Thursday, March 4, 2021

Jelas

Jelas sudah ianya kini. Patutlah aku senang dibiarkan...

Patutlah aku dijadikan patung penunggu...

Aku masih mampu tersenyum walau sakit juga aku rasai. Sakit yang bukan sedikit, sakit yang aku harap orang lain tidak rasainya.

Ya Rab, mengenang semuanya... aku masih merasai kemanisan walau sedetik. Terima kasih Ya Rab.

Sakit ini, aku terima kerana yang khilaf itu aku, aku terima ini sebagai hukuman. I'm taking all the blames.. Kau yang lebih mengetahui. Aku tak perlu memberi penjelasan asalkan Kau tahu aku ini yang bagaimana..

Ya Rab, aku masih mampu tersenyum kerana aku ada Kamu selamanya.

Biarlah aku dilihat jahil, asal Kamu tahu aku luar dan dalam. Jika aku tidak di maafkan manusia2 di dunia, aku masih dimiliki Kamu.

Ampunkan aku.
Ini khilaf aku.
Aku terima.

Dia ?
Hmmm... aku noktahkan kerana urusan dunia bukan aku yang mengaturnya.

Semoga aku dikembalikan seperti aku sebelum ini. Seorang aku yang mahal, seorang aku yang sombong.

Aku akan kembali menjadi sombong.
Aku hanya perlukan Kamu.. hanya Kamu yang boleh kembalikan kesombongan aku yang dulu.

Terima aku Ya Rab, terima aku di atas jalan yang kau redoi.

Harapan aku Ya Rab agar perjalanan ini tidak lama, ambillah aku ketika aku berada di kanan bersama2 yang sedikit.

Penat.

Untuk kedua pahlawan syurga teratas aku, Kaulah pemiliknya, Kau pengaturnya. Semoga dihadapan mereka terbentang segala kesenangan dan kemudahan..

No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...