Aku masih lagi melihat angkau datang menghampiri seperti biasa bertanyakan hari-hari ku... bertanyakan kemana untuk kita bersama-sama menghabiskan masa..
Aku masih lagi melihat engkau memandang dan tersenyum bila aku membalas pandangan kamu. Kita sama-sama tersenyum.. hati aku sentiasa senang dan riang. Kepak-kepak rama-rama diperut sentiasa ada membuatkan aku ketidaktentuan.
Senyum yang menghilangkan resah aku..
Kerinduan yang ada ini, bukan kerinduan yang biasa-biasa... kerana aku tidak biasa menanggung rindu sebegini. Begitu seksa dan menyakit yang airmata akan terurai setiap kali hati menarik-narik ingatan tentang kamu.
Iya... akulah si ego itu yang membuang engkau. Yang dengan sombongnya mengabaikan engkau walau saban kali engkau ucapkan kau cintai aku.
Hati dah fikiran adakalanya tidak seiring bila fikiran menolak namun hati berkeras tetap menunggu cinta engkau yang terang-terang tidak akan menjadi nyata.
Sakit..
Iya aku sakit kemaruk asmara dari seseorang yang telah Allah ikatkan dia.
Aku menjauh kerana Allah.
Allah tidak suka orang yang mengambil hak orang lain...
Demi Allah aku lakukan kerana Allah...
Demi Allah aku lakukan demi mengharapkan redho Allah
Demi Allah kini aku sangat terseksa...
Demi Allah aku kuatkan diri kerana aku tahu Allah tidak akan sia-siakan aku..
Demi Allah... aku lepaskan diri kepada Allah yang satu.....
Demi Allah aku menunggu, apakah yang seterusnya yang telah dituliskan untuk aku.
Iya.. aku tetap mengharapkan keajaiban, keajaiban dari Allah untuk kita....
Aku menunggu dan aku redho...
Allahu.....
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...