Sunday, March 29, 2020

Galau, Aliz

Cubaan tujahan siku ke dagu Leong berjaya dielak oleh pemuda Cina itu. Dia tersengeh-sengeh melihat Aliz yang sedaya mencuba. Aliz tidak membuang masa chudan giri atau tendangan dada tepat ke dada Leong melepaskan rasa kecewanya.

Badan Leong tertolak ke belakangan akibat sepakan Aliz. Kali ini Aliz pula tersenyum puas.

Dia tahu sepakannya tidak sekuat mana dan langsung tidak akan menyakitkan Leong cuma Leong akan tersasar kebelakang.

Leong pula pantas kembali bersedia sebaik kembali mengimbangi badannya.
Kali ini dia membuat posisi Neko Achi dachi iaitu cara posisi kucing berdiri ketika bersedia berlawan. Posisi Leong di tiru Aliz bersama posisi tangan Shoto ugey iaitu jurus pisau tangan.

Mereka berpandangan, Leong hanya bertahan tanpa sebarang riaksi untuk menyerang balas. Aliz tanpa lengah melepaskan Jodan tzuki iaitu tumbukan ke muka Leong, namun sebelum sempat tumbukan Aliz tiba, Leong pantas  memangkah kaki Aliz, menyebabkan dia terjatuh.

'hahahahahaha...... ' gelak Aliz sebaik terjatuh.

Leong menyeringai memandang sambil mendepa tangan.

'hey your cat stand was so weak, you supposed not to fall. Just to move your leg a bit ma' ucap Leong serentak menghulur tangan membantu Aliz bangun.

'ya lor... I was just focusing to punch your face' balas Aliz

'that's what we called a sin' balas Leong membuatkan mereka berdua ketawa.

Sensei di tepi bilik latihan mengeleng kepala sambil mendekati mereka berdua yang masih berbual bekenaan aksi mereka.

'Aliz, improve your cat stand, it was too weak, the tournament is in the corner.  Are you both joining?' Ucap sensei.

Aliz mengeleng kepala menandakan dia tidak turut serta. Sememangnya dia tidak pernah sertai mana-mana petandingan manakala Sensei tidak jemu mengajaknya.

'as usual Sensei, I'll get my rep to join, Leong' kata Aliz membalas kata-kata Sensei, sambil menepuk bahu Leong.

Mereka bertiga sama-sama ketawa.

'hahaha... I'll make you proud Lengloi' balas Leong.

'Aliz, kickboxing lama tak pergi. Jom la kita lawan sana. Sir Hamid sudah rindu' ajak Leong. Mereka berdua sama-sama aktif dalam sukan lasak itu cuma Leong lebih menyerlah kerasa sering menyertai kejohanan manakala Aliz hanya aktif di kelas latihan.

'boleh.. nanti kita pergi' Aliz memberi jaminan.

'send my regard to Hamid, lama tak jumpa la' sampuk Sensei. Sir Hamid yang dimaksudkan mereka adalah jurulatih kickboxing mereka berdua yang juga kawan Sensei ketika sama-sama di university. Selepas belajar mereka terpisah namun berjumpa kembali dia arena seni mmempertahankan diri namun dalam bidang berbeza.

Abdul Aali setia duduk di bangku kosong yang tersedia di belakang bilik latihan memerhati Aliz yang galak berlatih. Riak mukanya kadangkala jelas kerisauan apabila Aliz terjatuh atau gagal mengelak tumbukan dan sepakan rakan latihannya.

Bukan dia tidak pernah meminta Aliz menceburi bidang lain namun kerana Aliz terlalu minat dia hanya terpaksa membenarkan.

Aliz mendekati Abdul Aali sebaik latihannya tamat. Sehelai tuala kecil dihulurkan oleh Abdul Aali juga sebotol air mineral. Aliz gopoh mencapai keduanya kencang menghirup air yang dihulur dengan tangan kanan sekaligus tangan kiri mengelap2 peluh dileher dan didahinya. 

'hati-hati' ujar Abdul Ali perlahan.

Sebaik menukar pakaian Aliz kembali berbual dengan Leong dan beberapa rakan lain. Topik kali ini berkisar tentang persediaan mereka untuk kejohanan yg bakal tiba. Aliz akhirnya minta diri untuk pulang dahulu apabila melihatkan Abdul Aali sudah turun dahulu.

Abdul Aali menanti Aliz di hujung anak tangga. Sering Aliz dimarahi sensei kerana gemar membuat Abdul Aali menunggu lama. 

Abdul Aali hanya tersenyum tanpa banyak bicara. Sesekali berbual juga dengan rakan-rakan Aliz yang menyapanya ketika mereka turun. Lirikan matanya sering ke Aliz. Aliz terburu-buru turun mendapatkan Abdul Aali.

Mereka berjalan menuju ke kedai yag sering mereka singgah selepas sesi latihan Aliz. Hanya selang bererapa lot kedai dari tempat latihan Aliz.

Beberapa ekor anak-anak kucing mengiau di kaki Abdul Aali ketika mereka sedang duduk dikedai makan itu. Abdul Aali gemar melayan dan bermain dengan anak-anak kucing tidak kira di mana.

Leong melambaikan tangan sebaik melepasi kedai. Berkerut dahinya melihat Aliz sendirian seperti selalu menghabiskan masa sendirian. Dia pernah cuba menemani tetapi Aliz agak terganggu dengan kehadirannya. Oleh itu dia tidak pernah menganggu Aliz selepas kelas.

Aliz bangun dan berjalan keluar perlahan menujun ke kereta yg dipakir berdepan dengan kedai makan yang mereka kunjungi. Aliz mendahului dan membukakan pintu bahagian pemandu manakala Abdul Aali kemudian masuk dan duduk dia sebelah pemandu.

Aliz perasan dia di perhatikan. Sensei berdiri di beranda kelas dibahagian atas kelas memandangnya. Tiada senyum, Aliz melambai ke arah Sensei dan dia meluncurkan keretanya keluar dari kawasan itu.

Realitinya itu hanya imiginasi Aliz.

Aliz berimiginasikan tentang Abdul Aali yang sentiasa di belakang kamar kelas menyaksikan dia berlatih dan kawan-kawan akan kehairanan kerapa acapkali dia dilihat memandang kebelakang dan tersenyum. Dia hanya memandang bangku yang kosong. Apakah ada di situ bisik hati mereka..

Imiginasinya Abdul Aali beriya memujuknya menukar bidang yang diceburinya ke arah bidang yang lebih lembut dan tidak terlalu kasar. Abdul Aali risaukan keselamatan dirinya.

Aliz membayangkan Abdul Aali setia menanti di hujung anak tangga setiap kali kelas berakhir dan sikap keterburuan Aliz sering di tegur, apakah yang dia kejarkan kerana dia akan buru-buru menghabiskan perbualan seolah ada yang menunggu.

Hakikatnya Aliz hanya sendirian menuruni tangga dan terus ke kedai minum seorang, tetapi dia boleh duduk berjam lamanya.

Tiada Abdul Aali
Tiada
Tiada

Hanya kerinduan dan rasa cinta yang setia menghidupkan kebahagiaannya.

Menungnya semakin menjadi dan senyumannya semakin tidak ikhlas.

Semalam dia bermimpi lagi, mimpi mencari Abdul Aali. Dia bersendirian berjalan ke hutan pekat tanpa arah, tiada pedoman cuma harapan Abdul Aali akan muncul.

Tiada lagi Abdul Aali walau ketika dia terdesak, ketika dia benar memerlukan sesorang.

Abdul Aali tidak pernah ada lagi untuk dia.
Di malam hitam pekat, ketika dia tersesat Abdul Aali tidak datang menunjuk jalan. Dia saat dia cemas dihadang lelaki-lelaki durjana, Aliz tetap sendirian berani melawan mereka. Abdul Aali tidak lagi dia temui.

Tidur kerap diganggu igau..
Sepoi angin itu ada... tetap ada..
Hanya Abdul Aali yang tiada..

Gelang pemberian Abdul Aali dirabanya dan selepas puas meraba dan membelek gelang itu dia menekup mukanya dengan kedua tapak tangannya sambil menarik nafas dalam-dalam.

'Aali...' ucap bibirnya.

Rindu yang tidak ada siapa yang tahu, sakit hati yang perit. Aliz merasa asing dan sunyi..

'Aali, awak janji nak teman Aliz selamanya, awak tipu' bisik Aliz sendirian ketika memandu.

Pandanganya static ke hadapan, memandu lurus untuk pulang.

Sejak peristiwa dia berjumpa keluarga Aali, Aliz kembali galau seperti dulu ketika mula-mula dia kehilangan Abdul Aali.

Aliz tiba di rumah seperti biasa, agak lewat jika dia ke kelas karatenya. Kelihatan kereta Honda CR-Z Zaquan di parkir diluar pagar rumah kakaknya.

Apabila Aliz memasuki perkarangan rumah kakaknya, kelihatan Zaquan sedang duduk di kerusi batu yang terletak di perkarangan laman bersama Dina. Mereka sedang berbincang sesuatu sambil keduanya merujuk kepada buku yang terbentang di meja hadapan mereka, pada hemat Aliz mungkin Zaquan sedang mengajar Dina tentang kerja sekolah kerana sememangnya Zaquan dengan tidak rasmi telah menjadi guru mata pelajaran sekolah Dina dan Hanif. Dina dan Hanif sering meminta pertolongan Zaquan apabila ada masalah tentang pelajaran sekolah terutamanya sains dan matematik.

Mereka berdua berpaling memandang Aliz sebaik kereta Aliz memasuki perkarangan rumah.

Pantas Hanif melompat keluar dari pintu depan sebaik derum enjin keretanya dimatikan.

'maksu !' Jerit Hanif. Dia terhengeh-sengeh dan berlari membukakan pintu kereta Aliz.

Aliz cepat-cepat keluar dan mendapatkan Hanif, dia membongkok dan mencium pipi Hanif sebelum memegang tangan Hanif dan seiring berjalan menuju ke arah Zaquan dan Dina.

Tangan Aliz dikucup Hanif sebagai tanda hormat. Mereka beriringan menuju ke arah Zaquan dan Dina.

'Maksu, kitorang makan KFC tadi dengan uncle Wan' ceria Dina menceritakan. Zaquan hanya memandang tersenyum dan dibalas Aliz.

'mana mama' tanya Aliz kehairanan.

'mama demam' balas Hanif.

'Ye Anis demam. Tadi dia call Wan minta tolong tengokan her kids. Tu yang Wan datang ni. Wan tahu Aliz ada training, so I don't bother to call you' terang Zaquan.

'hmmmm.... siannya awak' Aliz memeluk Dina dan Hanif memujuk mereka.

'jom kita tengok mama, kita bawa mama ke klinik' 

'Liz, I think she's fine, she's sleeping now. Wan nak balik ni' pintas Zaquan.

'oh ok... Thanks a lot. I owe you this' balas Aliz.

'Yes, you owe me alot' balas Zaquan sambil mengenyitkan matanya sebelum beredar.

Aliz hanya tersengeh, pandangannya mengiringi Zaquan yang berlalu sehingga kelibatnya tidak kelihatan. Angin sepoi lembut menyapu wajahnya. Aliz seolah tersentak dan dia berpusing mencari Ameena, dia tahu gadis itu ada di situ. Namun harapannya hampa kerana Ameena tidak muncul. Aliz menutup pintu pagar dan kemudiaanya melangkah masuk ke dalam.

Dina dan Hanif sudah di bilik masing-masing.
Aliz cuba mengingatkan mereka untuk gosok gigi dan basuh kaki sebelum tidur dan dia menjengoj kakaknya di bilik utama. Kelihatan Anis sedang nenyak di buai mimpi.



No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...