Malam semakin larut, hutan yang kami masuki semakin gelap. Hanya cahaya bulan yang menjadi penunjuk jalan, aku, azim dan feer sudah terpisah dengan kumpulan besar kami. Usaha kami mencari tiada henti. Kemanakah hilangnya mereka itu, yang kami sendiri tidak kenal. Kami hanya ikut-ikut pasukan pencari kapal terbang yang jatuh. Usaha mencari sudah lebih dua hari. Pasukan penyokong yang lain asalnya bersama kami namun sejak kami memasuki hutan ini kami terpisah.
Tiba-tiba kami melihat sesorang terlekat di pohon besar yang berapi. Aku sedaya upaya cuba membantu, memisahkan dia dari terus melekat di pokok itu. Api semakin membara membakar pohon besar itu.
Feer dan Azim menunggu aku beberapa meter di belakang. Hanya aku yang di pokok itu.
Tiba-tiba sebatang pohon tinggi bergerak ke arah kami dan mengambil Feer dan Azim. Pohon tinggi itu berlalu sambil membawa mereka bersama. Jeritan mereka menyebabkan aku berlari mengejar dan akhirnya aku berjaya memaut di kaki pohon tinggi itu.
Pokok berapi sudah ditinggalkan jauh. Aku kekal memeluk pohon tinggi itu berlalu tanpa aku ketahui ke mana arahnya. Azim dan Feer tidak menjerit lagi apabila melihat aku ada di bawah. Pohon itu tidak mengapakan kami, sebaliknya hanya menjadikan kami penumpangnya.
Beberapa ketika kemudian kami sudah berada di pinggir sebuag tasik yang sangat cantik. Malam sudah merangkak ke subuh... langit terang, bintang-bintang bertaburan. Subhanallah maha suci Allah, betapa cantiknya ciptaanMu. Kami bertiga dibiarkan di tepi tasik. Pohon tinggi sudah menghilang. Kemana kami tidak pasti kerana kami asyik memerhati keindahan sekeliling.
Di seberang tasik jelas kelihatan perumahan dan bangunan-bangunan moden yang besar.
Pelik. Wujudnya bandar besar disebalik hutan tebal.
Kelihatan beberapa penghuni bandar itu juga memandang kami. Mereka tersenyum.
Beberapa orang kanak-kanak mendekat melintasi tasik yang aku kira pada mulanya sangat dalam. Namun mereka hanya berjalan biasa. Kelihatan dalamnya hanya paras betis Azim.
Mereka menyapa kami dengan ramah sambil mengajak kami ke arah penempatan meraka. Kami hanya menurut. Seorang dari kanak-kanak itu memegang tangan aku dengan mesra.
'Selamat datang ke alam kami' sapa seorang perempuan muda bertudung sebaik kami tiba ke penempatan mereka.
'Marilah berehat dulu' lanjutnya lagi.
'Orang yang kamu cari ada disini' sambungnya mengetahui tujuan asal aku.
Aku yang dari tadi begitu sibuk memerhati keindahan sekeliling berhenti dan memandang perempuan tersebut. Dia tersenyum dan mengangguk.
Hidupkah dia ? Fikirian aku bermain dengan soalan demi soalan yang tidak terlafaz.
'Alhamdulillah, dia hidup dan sihat di dunia kami' perempuan muda itu menjawab persoalan yang hanya bermain di fikiran aku.
'Nanti awak boleh bertemu denga dia, dia sibuk sekarang. Bekerja di dunia kami' katanya lagi.
'Alam kamu?' Akhirnya mulut aku bersuara.
'Ya alam kami. Kita berbeza alam' sambungnya menjawab tekateki aku.
Azim dan Feer leka dilayan kanak-kanak disitu yang begitu ramah. Sesekali Azim memandang aku dan tersenyum.
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...