Aali
Ingatan ini tidak boleh lari untuk tidak mengingatimu..
Salahkah aku untuk tidak berganjak..
Semalam aku hadirkan diri ke tempat kita
Walau aku tahu harapanku nipis yang kau akan ada... sekurang-kurang hati ini terubat melihat tempat kita.
Aku tidak bebas melihat kau, aku tidak boleh ke sana tanpa jemputan... namun untuk aku ber'jemu padamu adalah satu yang mustahil.
Cinta yang aku lepaskan ini hanya untukmu.
Aku tunggu kau Aali.
Aliz duduk berbuai kaki di pondok belakang rumahnya. Matanya lurus memandang ke tengah kolam ikan ayahnya.
Dulu selepas mula-mula ditinggalkan Abdul Aali hidupnya agak tidak keruan. Lama untuknya mengumpul semangat sedang dia berperang dengan emosi sendiri. Yang paling sukar adalah kerana dia tiada siapa - siapa untuk bercerita. Kewujudan Abdul Aali tiada siapa yang tahu. Dia hanya sendiri.
Dia mengesat airmatanya yang mulai membasahi pipi. Perlahan-lahan dia bangun berlalu meninggalkan pondok itu.
Besok dia akan balik ke Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...