Wednesday, July 26, 2017

5, FITRAH BERBEZA


'fitrah kita berbeza, walau fizikal kita kelihatan sama' terang Abdul Aali kepada Aliz yang setia terhadap hujahannya.

'kelebihan lain yang ada pada kejadian awak ?' tanya Aliz.

'Kami tiada kelebihan yang lain, kami tidak boleh meramal masa depan, ajal dan jodoh juga. Semuanya dari Allah. Kami juga berhadapan dengan dosa dan pahala, walau ada diantara kami yang terang-terangan ingkar. Samalah juga dengan kaum awak kan' Aliz hanya tersenyum.

'tapi macam mana pulak awak dapat meramal kejadian buruk yang terjadi dan awak dapat menyelamatkan Liz ? Tanya Aliz.

'itu cuma rasa gerak hati kami yang kuat, biasanya kami lebih peka terhadap keadaan sekeliling. Gerak hati yang lebih peka terhadap mereka yang kami dampingi walau dimana kami berada ketika itu' sambung Abdul Aali lagi.

'ketika hari Liz kemalangan dengan Aled?' soal Aliz inginkan kepastian.

'Iya, saya tidak bersama Aliz ketika itu tetapi gerak hati saya merasakan sesuatu yang berlaku dan saya tidak dapat menjangka apa-apa. Oleh itu saya perlu pantas mendapatkan Aliz' sambung Abdul Aali dengan wajah tenangnya.

Si tompok lena di riba Abdul Aali, adakalanya Si Tompok lebih akrab bersama pemuda itu berbanding Aliz sendiri, dia pun tidak pasti atas tarikan apa kerana dia juga begitu. Tutur kata yang tidak pernah menyinggung perasaannya juga segala perbuatan yang terlalu santun di pandangan matanya. 

'Kita berbual lagi nanti, ibu Liz akan ke sini sekejap lagi. Assalamualaikum' serentak dengan itu Abdul Aali hilang dari pandangannya bersama angin lembut yang menghembus ke wajahnya.

Si Tompak tiba-tiba beralih dengan elok di lantai dangau dan masih terlelap seperti tiada apa yang menganggunya. Ibunya tiba sambil menjenjing sebuah bakul dan gunting kecil khas. Gunting tersebut akan digunakan untuk menggunting cili api yang ditanamnya atau menggunting daun-daun pokok yang telah layu. Tanpa menegur Aliz ibunya terus ke pohonan kedondong yang sebaris dengan pokok ceri di sisi pondok.

Aliz bangun mengekori belakang ibunya, diikuti Si Tompok selepas mengeliat beberapa kali.

'mak, pinjam gunting nak ambil terung pipit' Aliz memulakan bicara selaku menegur ibunya.

'ha nah, kau kutip semua terung-terung tu, boleh bagi maklang kau. Kalau biarkan lama-lama buat busuk aje'. Kata ibunya sambil menyerahkan gunting di tangannya.

'Kalau biar pun takpe bagi binatang makan' perlahan suara Aliz menjawab sengaja tidak mahu ibunya mendengar. Ibunya pula telah berlalu ke hujung pagar tanah mereka sambil meninjau-ninjau perdu pokok-pokok buluh yang lebat menghutan. Itu adalah perkara biasa baginya kerana ibunya gemar mencari rebung buluh untuk dijeruk kadangkala apabila terlalu banyak rebung yang ada dan dijeruk, ibunya akan hantar ke pasar untuk dijual di kedai kenalannya. Begitu juga dengan hasil-hasil tanaman yang lain.

Angin sepoi menghembus lembut ke wajahnya, aliz sudah semakin biasa dengan hembusan itu yang mana memberi petunjuk kepada kehadiran Abdul Aali disekitarnya. Dia hanya tersenyum sendirian sambil memetik tangkai-tangkai terung pipit di pinggir kolam ikan. Si Tompok mengiau-ngiau di perdu pohonan buluh disisi ibunya yang sedang mencari rebung. Aliz semakin mahir terhadap ngiaun Si Tompok, dia yakin Abdul Aali ada berhampiran ibunya, kerana Si Tompok sering mengiau begitu terhadap pemuda buniannya itu. Setelah berpuas hati terhadap hasil kutipannya Aliz meninggalkan ibunya sendirian, Si Tompok tidak mengikutinya, mungkin masih ingin bersama dengan rakan misterinya itu.

Aliz terus ke dapur dan mengintai makanan di bawah tudung saji yang terletak di atas meja makan didapur.

Goreng cempedak terhidang dan baunya membangkitkan seleranya yang sememangnya lapar. Pantas dicapainya teko dan membancuh air nescafe serta meyusun 3 biji gelas di atas dulang kecil untuk mereka bertiga.

Ayahnya bila-bila masa sahaja akan pulang ke rumah dari mengimami solat asar di masjid. Aliz mengambil beberapa biji cucur cempedak meletakkannya di dalam piring serta segelas air nescafe dan berlalu ke biliknya.

Buku-buku yang berserakan dimeja belajarnya dikemaskan. Dia meletakkan piring cucur cempedaknya dan air nescafe itu di atas meja sebelum dia ke bilik air untuk berwudu'. Ketika dia di bilik air, dia terdengar daun pintu yang dikuakkan, dia pasti ayahnya sudah pulang. Selesai berwuduk Aliz menjengah ke dapur mencari ayahnya namun dia tidak nampak kelibat ayahnya. Aliz berlalu kebilik untuk solat.

Selepas selesai solat dan mengemas telekungnya Aliz, duduk di meja belajarnya. Tiba-tiba pintu biliknya ditutup dengan kuat. Aliz pantas berpaling, kelihatan Kudin jiran sebelah rumah nya tersengeh memandangnya sambil tangannya mengunci pintu.

'Kudin, kau buat apa dalam bilik aku ? Keluar' arah Aliz.

'Marilah sayang.. aku dah lama perhatikan kau' balas Kudin membuatkan Aliz loya akan gelagat yang sengaja dibuat-buatnya.

'Keluar' arah Aliz, kali ini suaranya agak meninggi...

Kudin semakin mendekatinya...

Tiba-tiba wajah Kudin berubah dan dia tergopoh berlari keluar dari bilik. Aliz kaget dengan perubahan Kudin tiba-tiba. Kedengaran langkah seribu Kudin keluar dari rumahnya. Aliz mengekori Kudin, dengan sekali lompatan Kudin melompat pagar setinggi pinggang yang memisahkan rumah mereka berdua.
Aliz kaget dan keliru.. dadanya berdedar rancak. Seketika kemudian ayahnya tiba di pintu pagar rumah dan hairan memandang Aliz yang kelihatan cemas di muka pintu.

'kenapa ?' tanya Ayahnya, bermakna dia tidak nampak Kudin yang berlari keluar.

'tak ada apa-apa' Balas Aliz.

'minuman dah sedia di dapur, minumlah yah' pelawa Aliz bertujuan mengalihkan fikiran ayahnya. Ayahnya hanya mengangguk dan berjalan terus menuju ke pintu dapur. Aliz sangat maklum yang ayahnya akan memasuki rumah melalui pintu dapur. Aliz pula beralih kembali ke biliknya. Si tompok sudah tercegat di dalam biliknya dan mengiau manja ke kakinya apabila Aliz masuk ke bilik.

Aliz memandang keliling biliknya mencari kelibat Abdul Aali, angin sepoi lembut menyapa wajahnya namun pemuda itu tidak kelihatan. Aliz pasti Abdul Aali lah yang membantunya seperti selalu.

Dada Aliz masih berombak, dia serba salah untuk memberitahu ayahnya. Kudin bukanlah orang lain, ibu Kudin merupakan makcik kepada ibunya. Keluarga mereka memang bukan orang lain. Percayakah ayahnya nanti kerana Kudin budak yang sangat baik dan sering membantu ayahnya di kebun. Dia sangat ringan tulang dalam menghulurkan bantuan. Kalau kenduri-kendara di kampung Kudin sentiasa ada.

Sedang Aliz mengelamun, Aliz terdengar suara ibu dan ayahnya berbual di dapur. Aliz cepat-cepat keluar ke dangau kerana ketiadaan ibunya di dangau Abdul Aali akan keluar menemuinya. Tompok berlari-lari mengejar langkahnya.

Abdul Aali sudah menanti.

'Assalamualaikum' tegur Abdul Aali memulakan bicara.

'Terima kasih sekali lagi' balas Aliz tanpa menjawab salam.

'tak jawab salam saya ?' balas Abdul Aali.

'Waalaikumusalam' balas Aliz pantas.

Abul Aali seperti biasa dengan senyumnya yang secara tidak langsung menghilangkan kerisauan Aliz.

Tiba-tiba Aliz merasa begitu tenang.

Tompok melompat duduk di atas dangau sambil membersihkan diri.

'Kudin dan lama simpan perasaan pada Aliz' Abdul Aali menerangkan tanpa sempat dia tanya.

'Cuma dia takut untuk memberitahu Aliz' sambung Abdul Aali.

'so ?!' Aliz membalas. Tiba-tiba merasa sangat marah dengan Kudin.

'Insyallah, saya akan cuba pastikan dia takkan ganggu Aliz lagi' Janji Abdul Aali tanpa di minta.
Janji Abdul Aali sedikit sebanyak mententeramkan Aliz.

'Nak jalan-jalan ?' tanya Abdul Aali.

'ke kampung awak ?' balas Aliz

'boleh ke ?" tanya Abdul Aali lagi.

Aliz cuma membalas dengan senyuman, sepantas itu dia sudah berada di padang yang sama hari itu. Bukan lagi di dangau tepi kolam ikan ayahnya. Dia tidak lagi memikirkan Kudin.

'nah. Abdul Aali memberi sekuntum bungan yang sangat wangi yang dia sendiri tidak pasti jenis bunga itu.

Mereka berjalan menyusuri lorong berpasir putih. Suasana sangat damai dan nyaman. Jelas kedengaran bunyi burung-burung berkicauan. Mereka melalui kawasan kampung yang sangat bersih dan tersusun. Kali ini Aliz tidak berasa asing lagi dan dia sudah dapat mengenali yang mana satu rumah Abdul Aali.

'nak ke rumah saya' tanya Abdul Aali.

'err.. err tak apalah, lain kali' takut-takut Aliz menjawab takut melukakan perasaan Abdul Aali.

'tak apa' datar suara Abdul Aali, tetapi masih tersenyum.

'keluarga awak tahu kita selalu berjumpa ?' Aliz bertanya soalan yag dia sendiri tidak terfikir untuk bertanya.

'ya mereka tahu' balas Abdul Aali.

'oh..' balas Aliz. Tiba-tiba perasaannya tidak keruan. Bagaimanakah keluarga Abdul Aali ? Adakah mereka sebaik Abdul Aali atau sebaliknya.

'risau ?' soal Abdul Aali seolah mengerti perasaan Aliz. tanpa menjawan Aliz hanya mampu mengangguk.

'sebenarnya antara keluarga saya dan keluarga awak sudah lama saling mengenali tetapi tidak secara langsung' Abdul Aali memulakan cerita membuatkan Aliz tertanya-tanya. Langkahnya terhenti, dia memandang Abdul Aali mohon Abdul Aali meneruskan ayat.

'ayah dengan ibu Aliz tahu ?' pantas soalan keluar dari mulut Aliz.

'ayah dengan ibu Aliz tahu tetapi mereka tidak pasti dan mereka juga tidak tahu kewujudan kami. 

Bagi mereka kami adalah satu cerita yang disampaikan turun temurun sejak moyang Aliz' Abdul Aali menyambung menyebabkan Aliz terkesima.

Aliz terdiam...

'mari kita ke sana' ajak Abdul Aali sambil mempelawa Aliz ke wakaf kayu di tepi sungai. Cantik, sangat unik dan sangat tradisional bentukya. Terdapat pokok bunga yang melilit melingkari ke empat-empat tiang wakaf itu hingga ke bumbung. Bumbungnya pula lutsinar bukan seperti bumbung yang biasa Aliz nampak di dunianya. 'Ah segala-galanya berbeza getus hati kecilnya'. Dia berjalan menuju ke wakaf dan lantas duduk. Abdul Aali di belakangnya.

'ceritalah..dari mula' desak Aliz.

'awak tidak pernah bertanya tentang usia saya' Abdul Aali membalas dengan pertanyaan.

'eerrr.. berapa usia awak ?' Aliz bertanya malu-malu.

'berbanding dengan awak saya lagi tua dari moyang awak' balas Abdul Ali tersenyum memandang Aliz membuatkan jantung gadis itu bedegup kencang.

'hah...!' hanya itu yang terlontar dari mulut Aliz.

'saya tak tipu, saya kenal sangat dengan moyang Aliz. Aliz sendiri pun tidak kenal dengan dia kan' jelas Abdul Aali membuatkan mulut gadis itu ternganga luas.

'moyang awak bidan dan dia seorang yang baik dan cantik'

'awak sebenarnya mewarisi kecantikan wajahnya dan saya berani kata awak jugak baik kan...' sambung Abdul Aali di sertakan dengan seloroh. Aliz tertunduk malu.

'Aliz pernah tengok gambar nyang tapi gambar lama dan dia juga dah tua dalam gambar tu' balas Aliz masih malu-malu di puji sedangkan dalam hatinya sangat berbunga.

'Aliz tahu nyang seorang bidan, mak selalu cerita' sambung Aliz lagi.

'macam mana awak kenal dia dan macam mana bermula nya hubungan dengan awak' Aliz menyambung.

'cukuplah jika katakan yang hubungan kami bermula pertolongannya dan kemudian disambung dengan persahabatan. Sebagai membalas budinya juga kami sedia membantu keluarganya pada bila-bila masa'.

Aliz semakin teruja mendengar cerita Abdul Aali.

'pertolongan ?' tanya Aliz.

'iya pertolongan' balas Abdul Aali.

'dan sebagai membalas budi kami telah berjanji untuk menjaga keturunannya selama-lamanya' sambung Abdul Aali menyebabkan Aliz ternganga.

****
Aliz masih di kantin bersama Iloi, tangannya masih bermain-main dengan sudu di mangkuk megi yang baru dihabiskannya. Fikirannya melayang jauh. Rombongan pelajar ke Pulau Perhentian telah ditetapkan pada cuti penggal kedua. Aliz masih ragu-ragu untuk meminta kebenaran ayahnya. Kawan-kawannya begitu beriya-riya mengajaknya turut serta.

'Beb... Pulau Perhentian jadi tak?' tanya Iloi tiba-tiba, seperti dapat meneka fikirannya.
'hmmmm... Tak tahu la... Bapak aku tu bukan kau tak biasa. Ngeri la nak mintak permission...' balas Aliz sambil mengetap bibir.

'hahahaaa.... Aku tahu. Kau cakap la aku pegi.. I'll take care of you. I promise.. like I always do.. Hahahaaa' sambung Iloi disambung gelaknya.

'huh take carelah sangat!' gerutu Aliz. Matanya kembali bersinar apabila kelihatan Aled berjalan menuju ke arahnya sambil mengalas beg plastik berisi jersi bola sepak. Lantas Aliz teringatkan tentang perlawanan bola sepak sekolahnya menentang Sekolah Tun Ali petang besok. Aliz telah dimaklumkan oleh Aled sejak minggu lepas dan Aliz perlu ada. Aled sering mendesaknya untuk turut serta dalam apa jua aktivitinya. Aliz perlu datang menyaksikan perlawanan bola besok itu.

'Hei...' tegur Iloi pada Aled. Aled mengangkat tangan membalas sapaan Iloi sambil tersenyum lebar. Punggungnya di labuhkan di kerusi mengadap Aliz.

'Liz... Miss U' tegur Aled sambil mengenyitkan matanya pada Aliz. Aliz hanya tersenyum. Tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya. Iloi memasang telinga dan kemudiannya hanya mampu tersenyum.

'Iloi, stok buku baru dah sampai. Nak booking dulu bolehlah. Macam kita order hari tu, marvelous... We will make sure all the book we have in the stock are really updated' Aled memberitahu Iloi. 

Sememangnya mereka berdua adalah merupakan ahli jawatan kuasa perpustakaan sekolah termasuk Aliz. Selalunya mereka sendiri yang merancang buku apa yang ingin di tempah. Senarai buku-buku yang dikenal pasti akan dirujuk kepada cikgu untuk kelulusan sebelum berhubung terus dengan perpustakaan negara atau pembekal.

'Cantek... Aku booking sekarang' balas Iloi sambil terus bangun ingin melangkah.

'Rilek la dulu, I'm still got something to talk' Aled menahan membuatkan langkah Iloi terbantut.

'Is the Perhentian trip all arranged?' Aled bertanya..

'Arrangement done but the thing is.. Organiser still not sure whether to go or not' Iloi menyambung sambil mendepa kedua tangannya dan mengangkat bahu. Dia pantas berlalu meninggalkan Alez dan Aled.

'Liz, you are not going aren't you? ' Aled bertanya pada Aliz. Aliz hanya menunduk. Tangannya masih bermain-main dengan sudu di mangkuk meginya.

'Liz.... 'panggil Aled lembut.

'ok.. I'm not going either' sambung Aled apabila Aliz hanya mendiamkan diri. Aliz memandang Aled...

'Led, janganlah macam tu. Ni kan projek Aled. Liz cume tolong arrange je' akhirnya Aliz bersuara.

'Pergilah and have some fun' pujuk Aliz.

'Aled ni comellah kalau buat muncung itik' gurau Aliz memujuk Aled.

'lagipun Jue kan ade, she need someone' sambung Aliz. Jue adalah rakan kelas Aled yang sering menarik perhatian Aled dengan memberi surat dan kadang-kadang hadiah pada Aled.

'hahaahahahaa.... Jue.. Hahahaaa.... You really make me laugh' tawa Aled tiba-tiba. 'budak sengal' sambung Aled.

'jom pergi Library, kita kena witness Iloi. Takut dia songlap buku banyak-banyak macam sekolah bapak dia' Aled menukar topik membuatkan Aliz tergelak. 

'Fine, let's go' balas Aliz serentak dengan itu mereka berdua bangun melangkah ke perpustakaan.

'jersi ni taknak hantar asrama dulu ke?' tanya Aliz melihatkan karung jersi Aled di atas meja kantin.

'Takpe boleh simpan dalam stor library' balas Aled sambil menjinjing beg sekolah Aliz.

'dont forget to publish the info about the new books arrival. Mesti semua orang excited ni' Aled memberi arahan kepada Aliz. Mereka bertiga mempunyai peranan masing-masing dalam menguruskan perpustakaan sekolah mereka. Iloi lebih kepada bahagian iventori, Aled bahagian tempahan manakala Aliz bertindak sebagai agen maklumat. Namun mengenai kenal pasti jenis-jenis buku adalah dibuat bersama setelah merujuk kepada guru-guru dan para lelajar lain.

'jangan risaulah tu.. dah dalam action item dah' balas Aliz yang hampir-hampir terjatuh ke longkang yang memisahkan laluan ke perpustakaan dan laluan besar. Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga meluru keluar dari bilik kemahiran hidup lalu melanggar Aliz yang leka menyemak senarai kerja yang perlu dibuat sambil berjalan. Mujurlah Aled pantas merangkul pinggang Aliz membuatkan mereka berdua hampir terjatuh.

'sesesorry bang.. Sorry bang' budak itu.meminta maaf takut-takut.

'jalan tu pandang lah' marah Aled tapi yang jelas Aliz pun salah juga kerana tidak memberi perhatian pada langkah kakinya kerana sibuk membaca sambil berjalan.

'takpelah Led. Fauzi tak sengaja tu' Balas Aliz. Nama budak tersebut dikenalpasti melalui nama tang tertera di tanda nama di bajunya.

Aled masih tidak berpuas hati. Aliz segera memberi isyarat supaya Fauzi berlalu dia tidak mahu Aled memanjangkan cerita.

Fauzi meninggalkan mereka namun anak mata Aled mengekori langkah Fauzi sehingga Aliz menarik Aled masuk ke perpustakaan.

'keep calm lah..' pujuk Aliz.

'ok.. I just dont want you to get hurt' balas Aled.

'as you can see I'm alrite' pujuk Aliz lagi.

Tiada kata-kata dari Aled. Aliz tidak mengendahkan Aled lagi dia segera ke bilik pejabat perpustakaan. Iloi baru memulai aktiviti penyusunan buku-buku di rak utama.

**
Jam menunjukkan ke pukul 3 petang.

'Iloi, balik tak' tanya Aliz pada Iloi perlahan namun Iloi yang masih leka dengan kerja-kerja iventorinya tidak mengendahkan Aliz. Pertanyaan Aliz tidak didengari Iloi namun Aled yang memberi respon untuk menghantar Aliz dengan memberi bahasa isyarat. Aled kemudiannya bergerak berbisik ke  telinga Iloi dan Iloi mengangguk serta memandang Aliz membuat isyarat tangan bagus. Aled mengangguk sambil mengapai begnya sambil berlalu keluar. Aliz mengekor di belakang Aled seolah telah wujud satu persepakatan antara Aled dan Iloi dalam urusan menghantar Aliz balik.
Ketika berjalan ke station bas, pamandu kereta merah kelihatan sedang menunggu seperti selalu.

‘huh! As always..' dengus Aled apabila melihatkan kereta merah di luar pagar sekolah berdekatan dengan perhentian bas. 'I call Iloi to accompany you until home'

'takpelah.. You dont worry i'll be safe...' yakin Aliz.

'He can’t do anything...'

'never underestimate people Liz'

'Yellah... so how..? turning back or what?' balas Aliz malas mahu berbalah dengan Aled yang selalunya memang setiap kali mereka berbalah.

'woiiii....' kedengaran sayud-sayup Iloi memanggil sambil berlari ke arah Aled dan Aliz.

'aku tak larat dah susun buku, shift petang dah datang ambik alih library. malas aku tunggu.. banyak buku aku nak baca ni' Iloi termengah memberi penjelasan sebaik tiba.

Pemilik kereta merah hanya memerhati...

'Iloi, aku tasa tak sedap hati la dengan mamat ni.. ikut kan hatiiii.. eiii' Aled berkata kepada Iloi.

'relek la... aku ada...' Iloi masih bergurau sedangkan Aled sedang series.

'over tau' sampuk Aliz.

‘whatever !’ sambung Aliz lagi sambil mengangkat bahu.

‘jom bas sampai dah. Ok Led I’m in charge.. don’t worry’ Iloi berkata kepada Aled sambil berjalan menaham bas.

Aliz hanya tersenyum memandang. Pemilik kereta mewah hanya memerhati. Beberapa pelajar lain juga semakin mendekati mereka apabila bas yang di tahan Iloi berhenti.
Aled melambaikan tangannya ke arah Iloi dan Aliz dan di balas mereka berdua.


No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...