Friday, February 5, 2021

Aku yang tersakiti

Ya Rab..

Memanglah ini takdir, aku tahu itu, juga qada' dan qadar. 

Tiadalah pertemuan ini dengan sengaja, juga aku tahu itu. Semuanya kau yang tentukannya.

Tapi aku masih kadangnya tertanya-tanya apakah aku ini hanyalah hampas layaknya? seterusnya minda ini meneroka mencari alasan kenapakah harus dia hadir dan memulakannya jika aku dibeginikan ? 

Aku terusan memikir sepositif mungkin... mungkin itu mungkin ini, tiada lagi difikiran seperti aku yang dulu-dulu. Aku lepaskan segalanya.

Ya Rab, kau ada bila malam aku meraih simpatiMu. Kau yang aturkan aku dibeginikan,  maka aku berlapang dada biarkan aku seperti ini...

Ya kau tahukan betapa aku tidak mudah, namun bila aku mulai menyintai, aku lupa diri aku lupa segala.. hanya yang manis-manis dimindaku ini. Aku cinta dia Ya Rab...

Mengimbas..

Masa itu hati ini begitu rapat tertutup hingga langsung tiada sekelumit ruang untuk aku lalukan walau hanya angin. Aku sudah bosan aku tidak mahu lagi.. cukup-cukuplah. Kau tahukan itu...

Namun pintu itu terbuka sedikit demi sedikit dan akhirnya terhampar luas bilah pintu hati ini. Yang hingga kini aku masih persoalkan kenapa ? dan kenapa dia... ?

Ya Rab.. kau tahukan itu. Betapa aku mencintai dia betapa aku inginkan dia. Minda memujuk mujuk hati ini untuk berlalu. Tidaklah semudah itu kerana hati sudah terpaut. Kau buat aku cintai dia kan Ya Rab. Terima kasih dengan segala kemanisan bersamanya.. kaulah saksi untuk segala kebaikan namun mana yang kurang aku tahu, aku sendiri dalangnya.

Mengenangkan kembali.. susahnya aku menerima dia, aku mencuba tidak terjerat. Kau tahun itu Ya Rab. Kau juga yang memiliki hati ini, kau juga perancangnya. Aku tahu itu.. aku terima ini sebagai sebahagian perjalanan hidup ini.

Rindu dan dendam... kau tahukan Ya Rab bila malam aku menadah tangan, mengadu segalanya walau ini antara percaturanMu.

Masih aku tertanya kenapa dia datang memberi harapan dan sinar jika ianya hanya palsu. Kau aturkan ini jua Ya Rab.

Tangisan dan airmata.. betapa perkara yang sukar bagi aku dulu tapi begitu akrab denganku kini. Bila rindu yang ada hanya sia-sia. Bila harapan hanyalah harapan, sinar yang dulunya aku yakin akan menerangi sepi aku kian malap.

Untuk hari ini, aku masih berharap walau aku tahu aku hanyalah berharap.

Meneroka kembali jalan-jalan silam aku lalui dulu sebelum dia tiba, inilah pertamanya aku ditinggalkan, dibiarkan. 

Ya.. aku tidak biasa dan aku masih tidak biasa...

Begitu ringan titisan ini mengalir laju.

Kau tahukan Ya Rab aku begitu lemah sebenarnya tapi mencuba untuk kuat.

Mungkin inilah kifarah. Aku pemilik kesepian bersama bonus kerinduan yang tiada tepi. Aku rindu dia dari mula hati ini terbuka.

Kenapa dia? Hanya Kau yang tahu Ya Rab...

Singkat sungguh perjalanan aku dan dia Ya Rab.

Aku terimalah seadanya kerana jalan ini pemberianMu, aku akan harungi. Apalah sangat ujian kecil ini. Sedangkan aku masih bernafas bebas. 

Alhamdulillah.. Ya Rab masih sayangkan aku. Ujian ini sekelumit.. aku terima aku terima aku terima...

.. sudahlah, menanti sahaja aku jika ada cerita baru yang indah mengiringi perjalanan aku ke pintuMu.

Terima aku ya Rab.. bersama mereka-mereka yang lain di jalan kanan. Buku-buku yang dipulangkan dengan tangan kanan.

Aku puja Kamu Ya Rab.. hanya satunya maha pemberi, pengampun dan segalanya..

Terima aku Ya Rab... dengan segala kerinduan ini. Sampaikan salam dan kasih ini pada kekasihMu...




No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...