Sunday, November 24, 2013

'Awat hang speaking utara ?'

'Awat dok speaking Kedah, hang bukan orang nismilan ka ?'
'Dok nismilan.. cakap la nismilan...'

Heheehe jangan la heart feeling...
'Erk !'
'IC saya 02, jadi chek orang Kedah la...'
Picture from internet
Tak tau la.. I'm still think and always think that I'm part of Darul Aman. Kami orang Yan Besaq, Kedah. Budak berek polis.
Tiba-tiba gambaran Pantai Murni menjelma..

Picture from internet
Belemoih kutip siput dengan ketam kat Pantai Murni. Pantang ada assignment sekolah yang kena ada siput ka pasiaq ka.. 'strong reason to obtain the approval to go'
Petang-petang kadang-kadang bila abah off, abah bawak jalan-jalan pi pantai. Masih terbau-bau bau pasiaq dengan ombak laut. Kadang-kadang angin kuat rasa macam boleh terebang.
Kut mana pi pun mesti ada ja yang teguq abah. Uui glamer abah kami. Padahal mata-mata ja pun.

Kat sekolah pun, semua cekgu kenai abah dan kami. Bukan sebab abah glamer ja tapi dari Yong, Nyah, Yang, Chik sampai turun kat kami semua dok blajaq kat sekolah tu.. dan tadika tu jugak. Cekgu tadika sampai tak kawin dok ngajaq kami ja.. hahaha tapi la ni dah kawen dah la. Kak Chaq dengan Kak Na.
Hang ni adik Lela dengan Lely ka...?
Depa keja mana la ni?
Bosan...
'Dak cekgu, saya tak kenai depa sapa tu...?'
Dalam hati ja la jawab lagu tu.. nak mati jawab betoi-betoi...
Kadang-kadang abah hantaq kami pi sekolah dia pakai uniform polis. Mak aii kami malu tak kira la.

Tapi advantage, budak-budak lelaki takut kat kami sebab abah kami polis.
Best oo dok Yan.

Bila abah off, abah bawak pi menjala ikan kat tandop. Kami tak bleh pi sendiri mak ngan abah tak bagi. Tapi Chik, Yang, Nyah semua boleh ja pi sendiri. Meluat! Kami semua tak boleh.

Ada skali senyap-senyap ikut abang Am ngan Dekda pi kebun depa kat Kampung Acheh. Mak tau, balik kena penampaq, sampai sekarang aku ingat. Padahal Chik pi jugak. Huhu...
Nyampah...
So anggaplah kami anak manja. Mak ngan abah sayang kami lebih tapi tak sayang kat depa hehe. .

Masa tu mana la nak pikiaq orang colek ka apa ka. Yang depa dok sebut benggali sabit kepala. Nampak benggali bawak sabit teruih pecut kalah orang lain...

Dok kat berek best giloss.. bebas kat dalam tu. Semua rumah dalam berek macam rumah sendiri, semua penghuni macam keluarga.. kenai sangat masing-masing.
Makcik Nah, Makcik Kiah, Makcik Ah, Makdik, Makcik Jem dan lain-lain dah macam mak kami jugak.

Rumah depa adalah rumah kami...
Bila petang menjelma, wajiblah mesyuarat tingkap. Port faveret depan rumah kami la atau rumah Makdik. Mak sebok menjait sebab tu depa mai lepak kat rumah kami. Mak adalah penjait terkemuka di abad itu. 

Haruslah tempah baju kat mak.. dan aku tukang jahit butang dan tukang sembat. Bila raya baju kami semua tak siap tu stended la.
Pagi raya mak dok menjait lagi. Kami terpaksa siapkan baju sendiri. Biasanya baju kami, mak jait yang asas ja. Finishing buat sendiri. Nasib la anak tukang jait. Tapi pelik.. kueh raya siap berbalang-balang jugak. Hmmm mak ada magic stick !

Masa tu tak penah pikiaq mak penat ka apa sebab kami selalu tengok mak sentiasa bertenaga. Mak kami wonder women!
Hari-hari biasa, kadang-kadang ikut mak pergi Perkep, slalunya kat Gurun. Kadang-kadang mak bawak kami tapi selalunya tak sebab kami dok hingaq nak balik cepat. Kami suka ikut masa time masak ja sebab dapat makan hehe. .. pastu kat situ boleh main tapi kadang-kadang ja sebab kadang-kadang geng tak mai tu yang gaduh ajak mak balik.... busan.

Mak kami pandai menembak.. sebab bini polis... stended aaa... free classes for family. Aku kecik lagi mase tu so tak merasa la..
Abah ada kebun kat Batu Hampaq, kira kat kaki Gunung Jerai, kadang-kadang kami ikut abah. Best lepak kebun... tapi best lagi kalau pi Pantai Murni. Bila weekend kami jogging, keluaq subuh shapie.. by sunrise kami dah beratuq kat tepi jeti tengok matahari naik. The scenary.. wallah... sangat menakjubkan...

Rindulah...
Ligan anak-anak ketam, dah berapa banyak la ketam-ketam batu yang terkorban oleh angkara aku. Bila hujan kutip ikan temeraih kat parit belakang padang. Ntah mana mai ikan-ikan tu.. kalau tak hujan parit tu kering... penat aku pikiaq.. mungkin hujan mai bawak ikan kot...

Paling best main rumput lepas kene mesin kat padang bola belakang rumah. Huh acara paling best. Free-free ja kami tolong tukang kebun balai kutip rumput. Lupa dah nama pakcik tukang kebun tu..

Tu tak cerita bila hujan lebat... lepas hujan padang bola macam laut. Nikmat ! kami mesti turun ramai-ramai la main bola dalam lecah. Kalau mak jengok keluaq aku dok tepi padang buat-buat tengok budak-budak lain main.. mak masuk ja kami berenang dalam lecah.. ingat kami pandai. Padahal mak dom perati dari dalam rumah..

Hehehee.. kadang-kadang kene sedas tapi selalunya tak sebab buat muka kesian...
Perpustakaan awam Yan pun di antara faverot port aku gak. Semua buku budak-budak aku dah khatam. Abang tu dah kenai sangat muka kami.. kalau ada buku baru sat ja kami habis baca.

Bila malam lak beramai-ramai pi surau berek. Abah stended la Pak Imam berkaliber, lepas imamkan solat ajaq ngaji lak. Sementara tunggu turn ngaji, kami main congkak kat luaq. Tak pun kasut roda kat corridor. Aktiviti penoh. Semenet tak tinggai. Senyap masa tidoq ja, tu pun kalau tak ngigau.

Argghhh...
Tringat laksa dengan lecikang Pantai murni, nasik lemak ikan tamban, jeruk asam, buah jentik-jentik dan lain-lain.
Panjang pulak definasi 'awat hang cakap Kedah', nak habaq ni ja sebenaqnya...
Hehehee. .. sori...

Last-last.. nak habaq berek kami keliling dia sawah bendang. Budak-budak suka pi tapi kami takut sebab kami takut lintah. Dok ataih bataih ja la. Aku takut nak ikut sebab abang Am dengan Chik selalu ugut nak tolak aku masuk bendang. Depa memang jahat.. dalam badan banyak hantu laut !!!!

Kami dua orang dengan Dekda selalu kena pulau sebab paling kecik pastu manja pastu suka mengadu hahahaha. Padan muka depa sebab tak bagi ikut pasai pa...

No comments:

Post a Comment

I like to see your comment...