Maafkan aku Ya Rab
Permintaan ini agak keterlaluan..
Aku tak sanggup lagi
Menjadi penagih cinta
Sedangkan aku tahu
Tiada jalan lurus untuk kami..
Ya Rab
Acapkali aku meminta
Acapkali aku memohon..
Maafkan aku untuk ini...
Ya Rab
Beratnya hatiku untuk meluahkan
Aku tahu kau tahu...
Namun bait-bait kata harus dilontarkan..
Demi melepas rasa hati yang rawan...
Ya Rab
Kau tahu rasa didada ini
Irama cinta berlagu sendu...
Apalah cinta jika diiring dosa dan sendu...
Manakah bahagianya..
Ya Rab
DemiMu... kau ambillah rasa cinta ini
Hapuskanlah resah dan dendam ini
.
.
Kerana cinta ini adalah dosa...
Aku mahu kecapi manis janjiMu
Kerna aku yakin padaMu
Ya Rab
Bila napas2 orang bernada lembut
Bila malam menganjak lewat
Aku sujud padaMu hanya padaMu..
Aku mohon...
Deraian airmata melepaskan doa...
Kerana inilah cinta yang agung buat pertamanya...
Aku lepaskan keranaMu...
Biarlah rindu ini kering
Biarlah rindu ini gersang
Atas namaMu Ya Rab...
Hapuskanlah dosa ini
DemiMu Ya Rab... lepaskanlah aku dari cinta dunia yang hangat..
No comments:
Post a Comment
I like to see your comment...