Ya Rab, kuatkan hati ini.. agar aku kekal dijalan kananmu..
Biarlah aku bercerita, tentang hati yang gundah. Kadangnya aku rasakan seolah ini adalah balasan untuk setiap perlakuan dosa-dosa aku. Tetapi bila menitip ingatan tenang qada dan qadar, aku harus terima ini adalah ketentuan yang sememangnya di suratkan untuk aku.
Terimalah apa jua.
Segalanya yang baik hanya dariNya dan segala khilaf adalah datangnya dari aku sendiri apabila aku mengabaikan segala amaran dan melanggar hukumNya.
Biarlah aku mulakan.
Aku adalah penyepi yang mencipta watak baru untuk hidup aku. Aku mulakan hidup yang baru yang aku jalani yang aku rasa ianya hampir sempurna.
Aku tutup hati aku rapat-rapat hinggakan angin juga tidak biasa menerobos. Aku jalani hidup aku sesempura mungkin. Mencipta perkara menghiasi masa-masa aku.
Sepi.. ya aku sepi, itulah mulanya.. aku masih sepi. Walau nyatanya aku begitu bahagia.. Ya, aku mencipta watak untuk aku dilihat begitu.
hari-hari aku lalui sangat kosong, walau nyatanya aku kelihatan begitu sibuk. Ya, aku mencipta watak untuk aku dilihat begitu.
Mereka sering berkata aku yang kuat, aku yang gagah, aku yang berani dan segala macam lagi. Aku senyum, ya itu sahaja semampu aku. Tidak akan aku wujudkan rasa sakit, rasa sunyi, rasa sedih didepan mereka. Hanya Allah yang tahu bila malam aku akan sentiasa mengadu nasib padaNya.
Di kamar, aku sering bersendu kerana rindu. Disaat aku menulis ini, titis jernih itu masih ada. Aku rindu sesuatu yang diambil dari aku tanpa kerelaan. Ya Allah, begita aku cintai dia...
Ya Allah terima kasih dengan anugerah ini walau sedetik.
Ya sedetik. bahagia aku hanya sedetik.
harus pada siapa untuk aku persalahkan...
harusnya kepada diri sendiri bila aku terlalu cepat melayan cinta di saat aku kesepian.
aku tak tahu di mana silapnya kerana ianya terlalu pantas, juga bahagia pun pantas berlalunya.
.
.
akurlah aku segala yang berlaku, segala pertemuan semuanya bersebab. Tiadalah ia hadir kosong.
juga mungkin untuk aku terduduk mengenang dosa-dosa.
di saat ini aku masih mencari-cari jika ada dia juga tercari-cari aku..
di saat ini aku masih mengintai-ngintai andai dia juga mengintai-intai akan aku..
.
.
Masa itu, aku kira kami bahagia... ya aku sangat bahagia namun kerana sebuah dosa, cinta kami di rentap dan bukan dengan kerelaan kami dijauhkan.
.
.
aku memang aku yang dulu, sama tiada perubahan, yang tidak akan berjuang kerana cinta. walau hingga kini aku masih kaku dan dingin menerima hakikat kami tidak akan bersama. Kami tidak akan bersama ya.. tidak mungkin.
.
.
aku semakin rajin mengadu nasib... tidur aku tidak lagi selena dahulu sehinggalah aku merayu padaNya, tidurkan aku Ya Rab supaya malam nanti kita berbual lagi.. maka tika itu aku akan hilang sehingga tiba waktunya aku bangun untuk mengadu nasib lagi. Begitulah malam-malam aku kini, betapa sukar untuk terlelap sendiri..
.
.
aku tak tahu bagaimana dia saat aku merindu, saat aku tersakiti, saat aku meronta emosi. Baik-baik sajalah aku berharap. untuk aku menyahut panggilannya memang tidak mungkin lagi. jika sudah tiadanya tiakdir untuk bersama untuk apa lagi aku menyahut. Biarlah biarlah..
.
.
untuk malam-malam seterusnya.. aku akan terus mengadu.. semoga jika ada keajaiban yang dianugerahkan kepada aku dan dia.
Sementara itu, begitulah aku dan kini
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...