Thursday, July 22, 2021

Aliz

dan kalaulah Aali tahu bahawa rindu ini tidak pernah padam untuknya.

'Ameena, pujuklah ayahda' Aliz memegang tangan Ameena merayu bagi mendapatkan simpati ayahda menamatkan seksaan mereka berdua iaitu Aliz dan Aali yang dihukum untuk tidak berjumpa.

Ameena hanya memandang Aliz sayu tanpa sebarang jaminan. Aliz tahu ianya sukar bagi Ameena kerana Ayanda Ameena sangat tegas dan berperinsip.

Aliz memandang ke laut lepas, langit cantik berwarna-warni bukan di dunianya itu sangat dirindui. Enam tahun dia membendung perasaan rindu untuk kembali. Kini Ameena datang mendapatkannya menggantikan abangnya Aali. Itupun kerana untuk merawat sakitnya. Bagi Aliz sakit yang dideritainya umpama hikmah kerana ia menemukan dia dengan keluarga Aali.

'kalau sakit kita ni baik, kita masih boleh ke sini ? kita masih boleh berjumpa ?' tanya Aliz kepada Ameena tiba-tiba. Walau doktor di dunianya mengesahkan dia sudah sembuh sepenuhnya namun tidak bagi keluarga Ameena, Aliz masih perlukan rawatan dan pemantauan.

Ameena memandang Aliz dengan pandangan ceria dan kasih. 

'insyaAllah' balas Ameena pendek sambil meletakkan tangannya ke bahu Aliz. Kita tetap ada bersama awak. 

Kata-kata Ameena melegakan keresahan Aliz, dia melentukkan kepalanya ke bahu Ameena. Haruman dari badan Ameena amat di senanginya dan rindunya terubat.

Mereke berdua berjalan di persisir pantai, kadangkala Aliz menunduk mengutip kulit-kulit kerang di pasir, tidak seperti di dunianya, kerang di dunia Ameena sangat cantik dan mempunyai pelbagai warna. Dia pernah beberapa kali membawa ke dunianya namun warnanya hilang dan menjadi seperti biasa. Ameena atau Aali tidak pernah melarang dia membawa balik apa-apa dari dunia bunian mereka, cuma Aliz yang jarang mahu berbuat demikian.
Hanya gelang ditangannya mempunyai rupa yang sama di ke dua-dua dunia cuma di dunianya manusia biasa tidak dapat melihat gelangnya.

'Aliz sayang' panggil Ameena. Aliz sedang leka membelek kerang-kerang yang di kutipnya. Aliz mendongak memandang.

'Kita kena pergi dahulu, nanti kita datang lagi' serentak dengan kata-katanya Ameena menghilang.

Aliz kini berada di kamar pelantar minyak raflesia.

'bangun Aliz, bangunlah. Subuh dah ni' kejut Syidah teman sekamar Aliz di atas pelantar.

Sebaik Aliz terjaga, dia terus melihat kerang di tangannya namun tiada, sebaliknya dia memegang kristal bertali seperti tasbih.

Aliz melihat sekeliling. Laut, pantai sudah tiada. Dia atas katil di kabin di pelantar minyak tempat dia bekerja.

'kita balik hari ni, chopper at nine, we don't want to be late' Syidah mengingatkan.

'ok. aku mandi solat jap, tunggu aku for breakfast' Aliz bergegas bangun dan mencapai tuala yang tersidai di kepala katilnya. Syidah melipat telekungnya, dia baru solat sebelum mengejutkan Aliz. Mereka berdua sudah seminggu di atas pelantar.

Beberapa bunyi notifikasi pesanan masuk ke talifon bimbit Aliz, Syidah menjeling memandang. dia sebagai kawan paling rapat dengan Aliz di tempat kerja sedia maklum siapa yang kerap berhubung dengan Aliz, samada Aniz kakaknya ataupun Zaquan. Kerap juga Syidah keluar menemankan Aliz berjumpa Zaquan ataupun Aniz kakak Aliz. Malah Syidah diingatkan berkali-kali oleh Zaquan untuk menjaga Aliz. Kadangkala rimas juga Syidah dengan kelakuan Zaquan yang terlalu 'protective'. Alasannya kerana Aliz tidak sihat walaupun doktor sudah mengesahkan Aliz kini sudah sembuh sepenuhnya dan kerana itu Aliz sudah boleh naik ke pelantar.

No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...