Ya Rab, I do hope not seeing him again eventhough in Jannah.
If you dont allow us in dunia, don't allow us in Jannah too...
dan jika di dunia juga tiada tempat untuk kita, jangan berharap aku ingin bertemu di alam sana, kerana aku yang bukan biasa-biasa.
Kenapa ada hitam kalau putih menyenangkan.. dan kau yg meletakan hitam diatas putihku. Oleh itu aku cukup dengan hitam yang kau beri.
Aku bukan yang biasa-biasa membalas kesakitan dengan kesakitan. Aku insan luar biasa yang diberi Allah kekuatan menyerap kesakitan.
Aku bukan yang biasa-biasa goyah kerana kesepian. Aku insan luar biasa yang Allah jadikan kesepian itu sebagai teman.
Aku bukan yang biasa-biasa yang menangis kerana kehilangan. Aku insan luar biasa yang Allah berikan kehilangan untuk menguatkan jiwa dan hati.
Aku bukan yang biasa-biasa yang meratap kerana rindu. Aku insan luar biasa yang Allah kurniakan rindu sebagai azimat meneruskan kehidupan.
Aku bukan yang biasa-biasa yang menyalahkan taqdir. Aku insan luar biasa yang sentiasa memegang qada & qadar sebagai hadiah misteri Allah.
Aku bukan yang biasa-biasa, aku insan luar biasa yang memegang kecewa dunia sebagai kemenangan di dunia sana.
Aku bukan yang biasa-biasa memegang dendam, kerana dendam aku terus akan dibawa bersama.. kerana aku memang pendendam..
Ini taqdirnya.. kau dan aku tidak akan bersatu!
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...