak pernah tertidur.
Heeheehhh...

Oh.. abah.. adik selalu doakan kebahagian abah dia sana. Walau adik pretty sure that you're now happy.

One day.. we will be together. .. inshallah. ..

No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...